Pages

Showing posts with label Ikan Masin. Show all posts
Showing posts with label Ikan Masin. Show all posts

Wednesday, 17 February 2021

Sambal Hijau Ikan Masin Bunga Kantan







Hai Assalamualaikum semua! Harini kami satu keluarga berpuasa jadi Mori ingat nak masak lauk instant yang betul-betul membuka selera kami sekeluarga.. Salah satunya ikan masin yang dirgoreng bersama cili, memang yummy!  Selain boleh disimpan dalam jangka masa yang panjang, sambal cili juga enak dimakan bersama roti, bukan sahaja nasi tau! Senang kalau dah terlambat nak breakfast, ambil sahaja sambal ni, boleh makan dengan nasi atau roti! Okay mari kita start..


Dibawah ni Mori ada letakkan video sekali yang telah di upload di Youtube 😋




Link Instagram dan Facebook:






Bahan-bahan yang diperlukan:

- Ikan masin malong
(Ini ikan masin apa pun boleh mengikut preference masing2)

- Bawang putih, bawang besar, bunga kantan semua dihiris

-Bawang putih, bawang besar, bawang holland, cili padi dan cili hijau semua dikisar

- Garam secukupnya

- Gula perang secukupnya

- Asam keping

- Minyak masak

- Air secukupnya (jika perlu)



Cara-cara memasak:

1. Tuangkan minyak ke dalam kuali, gorengkan ikan masin sehingga garing..angkat dan ketepikan dahulu..

2. Menggunakan minyak yang baru, gorengkan bawang putih, bawang besar dan bunga kantan yang telah dihiris sehingga layu dan sedikit garing..angkat dan ketepikan dahulu..

3. Menggunakan minyak yang sama untuk goreng tiga bahan di atas, masukkan bahan yang telah dikisar (untuk membuat sambal) dan tumis sehingga pecah minyak..pada masa yang sama masukkan asam keping dan air jika perlu..

4. Apabila sambal sudah pecah minyak.. Perasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya..

*Untuk step ni, Mori keluarkan semula asam keping, untuk elakkan rasa masam yang berlebihan..

5. Gaulkan sambal bersama bawang putih, bawang besar dan bunga kantan yang telah digoreng tadi..matikan api dan tunggu sehingga sejuk sedikit..

6. Apabila sudah sejuk, baru masukkan ikan masin yang telah digoreng dan gaulkan..Siap dah!


Ini lah dia rupa Sambal Hijau Ikan Masin Bunga Kantan resepi Mori..semoga bermanfaat untuk semua.. Tak cuba tak tahu.. Jom kita cuba, mana tahu lepas cuba nak lagi 😋🤣






-adda-

Sunday, 19 January 2014

Lunch hari ini...dengan Ayam masak lemak cili api, Ikan masin gelama bersos ikan, Sawi masak kicap dan sambal belacan limau kasturi

Assalamualaikum.....

Singgah sekejap menjenguk dapur di alam maya... Memang  sekarang kurang menjenguk....dapur Mori's kitchen... Hehehe.. Sibuk uruskan hal2 lain... Hari ni... Mori nak syer kan menu yang mori masak siang tadi untuk lunch kami.  Pilihan hari ni... Ayam masak lemak cili api ikut kehendak anak mori.  Mori sememangnya suka masak lemak cili api.... Dan mori suka gandingkan dengan sambal belacan pedas ... Saing sekali dengan ikan masin gelama jeruk. Maveles sungguh... Berselera... Kena pulak ada nasi baru siap di tanak... Panas panas gitu... Merecik peluh... Kepedasan.. Hihihihihihi... Pilihan sayur pulak... Sawi batang putih masak kicap bersos tiram... Dah lama tak masak sawi batang putih ni... Sekali sekala sedap gak... Bukan favourite vege... Tapi bila di masak kicap bersama sos tiram....dan di renjis sedikit sos ikan.... Dan berencahkan sebiji telur ayam.. Rasanya... Sedap.... 
Ayam Masak Lemak Cili Api

Kali ni mori letak bahan2 lain dalam resepi masak lemak ni.... Biasanya cuma cili api dan kunyit hidup.. Kali ni... Mori ikut cara yang kakak ipar mori ajar masa kenduri tahlil dulu..

