Pages

Showing posts with label Puding. Show all posts
Showing posts with label Puding. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

Puding Jagung Koktel Peach


Awal pagi...mendung semacam jer hari nie... cam nak hujan pun ada jugak.  Tapi bila dah masuk tengahari...cuaca dah berubah panas berbahang.  Cuaca yang panas macam nie....kalau pekena puding jagung yang sejuk .... memang maveles.  Sebelum tu kita tuang sikit kuah koktel yang telah disejukkan dulu dan letak buah peach pastu makan gether gether dengan puding tu.....perggghhh jadi double maveles.....hehehehe... Tak cukup satu hidangan....kita tambah lagi satu hidangan.... tak cukup lagi kita tambah lagi satu hidangan...hehehehe...  lepas tu mesti tersandar ...kekenyangan kan kan kan....
Puding jagung nie mori guna kan isi jagung segar yang di cincang kasar.  Dan setelah masak mori letak dalam acuan acuan kecil.  Jadi tak perlu la nak di potong2.  Bila nak hidang, keluar kan dari acuan, tuang kan kuah koktel dan juga letak buah peach.  dah sedia untuk di makan.  Senang jer kan....  Jom layan resepinya... memang senang jer nak buat dessert nie.... 


Resepi Puding Jagung Koktel Peach

Bahan-bahannya
1 1/2 cawan isi jagung segar yang di cincang kasar
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
3 1/2 cawan air
1 cawan gula

1 sudu butter

Cara-carannya:
Masukkan ke semua bahan ke dalam periuk kecuali butter dan masak di atas api sederhana.
Kacau sentiasa. Bila puding agak2 hendak menjadi pekat, masukkan sesudu butter dan kacau rata sehingga puding menjadi pekat dan likat.  Matikan api.

Masukkan adunan ke dalam acuan acuan kecil atau pun ke dalam loyang.  Mori lebih suka letak dalam acuan kecil.  Jadi tak perlu nak potong potong.  Lebih senang nak hidangkan.


Resepi Kuah Koktel

Bahan-bahannya:
1 tin buah koktel peach

1 cawan susu cair
2 cawan air
1/2 sudu teh vanila essence
2 sudu gula

Cara-carannya:
Masakkan kesemua bahan2 kecuali buah peach sehingga mendidih.  Matikan api dan biarkan sejuk.
Tuangkan kuah koktel ke atas puding jagung tadi bersama buah peach.  Enak di makan sejuk2.


Sunday, 14 October 2012

Puding Roti Wholemeal dengan sos vanila

Resepi nie mori dapat masa belek2 buku Saji bulan Mei 2011.  Mori belum lagi pernah buat puding roti yang ada sos vanila.  Nama chef yang buat nie... ialah Chef Hartini.  Kalau ikut citer dalam majalah tu..dia bekerja di Hotel Quality Shah Alam dan nama puding nie pun Puding Roti Quality.  Tapi mori dah tukar kan nama nya ke Puding Roti Wholemeal. ..sebab mori guna roti wholemeal hehehe.  Mori taburkan kismis dan choklat chips ke atas  adunan tadi.
Resepi Puding Roti dengan Sos Vanila 
(Nama asal: Puding Roti Quality)
Sumber: Chef Hartini - Majalah Saji

Bahan-bahannya:
4 biji telur
8 keping roti (mori guna roti gardenia whole meal)
50 gm gula
300 ml susu segar
Sedikit esen vanila
1/2 cup kismis
1/2 cup chocolate chips

Cara-caranya:
Susun roti ke dalam dulang sehingga padat.
Kemudian pukul telur dan gula sehingga larut.
Kemudian masukkan susu segar dan esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke atas roti yang telah di susun tadi dan taburkan kismis dan chocolate chips di atas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit atau hingga masak.

Resepi Sos  Vanila
Sumber: Chef Hartini - Majalah Saji

Bahan-bahannya:
300 ml susu segar
50 gm gula
15 gm tepung kastard
1 cawan air putih - untuk di campurkan bersama tepung kastard.

