Pages

Thursday, 1 November 2012

Rosemary Lime Chicken Wings

Sebenarnya resepi asal mori dapat dari blog Secubit Garam - k.Nor.... dan mori dah pernah cuba resepi ...memang sedap dan yummy.. ..kalau nak refer resepinya bole klik di SINI .  Tapi ikut cara2 dari blog k.Nor... ayam ni perlu di perap dan di bakar dalam oven.  Nak di jadikan cerita... oven dah di panaskan ... ayam dah di masukkan ke dalam oven.... tapi naper pulak tak masak2 lagi.... dah setengah jam...tak der bau wangi pun... check oven ...tu dia... rupanya ada gak jari jari kecil anak jiran dan putar kan gadget kat oven tu...patut la oven tak panas... dan ayam belum pon masak ... malas nak tunggu lagi...terus mori kuarkan dari oven dan mori grill kan atas kuali leper....hehehe.. senang kan... 


 Resepi asal Slow Roasted Rosemary Lemon Chicken dari k.Nor - Secubit Garam
Resepi nie mori ubah suai sikit.. ada bahan yang mori lebih kan.
Jadi kalau nak resepi asal... ikut link kat atas.

Resepi Rosemary Lime Chicken Wings
Bahan-bahannya:
10 ketul kepak ayam yang telah di bersihkan

8 biji bawang putih* (mori guna banyak sebab sedap bau wangi)
1 inci halia*
(*di tumbuk sehingga lumat)

1 sudu makan daun rosemary kering (jenama Mc Cormick)
1 sudu makan serbuk pati ayam
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu makan paprika
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh kicap pekat ABC
1 biji jus limau nipis
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu teh madu
Garam secukup rasa.

Cara-carannya

Satukan ke semua bahan-bahan di atas  bersama bahan yang di tumbuk.
Gaul kan ke atas kepak ayam tadi sehingga rata.
Tutup sebentar menggunakan cling wrap dan perap kan selama 1 jam.
Panaskan kuali leper atau frying pan.  Susunkan kepak ayam di atas kuali.
Agak2 dah masak sebelah bawah bahagian kepak ayam, terbalikkan dan biarkan sehingga kepak ayam masak betul.
Sedia untuk dihidang.   Mori suka makan gitu sahaja tapi bole jugak di cicah dengan sos lada hitam seperti dalam resepi k.nor secubit garam.


Sedap di makan dengan nasi atau begitu sahaja.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...