Bahan bahannya
Isi ayam yang telah di bersihkan
3 biji ubi kentang di kupas kulit dan di belah 4

5 biji bawang kecil
1 inci kunyit hidup
Segenggam cili api ikut kepedasan yang kita suka
(Kisar kan bawang, kunyit hidup dan cili api).

2 helai daun kunyit di simpul
2 batang serai di ketuk
2 cawan santan pekat
1 cawan air
Garam secukup rasa

Cara caranya
1. Bahan yang di kisar tadi di masukkan dalam periuk atau kuali bersama isi ayam dan juga ubi kentang tadi.  Biarkan mendidih sehingga agak2 kering.  Cara kita nak tau cili tu dan sempurna masak bila bau cili tu sudah tidak menyengat sangat di hidung. 
2. Masukkan air, santan, batang serai dan daun kunyit. Masak sehingga ayam sempurna masak dan kentang empuk. Rajin2 mengacau kuah supaya tidak terlampau mendidih supaya kuah tidak pecah minyak.
3. Masukkan tomato dan kacau sebentar sehingga tomato lembut. Akhir sekali masuk garam secukup rasa.
Siap dah... 

Ikan masin gelama jeruk bersos ikan.

Bahan bahannya
Beberapa ekor ikan masin jeruk gelama
5 biji cili api di ketuk
1 biji cili merah di cincang halus
1/2 biji bawang holland di hiris kasar
Sos ikan

Cara caranya.
1. Gorengkan ikan masin gelama sehingga garing.   Ketepikan. 
2. Dengan baki minyak tinggalkan sedikit dalam kuali dan tumiskan bawang holland yang di hiris kasar.
3. Masukkan beberapa biji cili api yang di ketuk. Masukkan juga cili merah.
4. Masukkan 2 sudu sos ikan dan kacau rata. 
Angkat dan tuangkan atas ikan marin gelama tadi.

Sawi batang putih di tumis kicap

Bahan bahannya
Sawi di potong mengikut size kecil
Batang sawi di hiris halus.
1 biji telur
1 keping fish cake di hiris
4 biji bawang putih di ketuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan kicap cair
1/2 cawan air masa
Perasa Secubit rasa. 

Cara carannya
1.  Panaskan kuali dan masuk sedikit minyak masak.
2.  Tumiskan bawang putih sehingga garing dan wangi.
3.  Masukkan fish cake.
4.  Masukkan sos tiram dan juga kicap cair
5.  Masukkan sedikit air masak
6. Pecahkan sebiji telur dan kacau rata. 
7. Masukkan perasa secubit rasa.  Kacau rata. 
8.  Akhir sekali masukkan sayur dan gaul sehingga rata.
Tak perlu letak garam. Sebab kicap cair dah cukup masin.
Bila sayur dah cukup masak. Boleh di angkat dan di hidang. 

Sambal belacan dengan hirisan limau kasturi.

Rasanya semua orang tau kan buat sambal belacan...... Hehehe... Mori suka buat sambal belacan limau kasturi.... Cili nya... Mori campur sekali... Cili hidup dan cili api sekali. Mori akan perahkan jus limau kasturi ke dalam sambal yang telah ditumbuk bersama belacan bakar.  Kulit limau tadi mori akan hiris dan gaul sekali bersama sambal. Perggghhh... Memang menitik peluh... Kepedasan.. Hehehee... 


Sekian dulu dari

Tuesday, 16 July 2013

Ayam Masak Lada Hitam, Ikan Masin Kurau goreng berbawang dan Sambal Gesek untuk berbuka kami berdua


