Showing posts with label Nukilan Rasa. Show all posts
Showing posts with label Nukilan Rasa. Show all posts
Tuesday, 31 July 2012
Monday, 14 May 2012
Selamat Hari Ibu Maakkkkkk!!!!!...
Ini lah kali pertama tiada mak hendak ku ucapkan Selamat Hari Ibu.
Sebak nya dada ini...Rindunya hatinya ini sangat pada seseorang yang bergelar mak.
Teringin sangat nak call mak...ucapkan Selamat Hari Ibu...
Teringin sangat nak memeluk mak... walau sekali pun...
Teringin sekali mengucup pipi mak bertalu talu....
Tapi aku tau semua itu sudah tiada.....
kerana
Hilang sudah suara mak menjawab telefon....
Hilang sudah tubuh badan mak untuk ku peluk....
Hilang sudah pipi mak untuk ku cium....
Hilang sudah segala galanya....
kerana
Allah s.w.t lebih menyangi mak dari kami.
Maaakkk!!! kami sayang kan mak.
Monday, 12 March 2012
I Miss You Mom..By Laura Said
Deep in the night when I lie in my bed
wondering at shadows up over my head
and I pull those soft white sheets to my eyes
and I whisper to God and ask why?
wondering at shadows up over my head
and I pull those soft white sheets to my eyes
and I whisper to God and ask why?
But when I ask why and my eyes start to cry
and I feel so sad that I think I might die,
as I slip into dreams of what was before….
and I feel so sad that I think I might die,
as I slip into dreams of what was before….
Never would have imagined the end would be like this,
me comforting you.
Holding your hand, telling you not to worry was not an easy thing for me to do.
Holding your hand, telling you not to worry was not an easy thing for me to do.
I wasn't ready to let you go.
Even though I'm told that it was your time.
I can't get that through my mind. I wasn't ready to let you go.
It wasn't meant to be that way.
No! I scream, this can not be, this can not be happening
Even though I'm told that it was your time.
I can't get that through my mind. I wasn't ready to let you go.
It wasn't meant to be that way.
No! I scream, this can not be, this can not be happening
I cry, I beg you to stay.
This cannot be happening this way.
Mom, will the tears ever dry?
I ask this as I wipe my eyes.
I'm told in time, but I don't think so.
I wasn't ready to let you go..
This cannot be happening this way.
Mom, will the tears ever dry?
I ask this as I wipe my eyes.
I'm told in time, but I don't think so.
I wasn't ready to let you go..
I call out your name -- you never answer ,
And I look for you in every familiar spot.
Everything seems so strange and surreal,
I ask everyday is it a dream or real?
Everything seems so strange and surreal,
I ask everyday is it a dream or real?
Why is she gone and why did she go?
Where are you now and are you free from all your pain?
Should I be feeling guilty, was there something I didn't do?
Did I not do enough to show all the love I had inside for you?
Did I not do enough to show all the love I had inside for you?
Should I be happy you’re free of pain and sorrow?I want to know and I want God to show
me a reason.
me a reason.
So pray as fast as I can.
But unanswered prayers are a part of the Plan.
But unanswered prayers are a part of the Plan.
There's a million questions that I have inside,
And a million more that keep coming to mind,
All the questions, I guess they'll grow to more,
And a million more that keep coming to mind,
All the questions, I guess they'll grow to more,
You have always been there through the thick and the thin
No matter what I've done, unconditionally you love me
I didn't want to live without you,
I would have given anything to have you back,
I would have given anything to have you back,
But I know now that it was meant to be,
I miss you more than these words could ever say
The pain in my heart is from one unimaginable day…
After I cried all that I could; my eyes still shed countless more tears
And when I try to sleep, I have nightmares of ten-thousand fears
The pain in my heart is from one unimaginable day…
After I cried all that I could; my eyes still shed countless more tears
And when I try to sleep, I have nightmares of ten-thousand fears
It has been almost Forty days that we lost you
I look down at your name on a cold hard stone
It tells nothing of the wonderful person you were,
And only serves to remind me of the painful loss I endure and a shattered heart…
It tells nothing of the wonderful person you were,
And only serves to remind me of the painful loss I endure and a shattered heart…
Mom…
I miss your sweet, shy smile, your warm hugs, your laughter and your kind, loving ways.
May Your soul Rest In Peace, May God Bless You..
I Love You For 36 Years and I will Love You A thousand More Years...