Cara-caranya:
Masak susu segar dan gula sehingga mendidih, kecilkan api.
Masukkan tepung katard dan kacau sehingga sebati.
Kemudian angkat dan sejukkan.
Tuangkkan vanila sos ke atas roti yang telah di bakar dan sedia untuk di hidangkan.

Monday, 30 July 2012

Jus Tembikai Laici ngan Puding Kastard Chocolate

Meriah kan warna pink nie... hehehehe perrggggg memang sedap jus temikai... kali nie mori dah langgar pantang yang mori set sendiri tak mau minum ais..hahahaha.... cam mana tak langgar nya...semalam cuaca panas betul.   Petang tu husben kuar isi minyak keta...bawa balik tembikai ... dh la besar lak tu... warna nya merah pink..
Kali nie anak dara mori sediakan jus tembikai nie... first time dia potong tembikai.... banyak songeh..hehehe.. semuanya kena siap untuk dia... nasib baik nak diblend aje...
Rasanya semua orang tau cam mana nak buat jus tembikai kan... jus blend tembikai tu... campur air sikit, campur air gula dan blend agi .... tapi kan ... mori add ice cube masa dah hancur tembikai tu... gaknya tu yang jadi buih cam tu... pergghhh memang happening.  Mori campur sikit ngan air laici... dan last sekali letak buah laici tu..
Pinkkknyaa...

Dalam tak larat larat di sebabkan kepanasan sempat gak mori buat puding kastard chocolate nie...  sepanjang minggu bekerja.. mcm mcm jiran2 menghulur kan hidangan.  Jadi hari minggu jer la yang mori dapat balas balik.  So mori buat kan puding kastard ni... tapi tu lah... silap beli agar2 pek kecik aje... jadi dapat bagi sikit jer la ...tak per lah kan...janji dpt berkongsi.  Mori x post gambar menu masakan semalam... aduhhh memang tak larat dah yang sebenarnya....kami sekeluarga tak bersahur...hahaha..kantoi ... sabtu tu dah letih mengukur betapa besar nya shopin complex.. dah penat bershopin..... ingat kan lepas berbuka..leh aar balik umah terus... tup tup.. teringat jam yang tertinggal untuk di tukar talinya..kat shopin complex...kan tak pasal2 kena pegi balik...sib baik husben mood baik.. feewwwhhh ...redah balik parkin lot yang penuh ngan kereta.  Sampai rumah dah lewat... semua keletihan.... ngan maid pun sama tak sedar... tau tau aje.. dah subuh... adduuuhh... melepas sahur.
Kali nie mori buat pek kecik jer agar2... salah beli..hehehe.. so dapat sikit jer la...
Resepi Puding Kastard Chocolate

Bahan-bahan:
20 gram agar-agar
1 liter air
1 1/2 cawan gula
1 cawan susu cair
1/2 sudu teh esen vanila
2 sudu serbuk koko

Cara-caranya:
Didih kan air dalam anggaran 1 liter.  Bila dah mendidih masukkan agar agar yang telah di cuci.
Rebuskan sehingga hancur.
Masukkan gula dan biar kan mendidih.
Masukkan susu cair dan esen vanila.
Masukkan tepung kastard yang di campur dengan sedikit air.
Biarkan mendidih sebentar.
Asingkan sebahagian bancuhan tadi ke dalam satu cawan  dan masukkan serbuk koko dan kacau.
Masukkan bancuhan putih tadi ke dalam acuan.
Menggunakan penapis tuang kan bancuhan coklat tadi ke atas bancuhan putih tadi.
Kemudian lorekkan dengan lidi.
Sejukkan.
Bila dah sejukkkk... sedappnya lalu kat tekak...kihkihkih....