Semalam tinggal mori dengan adda aje berbuka bersama.   Husben mori ada jemputan berbuka kat luar, maid mori pulak takkan balik sini sehingga selepas raya untuk menguruskan hal ehwal keluarga nya, Ibunya kembali kerahmahtullah sabtu lepas.... kesian maid mori tak dapat jumpa ibu nya yang koma selepas jatuh kat bilik air.  
Bila dah tinggal berdua nie... rasanya beli kat bazaar ramadhan lagi best kan.... menjimatkan masa... dengan terkejar kejar nak solat asar... pas tu nak jemput adda dari tusyen lagi...nak siram pokok lagi.  Tapi tu lah.. semasa sahur....adda dah sebut... adda nak ayam masak kicap untuk berbuka... heeemm.. nak tak nak pun terpaksa la sinsing lengan baju.... memasak kat dapur... tapi mori masak kan Ayam Masak Lada Hitam... tetap menggunakan kicap dalam masakan... tapi Alhamdullilah anak mori suka .... sampai meratah.   Ringkas dan senang.... main campak campak aje dalam kuali...hehehe... mori ganding kan dengan ikan masin kurau yang di goreng garing dan di taburkan dengan bawang goreng sebagai pembuka selera dan juga sambal gesek untuk rasa pedas sikit.


Resepi Ayam Masak Lada Hitam

Bahan-bahannya:
Isi dada ayam yang di potong kecil
Serbuk Lada Hitam
Secubit Garam

3 ulas bawang putih di cincang kasar
1 biji bawang besar di cincang kasar

1 biji cili bengala hijau di potong 4 segi kecil
1 biji cili bengala merah di potong 4 segi kecil
1 biji tomato di belah baji
1/2 biji bawang holland di potong baji

2 sudu besar kicap manis
1 sudu tepung jagung di kacau dengan 1/2 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-carannya:
1.   Perapkan ayam bersama serbuk lada hitam dan garam.
2.   Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, goreng yang di perap tadi sekadar separuh masak saja.  Angkat dan ketepikan.
3.   Dengan menggunakan minyak yang sedikit, tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga wangi.
4.   Masukkan cili bengala merah, hijau, bawang holland dan tomato.   Gaul sehingga wangi.
5.   Masukkan ayam yang telah di masak tadi dan gaul rata.   Tambahkan kicap manis dan tepung jagung.
6.   Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam.
Matikan api dan sedia untuk di hidangkan.


Ikan masin kurau di potong kecil dan di goreng sehingga garing.  Goreng kan pula bawang besar yang di hiris kasar bersama cili hidup yang di cicang kasar sehingga keperangan.   Angkat dan taburkan ke atas ikan masin tadi.
Kalau nak jadi kan ianya berkuah, semasa menumis bawang tadi, masukkan secawan air asam jawa ke dalam kuali.  Biarkan ianya mendidih bersama bawang tadi, kemudian masukkan ikan masin tadi, gaul rata dan angkat kemudiannya dari kuali.  Arwah mak mertua mori suka buat cam tu...cuma mori suka kering kering sikit. 

Sambal Gesek




Sunday, 30 September 2012

Lauk sambal and sambal untuk lunch ...

Jom tengok menu lunch mori masak tadi....kali nie mori masak untuk kami bertiga jer...untuk mori, adda and maid.... husben lak...dia kuar ngan jiran depan..gie pertandingan memancing... ngan kaki bersimen dan bertongkat...dan jantung yang baru di isi belon.... tawakkal jeer la... dah kata..dia memang tak leh duduk diam kat umah...ada aje xtiviti....tapi dah pesan kat kawan tu.. tolong tengok2 kan.. dan ingat kan dia supaya makan ubat.... kena harap orang lain jadi nurse kat dia..kalau di rumah kita jadi nurse dia...siap kan segala galanya ....manja tu...hehehe...
 Ingat kan kami bertiga jer yang akan menghadapi hidangan tengah hari ni nie....tapi alkisahnya...jiran depan yang husben dia gie sama memancing ngan husben kita ....datang umah...dok lepak...tapi kita nie lak..jenis tak leh nak duduk jer...mesti nak buat something..... gie la ke dapur masak untuk lunch..
abis memasak mori pun shoot la masakan hari nie...dah anak dia terliur...mori pelawa ..jom makan sama.. apa lagi...... tunggu la kita abis amik gambar...nak join sama makan....maknya bising2 gak..hehehe..bising di mulut jer... tapi lepas tu...dia join sama makan... jadi kami berlima la makan sama... tengahari nie... eemmm bertambah tambah sedap la makan sebab ramai.... siap bertambah lagi.... kena lak ngan nasi yang baru jer lepas masak....panas panas gitu...fuuhhhh... kecur air liur...ngan sambal belacan dan ikan pekasam...
 Menu nie ....mori tanya kat adda dulu..apa yang dia nak makan for lunch...dia teringin kan ayam sambal.... aarhh senang...hehehe... so for me... sambal belacan ngan ikan pekasam...dah ok... for adda nie ayam sambal...dan mori buat satu lagi dish... ubi kentang goreng ngan ikan bilis dan petai...sat..lagi mori post...
so nie resepi untuk ayam sambal yang very de simple....