Majlis Tahlil
Selesai sudah majlis tahlil untuk arwah mak semalam. Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi…semuanya berakhir dengan selamat. Syukur syukur kepada Allah s.w.t. Semalam genap la 40 hari mak meninggal kami semua. Semuga roh mak di cucuri rahmatmu ilahi dan di himpun kan bersama sama orang yang beriman dan solehah.
Memang mula plan nak buat kenduri di rumah arwah mak… tapi terpaksa dibatalkan saat saat akhir. Perasaan rindu yang teramat sangat pada mak… mori membuat keputusan untuk adakan majlis tahlil di rumah mori sendiri. Esoknya hari jumaat terus saje jemputan di jalankan tanpa lengah lagi.
Awal pagi hari sabtu, mori pergi ke pasar bersama suami untuk mencari bahan-bahan untuk di masak. Tempat yang paling best untuk mencari bahan basah…tentulah di pasar borong Kelang. Balik dari pasar…skuad mori terdiri dari jiran tetangga telah bersiap sedia..untuk memulakan gotong royong. Tumbs up for you all…
Menu yang di rancang untuk majlis hari tu…. Tentu lah mesti ada lauk favourite mak,… adik ada bagi tau…salah satu favourite mak suka sangat makan sambal telur…jadi tentu lah salah satu lauk telur..
Daging tetel masak asam pedas dengan ubi kentang
Selesai aje magrib..semua hidangan telah siap beratur atas meja hidangan.
Tetamu mula datang selesai aje waktu isyak. Syukur syukur alhamdullilah.. ramai betul yang datang kali nie…sehingga ada yang bersimpuh di depan pintu masuk untuk bersama-sama membaca tahlil. Seperti tak percaya ramainya tetamu yang datang untuk menjayakan majlis nie. .. sedangkan ni ada lah minggu pertama cuti sekolah. Ramai yang balik kekampung atau pergi bercuti.
Terharu mori melihat Abah dan adik… yang sanggup datang dari jauh… untuk bersama sama menjayakan majlis tahlil ni. Bila melihat adik bongsu mori sampai...mula la perasaan sebak tu tiba. Kemudian Lora, shila, dan anak anak nya pulak sampai. Bila abah sampai bersama lin dan yang lain…perasaan gembira dan seronok bercampur baur. Rindunya mori pada wajah wajah ini.

Pangkin di rumah yang menjadi tempat mak melepak apabila datang kerumah mori kini dipenuhi dengan adik beradik dan anak anak buah mori. Adik adik cuba untuk menghidup kan suasana gembira seperti mak masih ada. Tapi kekosongan itu tetap ada. Kehilangan itu tetap terasa. Rindu itu tetap datang dan airmata yang di tahan supaya tidak jatuh akhirnya tumpah juga. Berderu deru…sebak.
Terbang melayang si kunang kunang
Jatuh ketanah terbilang bilang
Tempat yang jauh lagi di kenang
Rindu di hati tidakkan hilang.
Pada kawan kawan yang telah datang menolong mori ucapkan ribuan terima kasih dan pada jiran jiran yang menghulurkan juadah seperti dessert... Alhamdullilah...terima kasih banyak2.
Insyallah jasa mu akan ku kenang hingga ke akhirnya. Tak tau lah macam mana mori nak balas. Terimakasih semua.
Wednesday, 7 March 2012
Rindu...
Apa maknanya bulu mata jatuh…
Apa maknanya kalau kelopak mata sebelah bawah berkenyit kenyit.
Apa maknanya kalau kelopak mata sebelah atas berkenyit kenyit.
Ntah la yer…. Mungkin ia nya sekadar kebetulan aje… biasa mori dengar orang tua tua kata..klu bulu mata jatuh atau gugur…tanda ada orang merindui kita…. Dan kalau kelopak mata sebelah bawah berkenyit kenyit…tanda kita nak menangis…tumpah nya air mata. Kalau kelopak mata sebelah atas pulak yang berkenyit kenyit ..tanda nak jumpa orang yang dah lama kita tak jumpa.
Tapi yang pasti…. Kalau kelopak mata sebelah bawah berkenyit kenyit…memang la… tak lama lagi mori akan menangis. Mori cukup takut betul kalau tanda tu keluar. Tapi sejak kebelakangan nie…memang tak perlu kelopak mata tu berkenyit kenyit… sememang nya mudah betul air mata nie jatuh.