Tuesday, 3 July 2012

Puding Dadih buah buahan

Ini puding dadih segera aje... sebenarnya dah lama mori beli....tapi asik tangguh aje nak buatnya... tapi bila mori nak buat ..... ada pulak jiran yang menghulur kan dadih kat kita.  Rezeki jangan di tolak..huhuhu.. amik aje.. terus ngap ngap.. yummmyy  nya... cam x cukup cukup... sememang nya mori suka kan dadih nie.
 Semalam malam.. selepas dinner... terus mori buat kan dadih yang dah lama dok terperap dalam kabinet.    Mori campur kan buah buahan campuran kat dadih...fuuuhhhh manis mixed fruits tu...... yuummmyyy... sedapppp betul...
 Cara-caranya nak buat cam biasa lah... ikut step stepnya di belakang paket dadih tu.  Cuma nak letak buah buahan tu... mori tunggu separuh keras baru mori letak kan buah buahan...jadi buah tu akan duduk kat atas puding dadih......daripada tenggelam dalam dadih tu.  Terpulang la kat selera masing2...ada yang suka letak buah buahan...ada yang suka kosong aje... mori lak suka letak buah.   Favourite. 
Air didalam tin buah mori tuang kan atas puding dadih yang telah di letak buah buahan tu.
Perggghh bila makan terasa sejuk manis air buahan tu campur..meresap ke dalam puding tu... feewwwwhh... berulang kali mori makan... aduhh risau nya badan naik ni.   Penat aje mori gie gym untuk turun kan  berat badan ... tapi malam pekena makanan manis pulak.... adduuhhh jenoh esok nak gie delete balik extra calories nie...
Yuummyy yummmyy licious ...mabeless mabeless...hehehehee..

Monday, 25 June 2012

Puding Sagu dengan Laici

Pagi pagi lagi mori dah tayang kan puding.  Puding nie mori buat petang semalam.  Dah lewat petang sangat pon.  Cuaca panas sangat semalam... teringin nk makan yang sejuk sejuk... Mori bukak peti ais...tengok ada sagu.  Terus aar..mori rebus kan. 
Lepas solat magrib... mori makan la sagu nie ngan adda.  Husben lak tak de...kena panggil keje.. kita orang lak..masih kekenyangan makan late lunch.... so tak amik dinner.  Sedappnya..... makan sagu sejuk sejuk gitu... rasa puas. 
Resepi Puding Sagu dengan Laici

Bahan-bahan: (Penyediaan sagu)
150 gm biji sagu...
1 liter air
(di rebus dengan daun pandan dan juga setitik dua pewarna)

Cara-caranya:
Basuh dan rebus biji sagu dengan air dan titikan beberapa titik pewarna kedalam rebusan.
Masukkan sehelai dua daun pandan.
Rebus kan sehingga sagu hilang warna putih dan menjadi jernih.
Toskan sagu dan bilas bawah air mengalir untuk hilang kan kanji.
Keringkan air dulu...kemudian masukkan dalam acuan.
Sejukan dalam peti ais sehingga sagu sedikit keras.

Untuk kuahnya : Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1 tin air
1 cawan gula

Cara-caranya:
Panaskan susu cair, air dan gula sehingga mendidih.
Tutup kan api dan biar kan sejuk di dalam peti ais.

Bahan-bahan sampingan.

1 tin buah laici

Keluarkan sagu yang telah keras sedikit tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
Tuangkan kuah yang telah sejuk dan masukkan beberapa biji laici.
Taraaa....Sedia untuk di makan. 
 Sedap di makan ketika cuaca panas......