Resepi Ayam Sambal

Bahan-bahannya:
Beberapa ketul ayam (anggaran 6 ketul)

1 biji bawang besar
6 biji bawang putih
1 inci halia
(kesemua bahan ini di kisar)

3 sudu makan cili kering yang telah di kisar.
Garam secukup rasa
Gula sebagai penambah perisa

Cara-caranya:
Gaul ayam dengan garam dan goreng kan separuh masak dan ketepikan.
Tumiskan bahan yang di kisar sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Biarkan masak seketika.
Bila ayam dah masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
Tutup kan api dan sedia untuk dihidang.

 Kali nie mori buat sambal belacan perah ngan air limau nipis jer...dah cukup menambat selera...
Pekena lak ngan ikan pekasam yang beli kat di Pasir Penambang Kuala Selangor hari tu... kali nie mori cuci ikan yang bersalut ngan garam dan beras tu.... biarkan kurang masam masin nya...
Kecur air liur tadi...tak sabar nak makan....tunggu nasi tanak dulu.... makan panas panas... perghhhh ... 
Tu yang kawan tadi... tengok sama terliur....akhirnya dari tak nak makan....dia pun join sama...hehehe.
Enjooyyyyy

Wednesday, 8 August 2012

Nasi Goreng Pattaya ngan Tomyam

Sekejap aje kita dah berpuasa 18hari...dah separuh Ramadhan.  Tak lama lagi kita akan menyambut syawal pulak.  Sayangnya nak tinggal kan Ramadhan nie.. takut nya nak menjengah bulan syawal.  Kalau bole biarlah bulan Ramadhan nie lama sikit.  Tak bole nak bayang kan cam mana keadaannya berhari raya tanpa arwah mak. Cam mana keadaan adik yang masing masing masih rindu kan mak hendak menyambut syawal yang akan tiba.  Macam mana adik adik mori yang masih single nak menghadapi hari raya nie.  Tentu cucu cucu akan teringat kan neneknya...dimana nenek dipagi raya. Aduhaaii rindunya kat arwah mak...
Ni la menu semalam.... Nasi Goreng Pattaya... sebenarnya nak masak ikan bawal emas yang husben beli Ahad lepas.  Tapi last minit ...husben called...ada jemputan berbuka lagi ... tinggal la kami bertiga... jadi sayang nak masak ikan bawal tu kalau dia tak de sama nak menjamu.  So tukar menu buat Nasi Goreng  Pattaya dan Tomyam.  Simple but still heavy.  Cuma kelakarnya... nak bungkus nasi goreng tu dengan telur tu...... terkial kial gak..nak balut telur tu.... percubaan yang pertama....abis terbarai... tapi yang kali kedua berjaya.... hooreeey...

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Nasi yang telah di masak dan di peroi.
2 sudu makan cili kering yang telah di kisar
Isi ayam ikut suka banyak mana
3 biji bawang putih di ketuk
Garam secukup rasa
Sebiji telur
1 sudu teh lada sulah

Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Masukkan isi ayam dan tumis sehingga ayam masak.
Masukkan nasi yang telah sejuk dan diperoi kan.
Gaul rata.
Pecah kan sebiji telur di tengah tengah kuali.  Sebelum tu..ketepi kan nasi tu di tebing kuali.
Bila telur dah agak masak.. kaup kan semula nasi tadi dan gaul sehingga rata.
Taburkan garam dan lada sulah.
Gaul rata.

Untuk balutkan dengan telur.
Panas kan kuali leper dan tuang kan sedikit minyak masak.
Perlahan kan api.
Pukul beberapa biji telur dengan secubit garam.
Tuangkan atas kuali leper dan kembang kan sehingga keliling kuali. Biarkan masak seketika.
Bila telur agak2 separuh masak.  Tuang kan nasi goreng tadi..agak agak untuk seorang makan.
Dengan menggunakan sudip... balut kan nasi tadi dengan telur.
Berhati hati.. telur mudah pecah kalau goreng terlampau garing.
Yang ini favourite...mesti ada kalau makan Nasi Goreng ke...me goreng ke..apa apa yang digoreng.  Tanpa nie..rasanya x shedaaapp..

