Pages

Sunday, 14 October 2012

Puding Roti Wholemeal dengan sos vanila

Resepi nie mori dapat masa belek2 buku Saji bulan Mei 2011.  Mori belum lagi pernah buat puding roti yang ada sos vanila.  Nama chef yang buat nie... ialah Chef Hartini.  Kalau ikut citer dalam majalah tu..dia bekerja di Hotel Quality Shah Alam dan nama puding nie pun Puding Roti Quality.  Tapi mori dah tukar kan nama nya ke Puding Roti Wholemeal. ..sebab mori guna roti wholemeal hehehe.  Mori taburkan kismis dan choklat chips ke atas  adunan tadi.
Resepi Puding Roti dengan Sos Vanila 
(Nama asal: Puding Roti Quality)
Sumber: Chef Hartini - Majalah Saji

Bahan-bahannya:
4 biji telur
8 keping roti (mori guna roti gardenia whole meal)
50 gm gula
300 ml susu segar
Sedikit esen vanila
1/2 cup kismis
1/2 cup chocolate chips

Cara-caranya:
Susun roti ke dalam dulang sehingga padat.
Kemudian pukul telur dan gula sehingga larut.
Kemudian masukkan susu segar dan esen vanilla dan kacau sehingga sebati.
Tuangkan ke atas roti yang telah di susun tadi dan taburkan kismis dan chocolate chips di atas adunan.
Bakar pada suhu 180 C selama 45 minit atau hingga masak.

Resepi Sos  Vanila
Sumber: Chef Hartini - Majalah Saji

Bahan-bahannya:
300 ml susu segar
50 gm gula
15 gm tepung kastard
1 cawan air putih - untuk di campurkan bersama tepung kastard.

Cara-caranya:
Masak susu segar dan gula sehingga mendidih, kecilkan api.
Masukkan tepung katard dan kacau sehingga sebati.
Kemudian angkat dan sejukkan.
Tuangkkan vanila sos ke atas roti yang telah di bakar dan sedia untuk di hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...