Wednesday, 20 June 2012

Puding Kastard Laichi atau Mix Fruits

Puding nie mori buat minggu lepas... tapi baru dapat menguploadkan gambar dlm blog.  Banyak sangat aktviti2 sampingan... walaupon ada maid.. tapi ntah lah...cam x cukup cukup masa... bila waktu malam.. dh tercegat depan tv.. nonton citer bersiri Miss Ahjumma... tu la pasal kalau dah tersangkut citer bersiri.. memang tak leh buat apa pon... tu la x suka terjebak ngan citer cam nie... tapi ... ni gara2 kawan dok bercerita kat tempat keje...so kita pon curious la nak tau apa citer nya..best ker.. last last...kita yang tersangkut sama....hehehe... tapi apa pon ianya menyeronokkan... buat kan mori tido lewat..huk huk huk...
Puding nie mori buat bersama sama adda dan maid.  Santai santai menghabis kan waktu bersama.  Kalau peratikan puding tu ada bentuk binatang kan..hehehehe.. sbb mori saje nak bagi anak buat sekali.  Maid mori pun suka menyelit yelit nak tolong sama..... mori bagi arahan aje.. doang la yang menwarnakan puding tu..hehehe.cam projek masak memasak lak..hari tu... mori ikut resepi dari dapur yatie.
Resepi yatie Puding Kastard Laichi tapi mori gantikan dengan mix fruit cocktail. Caranya sama aje....
Timakasih kat Yatie kerana kongsi kan resepi.....
Resepi Puding Kastard Laichi (Mori gantikan dengan Mix Fruit)
Sumber resepi dari Yatie - Sinar Kehidupan

Bahan2 untuk Puding
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula

Cara-cara
Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air.  Gaul semuanya.
Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa.
Biasanya dalam anggara 20 minit. (Tapi mori buat x sampai 20 minit pon dah pekat)
Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dalam bekas2 kecil atau loyang.
(Kalau nak buat warna warni..bahagi la kepada beberapa bahagian dan letak la pewarna.)
Biarkan sejuk sebentar dan simpan dalam peti sejuk.  Setelah beku baru lah boleh di hidangkan.

Bahan2 untuk Kuah
1 tin Mix Fruits (Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
1 tin susu cair
1 tin air biasa (air masak)
1 cawa gula (terpulang pada masing2 ya...)  (mori rasa manis sikit nie..)
Ais secukupnya

Cara-cara
Masak gula bersama air (sekadar gula hancur je..)  Biarkan sejuk.
Setelah air gula sejuk, boleh lah tuang mix fruit dan susu.
Ambil puding tadi dan masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah yang bercampur mix fruit.
Sedap di makan ketika sejuk.  Boleh juga di letak ketulan ais.

** Biasanya saya(Yatie) guna air masak biasa campur dengan susu cair dan gula saja.  Lepas tu tuang mix fruit tadi.  Gaul sebati dan letak sedikit ketual ais.  Barulah di hidang kan bersama puding kastard.

** Mori buatkan air gula dulu.  Baru mori masukkan susu sekali.  Cuma mori tak tuang mix fruit tu.  Pastu mori letak semua dalam peti ais untuk di sejukkan.  Bila nak makan baru lah mori letakkan puding kastard, pastu mix fruit, kemudian mori tuang kan susu tadi. Bila makan sejuk sejuk gitu...hehehe.

Saturday, 7 April 2012

Puding Roti Pelangi

Yang sebenarnya mori baru aje beli loyang baru..... So rasa seronok aar sikit hehehe.... Takkan nak perap aje loyang tu kan....teringin buat sesuatu....So mori jalan jalan cuci mata kat food bloggers.... mata mori terus tertumpu kat puding roti pelangi di blog masam manis.  Mori tak tunggu lagi, terus salin resepi... dan mula kan operasi.   

Bahan-bahan memang dah ada dlm gobok... cuma tak der masa nak buat.  Kebetulan pulak husben lom balik dari kerja.  Ada lah masa terluang sikit.  Check semua bahan2.... eehh!!! mana susu manis nie.. takkan dah abis... alamak...takkan nak gie kedai tengah malam nie.  Kring kring.. call jiran kita depan umah cik yati.. kot kot kedai runcit dia masih bukak tak.  Alhamdullilah dia ada stock susu manis.  Apa lagi..kita pinjam aar dulu... nanti kita ganti balik.... memang cam tu la kat area umah sini... kekadang dapur kita lak jadi kedai runcit pada jiran jiran mori. 



Resepi nie mori dapat dari dapur Azlita Masam Manis...tapi dia dapat pun dari Cik Mai di My Resepi.  