Tomyam campur... main campak campak aje buat nie... janji.. ada bahan2 nya... senang gitu...

Resepi Tomyam
Didihkan air dalam periuk pas tu masukkan tomyam paste.
Masukkan 2 batang serai yang telah di titik.
Masukkan 1 inci lengkuas yang telah di ketuk.
Masukkan 1 inci halia yang telah di ketuk.
Biarkan sebentar.
Masukkan sotong, udang dan isi ayam.
Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan ciliapi agaran 10 biji yang telah di ketuk.
Masukkan bawang besar holland yang di hiris kasar.
Masukkan 1 biji tomato yang telah di potong 6.
Masukkan daun ketumbar dalam 2 atau 3 helai.
Masukkan daun limau purut.
Masukkan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih sebentar.
Ready...to eat.

Mori tak masukkan sayur... paham2 je lah..anak dara sorang kat rumah nie kurang minat ngan sayur. 
pssstt!! psstt!!.. dia repeat makan lagi waktu sahur tadi..hehehe sedap la tu kan.. katanya cam kat kedai... kembang hidung mama dia...

Ikan masin gelama nie..masin betul.... husben beli kat Kuala Selangor... besar2 lak tu... tu la dia ..kalau orang lelaki gie pasar... kita suruh beli yang kecik...dia pi beli yang besar.... tapi dia dah beli....amik jeer..jangan bising2..karang tak mau gie pasar lagi padan ngan muka mori.
Goreng garing garing.. .pas tu tabur sikit bawang dan cili yang di potong... perah sikit air asam limau.... memang...mengancam.

Thursday, 26 July 2012

Daging Ayam Goreng Sweet Sour

Simple recipe mori masak semalam untuk berbuka..... tapi cukup menyelerakan.  Idea nak masak ni pon spontan aje...masa tengah drive balik rumah.. stuck dalam jem....daripada melayan stress mengadap jem nie... kepala nie dok pikir nak masak apa yer untuk berbuka.  Teringat dalam peti ais ada banyak isi daging ayam.  Biasanya kalau beli ayam.. tang bahagian dada yang takde tulang tu...cuma daging aje...mori akan potong kecil dan simpan dalam bekas lain.  Kami nie memang tak berapa minat ayam yang terlampau banyak sangat isi dagingnya... lebih2 anak mori.  Adda kalau nak makan ayam..dia cari kulit ayam dulu.  Kalau tang bahagian isi daging aje tu.. susah nak jumpa kulitkan..so yang itu dia reject dulu.  Jadi saper pun tak mau makan... terkulat kulat ayam tu.. tak der saper sentuh..hehehe.
  Jadi kalau nak masak yang goreng2 seperti mee goreng ker..meehon goreng ker..wateverla ... jadi senang dah ada isi daging ayam sebagai rencah ataupun kekadang nak buat paprik, tomyam atau sebagainya yang memerlukan daging ayam.. kan senang...bila dah di asingkan awal2 lagi..heheheh..shortcut lorrr.. So ini lah menu nya semalam... Daging ayam goreng masak sweet sour.
A simple recipe.. easy to create...
Resepi Daging Ayam Goreng Sweet Sour

Bahan-bahannya:
Isi ayam goreng yang telah di bersih dan di toskan.
1 biji telur ( di pukul sedikit)
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
(Gaul kan semua bahan -bahan di atas)
Minyak untuk menumis

Bahan-bahan A
1 biji bawang besar
5 ulang bawang putih
1 inci halia
(blend kesemua bahan ini)
2 batang serai dititik

Bahan-bahan B
2 sudu sos tiram
4 sudu sos cili thai

Bahan-bahan C
10 biji cili api di belah dua
1 biji cili merah di hiris kasar
1 biji cili bengala merah dan kuning di potong dadu
1 biji bawang holand di belah 4
1 biji tomato di belah 4(Optional) (mori tak letak... terlupa..hahaha)

