Selesai sudah majlis tahlil untuk arwah mak semalam. Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi…semuanya berakhir dengan selamat. Syukur syukur kepada Allah s.w.t. Semalam genap la 40 hari mak meninggal kami semua. Semuga roh mak di cucuri rahmatmu ilahi dan di himpun kan bersama sama orang yang beriman dan solehah.
Memang mula plan nak buat kenduri di rumah arwah mak… tapi terpaksa dibatalkan saat saat akhir. Perasaan rindu yang teramat sangat pada mak… mori membuat keputusan untuk adakan majlis tahlil di rumah mori sendiri. Esoknya hari jumaat terus saje jemputan di jalankan tanpa lengah lagi.
Awal pagi hari sabtu, mori pergi ke pasar bersama suami untuk mencari bahan-bahan untuk di masak. Tempat yang paling best untuk mencari bahan basah…tentulah di pasar borong Kelang. Balik dari pasar…skuad mori terdiri dari jiran tetangga telah bersiap sedia..untuk memulakan gotong royong. Tumbs up for you all…
Menu yang di rancang untuk majlis hari tu…. Tentu lah mesti ada lauk favourite mak,… adik ada bagi tau…salah satu favourite mak suka sangat makan sambal telur…jadi tentu lah salah satu lauk telur..
Daging tetel masak asam pedas dengan ubi kentang
Selesai aje magrib..semua hidangan telah siap beratur atas meja hidangan.
Tetamu mula datang selesai aje waktu isyak. Syukur syukur alhamdullilah.. ramai betul yang datang kali nie…sehingga ada yang bersimpuh di depan pintu masuk untuk bersama-sama membaca tahlil. Seperti tak percaya ramainya tetamu yang datang untuk menjayakan majlis nie. .. sedangkan ni ada lah minggu pertama cuti sekolah. Ramai yang balik kekampung atau pergi bercuti.
Terharu mori melihat Abah dan adik… yang sanggup datang dari jauh… untuk bersama sama menjayakan majlis tahlil ni. Bila melihat adik bongsu mori sampai...mula la perasaan sebak tu tiba. Kemudian Lora, shila, dan anak anak nya pulak sampai. Bila abah sampai bersama lin dan yang lain…perasaan gembira dan seronok bercampur baur. Rindunya mori pada wajah wajah ini.
Terharu mori melihat Abah dan adik… yang sanggup datang dari jauh… untuk bersama sama menjayakan majlis tahlil ni. Bila melihat adik bongsu mori sampai...mula la perasaan sebak tu tiba. Kemudian Lora, shila, dan anak anak nya pulak sampai. Bila abah sampai bersama lin dan yang lain…perasaan gembira dan seronok bercampur baur. Rindunya mori pada wajah wajah ini.
Pangkin di rumah yang menjadi tempat mak melepak apabila datang kerumah mori kini dipenuhi dengan adik beradik dan anak anak buah mori. Adik adik cuba untuk menghidup kan suasana gembira seperti mak masih ada. Tapi kekosongan itu tetap ada. Kehilangan itu tetap terasa. Rindu itu tetap datang dan airmata yang di tahan supaya tidak jatuh akhirnya tumpah juga. Berderu deru…sebak.
Terbang melayang si kunang kunang
Jatuh ketanah terbilang bilang
Tempat yang jauh lagi di kenang
Rindu di hati tidakkan hilang.
Pada kawan kawan yang telah datang menolong mori ucapkan ribuan terima kasih dan pada jiran jiran yang menghulurkan juadah seperti dessert... Alhamdullilah...terima kasih banyak2.
Insyallah jasa mu akan ku kenang hingga ke akhirnya. Tak tau lah macam mana mori nak balas. Terimakasih semua.
AL-Fatihah..moga roh ditmptkn org2 yg beriman..Aminn..
ReplyDelete