Disebabkan mori ada agar agar biasa yang paket tu...bukan agar agar serbuk..so mori ikut resepi dari Cik Mai di My Resepi.
Resepi Puding Roti Pleangi
Sumber resepi dari Cik Mai
Sumber dari

Bahan-bahannya:
1 paket agar-agar
2 biji telur
1 tin susu cair
5 sudu makan susu pekat manis (ikut selera individu)
3 keping roti
3 sudu gula (ikut selera individu( mori rasa kena lebihkan sikit)
2 sudu besar sunquick
Pewarna hijau
Pewarna merah
Sedikit esen vanila

Cara-caranya:
Masak agar-agar dengan air (anggaran air hingga tenggelam agar-agar).  Masukkan gula dan kacau sebati.
Dengan menggunakan blender, kisar roti dengan telur, susu cair dan susu pekat manis hingga sebati.
Tuang bahan yang di kisar tadi ke dalam periuk agar-agar tadi.  Masak dengan api perlahan.
Masukkan sunquick dan esen vanila.  Biarkan masak seketika.
Kemudian angkat dan tuang adunan yang di masak ke dalam loyang.
Daripada adunan tadi, asingkan 2 cawan berasingan adunan.
1 di campurkan dengan pewarna merah,
1 lagi dengan pewarna hijau.
Tuang adunan berwarna tadi secara berselang seli ke atas adunan di dalam loyang.
Sejukkan.

Thursday, 10 November 2011

Puding Agar Kastard

Resepi untuk puding agar kastard dapat dari kawan depan rumah Puan Azizah.  Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi.  Puding ni dah banyak kali buat, senang dan ringkas.



Resepi Puding Agar Kastard

Bahan-bahan:
1 Paket agar agam (rendam sebelum di rebus)
Air ikut sukatan di plastik agar agar dan di kurang kan 200 ml
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar serbuk koko di bancuh dengan 1 sudu besar air suam

Cara-caranya:
Rebus agar-agar hingga hancur.
Masukkan gula dan susu cair dan masak sehingga gula hancur.
Masukkan secawan tepung kastard dan kacau.
Asingkan semangkuk agar-agar dan di gaul dengan serbuk koko.
Tuang agar agar kastard tadi ke dalam loyang. Guna penapis.
Tuang agar agar koko tadi ke dalam loyang.  Coret kan dengan lidi.
Sejukkan.

Wednesday, 26 October 2011

Agar agar buah koktel


Balik dari berjalan... bukak peti ais.. tak de apa apa sweet yang bole di kunyah... teringin nk makan jeli kelapa... nak oder dari kawan... rasa dah lewat...terus bukak kabinet cari agar agar..jumpa lak koktel fruit...apa lagi terus aar buat.... ni la hasil nya Agar koktel buah.  Cuba buat 2 warna..tak berapa clear warna nya.

Bahan bahan:
1 paket agar agar di rebus ngan air.
Masukkan 2 cawan gula.
Biarkan mendidih hingga agar agar hancur.
Masukkan esen ros
Bahagi kepada 2 bahagian. (1 bahagian di campur warna)
Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan
Sementara yang 1 bahagian lagi di masukkan air jus fruit coctail Tuang perlahan lahan agar agar tu dlm bekas tadi dengan perlahan lahan.
Masukkan koktel buah dan sejukkan.

Tuesday, 25 October 2011

Puding Cendol

Masa syawal baru baru ni cari idea nk buat dessert untuk jamu kekawan.  Search tenet... jumpa resepi Puding Cendol dari blog kak Hanieliza. Thxs kak hanieliza.  1st time buat... alhamdullilah menjadi... seronok rasa ..ni la dia hasil nya...skrg ni dh rajin buat menu ni..dan jamu kekawan waktu petang.  Ada juga yang minta resepi ni..apa salah nya berkongsi ...lagipon resepi ni pon dapat dari tenet...



Resepi Puding Cendol

Bahan bahan :
1 paket agar agar
1200 ml air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 paket cendul
1 cawan gula merah

Cara caranya
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi.  Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 di panaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi di panaskan dan masukkan susu cair dan cendul.  
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan lahan atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.

Tips ..kalau adunan agar yang ada gula merah dh keras...coret2 permukaan agar dengan garpu...seblum menuang agar cendol .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...