Cara-caranya:
Panaskan kuali dan masukkan minyak.  Goreng kan ayam yang telah di perap tadi.
Goreng agak agak separuh masak aje..tak perlu garing sangat.
Ketepikan

Gunakan minyak yang sama (kalau banyak sangat asingkan sedikit).
Tumis kan bahan A sehingga naik bau wangi.
Masukkan bahan B dan gaul rata.
Masukkan bahan C dan gaul rata.
Agak2 dah lembut sedikit masukkan ayam yang telah siap di goreng tadi.
Masukkan sedikit garam secukup rasa.
Tutup kan api dan sedia untuk di hidang.

Yang bestnya pagi tadi sahur..ulang balik lauk yang sama...sebab ada leftover... Adda tanya ..mama ... lauk ni masak apa?.... masak sweet sour adda oooi......mama lak curious...naper? ... dia jawab...... sedap lah....
uuiii !!! compliment from her.... susah tol nak dapat pujian dari budak nie...cerewet betul bab makan nie....
Pagi tadi kejut kan nak gie sekolah... demam pulak... eeemm bagi ubat...  takkan nak biarkan demam tu.  Ponteng sekolah.  Exam dah dekat nie... mamanya yang pening kepala .... tinggal lagi bebarapa hari.. trial exam...
Ikan Masin nie pembuka selera ...sedapp betul.. makan ngan sambal belacan.  Gambar sambal takder ... hehehe last minit menumbuk sambal.. bila tengok lauk atas meja.. rasa cam tak lengkap aje...tu yang pi buat sambal belacan.  Kalau sambal yang last minit nie...selalunya pedas nya terlebih sangat....(terlebih cili api)  tapi itu lah yang menambat selera kan kan kan...


Sayur bayam ngan bebola ikan.... simple dish. 

Resepi Sayur Bayam dengan Fish Ball

Bahan-bahannya:
1 ikat sayur bayam di bersih kan dan di toskan.
1 pek fish ball
Sedikit soon (di rendam)
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 keping isi ayam 
(Bawang2 ni di tumbuk lumat bersama isi ayam)

Cara-caranya:
Tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga terbit bau wangi haruummmmm..panjang harum tu...hehehe.
Masukkan sedikit air masak. Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan secubit garam dan juga secubit serbuk ayam knor
Masukkan fish ball dan biar kan sebentar.
Masukkan sayur dan masak sehingga sayur lembut.
Masukkan soon.
Tutup api.  Tabur kan bawang goreng.  Taraaa... dah siap.

Monday, 16 July 2012

Kari Ikan Masin Kurau Tumis Darat

Cuaca hari nie mendung...hujan sebelah petang.... sedap sikit...rasa sejuk.  Husben call up ..bagi tau hari ni dia balik awal.  Dalam kepala terus dok pikir nak masak apa yer untuk dinner.  Kalau dia balik awal... maknanya dia lom makan lagi.  Teringatkan ikan masin kurau yang dia bawa balik hari tu.  Semalam maid dah goreng beberapa ketul isi ikan kurau tu..  jadi mori decide nak masak kan kari tumis darat.  Lama sungguh x buat menu nie.
Dulu masa arwah mak dan pak mertua masih ada... lauk nie jadi kegemaran doang.  Memula tu mori mmg x reti nak masak lauk nie.  Bukan lauk kegemaran tu yang mmg x reti manjang....harruu kan.  Selalunya arwah akan masak ngan ikan masin duri. Bila arwah dh tak larat nak masak... mori amik alih tugas memasak lak... bole lak cam tu yer... ni la dia menantu mithali..hhahhaa.. masa tu la mula tunggang langgang dapur mori keje kan.... hahahaha... bila bab nak masak lauk bukan kegemaran mori seperti kari kari nie...aduhhhh lemau betul otak nie.... Asik dok berulang kali dok tanya  arwah tu cam mana bahan2nya.  Sampai stress mak mertua hehehehe... Last last mori tulis dlm diari... dulu dulu kita guna diari eekk nk salin resepi.  Sejak tu mori dh tak tanya lagi... jadi sampai la nie mori ikut cara arwah tu memasak....hehehehe.. dan sampai kini diari tu masih wujud lagi.... tapi mori dh kurang bukak diari tu....
 Sampai aje umah terus aje sinsing baju lengan... tengek kan kuali.... nak masak kari ikan masin nie... dh mula kecur air liur...hehehe....lama sungguh x masak menu nie... 