Yang mori tertanya tanya nie… kenapa bulu mata mori jatuh berkali kali… dalam sebulan nie.. ntah berapa kali dah bulu mata nie jatuh, ada yang masuk dalam mata dan ada yang jatuh atas pipi. Ada kah ini kebetulan saja.. Ada kah benar orang orang tua berkata…ada yang merindui kita.
Yang pasti mori merindui sesorang yang teramat sangat. Merindui wajah nya. Merindui suaranya. Merindui untuk melihat dia. Merindui untuk memeluknya seerat eratnya. Merindui untuk memegang tangan nya dan berkata semua ok. Tapi kini semua tu tidak mungkin lagi ….Cuma gambarnya menjadi tatapan pengubat rindu. Rinduuuuunya.
Sunday, 26 February 2012
Thursday, 2 February 2012
Coretan hati yang pilu.
Sekadar coretan....
Pulang nya ibu ku ke rahmahtullah pada hari Selasa pukul 2.05 minit pagi di sambut dengan curahan air mata. Berderai air mata kami adik beradik melihat mak yang telah pergi. Rasanya terlalu awal mak pergi meninggal kami semua. Ku lihat adik adik menangis terlalu sedih. Cucu cucu juga menangis melihat nenek nya yang telah tiada. maaakkkk!! maakkk!!!! itu yang mampu ku sebut. Sememangnya kita harus redha dengan ketentuan Allah s.w.t. Dia yang lebih menyangi ibu kami. Ajal dan maut, telah di tetapkan oleh Allah s.w.t. Tapi kasih sayang kami pada mak yang telah bersusah payah membesar kan kami adik beradik takkan kami lupakan. Pada abah hanya mampu kusebut... "Abah mak dah tak de" sambil bercucuran air mata mengalir... Abah memang cool.. dia cuma mengangkat tangan nya suruh tenang. Tapi dalam hati nya hanya dia yang tau. Al Fatihah untuk ibu yang kami sayangi...

Tiba jenazah arwah mak di rumah, kami semua menunggu dengan setia. Surah Yassin kami bacakan tanpa henti. Urusan pengembumian mak di uruskan oleh menantu menantu mak. Sewaktu memandikan arwah mak.... kami adik beradik yang menguruskan...kami semua tak mau tertinggal dalam menguruskan arwah mak. Sewaktu menyiram kan air ke tubuh mak...kami adik beradik mengambil giliran setiap sorang... Tiada siapa yang tertinggal belakang. Air muka mak tenang, jernih, tersenyum bersih seperti orang yang gembira melihat anak anaknya. Ketika mencurah kan air kemuka, kelihatan mak katup kan bibirnya rapat rapat..."ina ina tengok bibir mak ina...dia tutup bibirnya rapat... seperti mak masih hidup lagi..supaya air tak masuk ke dalam mulut".
Ketika siap segalanya berangkat ke tanah pekuburan, semua adik beradik menitiskan air mata sekali lagi. Sedih dan sayu. Giliran man dan boy menjalan kan tugas sebagai anak lelaki. Ini lah kali terakhir kami akan melihat mak. Dengan siapa lagi kami nak mengadu. Dengan siapa lagi kami nak mencurah kasih sayang. Dengan siapa lagi kami nak berbual. Hanya mak yang mengerti dan faham akan setiap sorang anak anak nya. Hanya mak sorang yang tau perangai anak anaknya yang sebelas orang ini.
Hari ini hari yang ke tiga mak telah pergi. Dan hari ini hari lahir mak 2hb Februari. Biasanya mori dan adik beradik akan wish mak happy besday ... dan kami adik beradik akan menyambut hari lahir mak bersama sama...tapi kali ini semua itu dah tiada. Sewaktu di katil hospital, lora pesan kat mak..."cepat sihat mak.. boleh balik..takkan kita nak celebrate besday mak kat sini". Terkedu mori melihat mak ngeleng kepala aje.. katanya "mak tak mau celebrate besday". Rupanya apa yang mak katakan itu benar. Cuma ada pusara yang menantikan kedatangan kami.
Dugaan ni terasa besar buat kami sekeluarga.
Ya Allah ya tuhan kami...kau cucuri rahmat ke atas roh ibu kami....kau letak la dia dalam orang orang yang beriman... kau sayangi la dia seperti dia menyangi kami semua. Amin amin ya rabbul alamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)