Resepi Kari Ikan Masin Kurau Tumis Darat

Bahan-Bahan A:
Beberapa keping isi ikan masin kurau yang di rendam sekejap.
4 biji bawang kecil  *
4 biji bawang putih  *
(kedua bahan* ni di tumbuk lumat)
2 keping asam keping
1 potong nenas yang di potong kecil
Santan
2 sudu makan rempah kari ikan
Sedikit air

Bahan-bahan B (untuk menumis)
5 biji bawang kecil  *
4 biji bawang putih  *
(Hiris bahan di atas)
1 sudu kecil halba
1 batang daun kari
Tumis bahan2 di atas dengan sedikit minyak sehingga garing.

Cara-caranya:
Masukkan kesemua bahan bahan A di atas kecuali ikan masin dan rebus sekejap sehingga nenas separuh lembut.
Masukkan Ikan Masin dan masak sehingga lembut.
Masukkan bahan B yang di tumis tadi dan biar kan seketika
Rasa kuah..kalau kurang masin..tambah kan sedikit garam.  Kalau dh cukup masin tak perlu tambah garam.



Thursday, 24 May 2012

Gulai Cili Api Nenas dengan Ikan Masin Kurau dan Jus Nenas Sunquick

Hari nie ada kesempatan untuk masak tengahari..memandang kan..mori half day... teringin nak masak gulai ikan masin ngan nenas... kebetulan lak..nenas banyak dalam peti ais... Balik singgah pasaraya.....cari ikan masin... nasib baik jumpa ikan masin kurau.  Yummyy yummyy...
Resepi Lemak Nenas dengan Ikan Masin Kurau

Bahan-bahannya
15 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
2 biji bawang kecil
(semua bahan ini di tumbuk lumat)
2 batang serai di titik
1 sehelai daun kunyit di pintal
1 biji nenas
Santan
Garam

Cara-caranya.
Masukkan bahan yang di tumbuk ke dalam periuk.
Masukkan serai yang telah dititik.
Masukkan santan cair dan biarkan mendidih sebentar.
Masukkan nenas yang telah di potong nipis dan biar kan masak separuh lembut.
Masukkan ikan masin kurau tadi.  
Agak2 dah lembut dan masak ikan masin tu..masukkan santan pekat pulak.  
Gaul sentiasa tetapi perlahan lahan. 
Rasa sedikit kuah...kalau kurang masin..tambah kan garam.  Kalau cukup rasa.  Tak perlu letak garam.
Husben beli nenas banyak sangat..... cukup untuk mori buat jus nenas sunquick....

Blend nenas dengan gula.
Campur kan sedikit sunquick dalam 2 sudu.
Masukkan air batu sedikit dan blend hancur.
Tengah panas nie..... penghilang dahaga....

Sunday, 22 April 2012

Ikan Masin Terubuk dan Sambal Telur

Seleranya teringat kan ikan masin terubuk yang di beri oleh kawan husben.   Terus aje... mori masakkan untuk menu lunch hari nie.  Kebetulan adik yang bongsu datang semalam ...kasi kan Pajeri Nenas....baik betul adik sorang nie..sanggup bersusah payah menghantar kan lauk... dia tau tu lauk favourite husben mori.  Simpan dulu dlm fridge smlm.. hari nie panaskan balik.  Pajeri kalau di biarkan semalaman akan bertambah sedap lagi.  Mori  lak tak minat pajeri..jadi jarang lah masak....timacih la banyak2 sal.  Sedap pajeri tu..

Ikan Masin terubuk ni mori potong kecil2 dan kemudian goreng garing.  Mori tumis kan bawang besar yang di hiris, halia dan seria yang di hiris dan juga cili api.  Tumis sehingga agak2 layu kemudian mori masukkan sedikit perahan air asam.  Taburkan sedikit aje garam. Kemudian mori angkat dan taburkan atas ikan masin tadi.
Sedap Pajeri Nenas yang sal buat kan ini.

Takkan nak makan ikan masin aje kan....eemm nak masak apa yer... nak simple aje hari nie.. Mori buat kan sambal telur goreng.
Tapi kali nie...mori tumbuk cili kering tu.  Saje je mori buatkan cili tu kasar kasar sikit. Mori masukkan sekali sebiji bawang putih, sebiji bawang besar dan sedikit belacan.  Melompat lompat cili masuk ke mata.  Mori tumbuk cili tu dlm lensung..agak agak hancur aje. Godek godek dalam fridge jumpa balance kobis bunga sikit.. Mori goreng kan ngan carrot, kacang sepat dan juga saderi. Ada Capsicum merah...balance dari buat Mee Ladna hari tu.... mori masukkan sekali.
Jom join sama....

Tuesday, 10 April 2012

Ikan Masin Sepat Masak Cili Api

Semalam teringin sangat nak call adik2… lepas sorang sorang mori call… tapi tak ler semua nya mori call…… 10 orang tu….mau bil hp melambung.  Tapi tetiba mori dapat pesanan suruh call adik mori yang sorang nie.. Stellia… panggilan dia shila… eemmm rindu katanya.  Dia nie memang rajin bercerita…segala macam hal akan dia citer.. hehehe.. mori biarkan …mori tau..dia tak sihat sangat…. Biar lah dia citer…hilang stress dia… Masa mak masih hidup… shila ni akan rajin.. pot pet pot pet bercerita ngan mak.  Mak pulak akan menjadi pendengar setia.   
Tapi bila shila citer..yang dia masak ikan masin sepat  ngan sambal cili  api… adduhh  tetiba teringat kan mak.  Memang famili mori suka kan masak ikan masin sepat ni di buat sambal cili api…. 
Menitis pulak air mata dengar shila bercerita… dok sekang sekang… tapi tak mau berhenti. .... memang mak suka masakan nie. 

 

Hari nie… mori kerja separuh hari…. Si Adda tak sihat… sakit perut… semalaman dia tak tido.  Kalau dia sakit…mori yang kelam lebih… tak berani biarkan… mesti gak nak tengok..nak jaga.  Bagi dia makan ubat... terus dia lena.... semalaman dia tak tido.

Tetiba teringat kan citer ikan masin sepat yang adik citer… eemmm apa lagi… perut dah berbunyi…sib baik ada stock.   Teruss aar …mori godak didapur… masak kan sambal tumis cili api ngan ikan masin nie. Baunya sedapp betul… cukup nasi ngan ikan masin sambal nie… selera nya.

Resepi Ikan Masin Sepat Masak Sambal Cili Api. 
Ikan Masin Sepat di bersih kan dan di siatkan kulitnya.
2 ulas bawang putih *
1 biji besar bawang besar*
15 biji cili api *
Sedikit Belacan *
(yang bertanda * di tumbuk kasar)

Caranya-caranya:-
Ikan Masin Sepat di goring garing.
Ketepikan.
Guna kan minyak yang baru tumis bahan-bahan yang di tumbuk tadi.
Setelah masak ..masukkan garam secukup rasa. (mori tak letak gula…sebab memang nak pedas)
Taburkan sambal yang telah masak di atas ikan masin tadi… sedia di hidang.

Sunday, 15 January 2012

Pembuka Selera bersama Ikan Masin Tenggiri


Ikan Masin Tenggiri Jeruk goreng.
Lauk nie...made specially untuk mak.  It's a request from mak.  Tau je la...orang tak sihat.... tak de selera nak makan sangat.  Bila tanya nak makan apa... dia teringin kan ikan masin jeruk seperti yang kita makan di Melaka.  So mori cuba la buat, alhamdullilah menjadi, rasanya lebih kurang la gitu.

Bahan-bahannya:


Cara-caranya:
Ikan Masin di goreng sehinnga garing. Asingkan
Tumis bawang yang telah di hiris kasar.
Masukkan cili benggala yang di potong dadu.
Masukkan cili api yang telah di hiris halus.
Masukkan tomato yang di belah 4
Perah limau kasturi dan gaul rata.
Kalau nak sedap lagi..masukkan daun ketumbar dalam 3 atau 4 helai..
Sedia untuk di hidang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...