Pages

Saturday, 20 April 2013

Asam Pedas Ikan Siakap dengan Bunga Kantan


Asam Pedas memang salah satu favourite lauk mori dan famili kat rumah.  Bahkan abah mori yang baba chinese pun sukakan nya... lebih2 lagi kalau asam pedas tu kena dengan ikan nya.  Asam Pedas yang paling sedap mori pernah makan semasa gie jalan2 ke Muar untuk menikmati Asam Pedas di sana.  Ternyata memang the best.  Mori suka kan kuahnya yang licin, tak cair dan tak pekat.......just nice...ngam2 gitu.


Untuk mendapat kuahnya yang halus licin dan canteekkk...... mori kisarkan bahan2 nya berulang kali sehingga betul2 pasti bahan hancur di kisar.  Dan hasilnya mori dapat kuah yang licin, halus dan cantik.
Kali nie, mori letak daun kesum dan bunga kantan ke dalam asam pedas.   Aroma dari daun kesum dan bunga kantan buat kan asam pedas tu bertambah sedap.

Resepi Asam Pedas Ikan Siakap dengan Bunga Kantan

Bahan-bahannya:
Ikan Siakap yang telah di bersih dan dipotong beberapa bahagian.

1 biji bawang besar
3 biji bawang kecil
4 biji bawang putih
2 biji buah keras
1 inci halia
1 inci belacan
2 batang serai

1 1/2 cawan cili kering yang telah di kisar

1 sudu makan asam jawa yang gaul bersama secawan air.
Daun kesum secukupnya
4 batang bunga kantan di belah dua

Garam secukup rasa


Cara-caranya:
1.   Kisar bawang besar, bawang kecil, bawang putih, belacan, halia, buah keras dan serai sehingga hancur.  Kisar sehingga betul betul halus dan hancur.
2.   Kemudian masukkan sekali cili kering yang di kisar terlebih awal.  Kisar kan sekali lagi ke semua bahan dan pasti telah halus dan licin.
3.   Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.  Bila minyak telah panas tumiskan bahan2 yang di kisar tadi dan masak sehingga bahan2 tadi telah masak sempurna.
4.   Masukkan air asam jawa bila bahan kisar tadi telah masak dengan sempurna.  Masukkan air secukupnya anggaran banyak mana isi ikan.  Kalau nampak pekat sangat, masukkan sedikit lagi air sehingga rasa kuah mengikut cita rasa kita.  Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
5.   Masukkan daun kesum ke dalam kuah tadi dan biarkan seketika barulah di masukkan sekali bunga kantan ke dalam kuah .  Biarkan bahan2 tersebut masak sehingga lembut.  (Mori masukkan awal daun kesum sebab nak ianya lembut dan boleh dimakan bersama kuah)
6.   Masukkan isi ikan ke dalam kuah.   Masukkan garam sekali dan biarkan ianya mendidih dan ikan masak sempurna.   Matikan api dan boleh di hidang.







5 comments:

  1. puan mori menyala si asam pedas tu....

    ReplyDelete
  2. assalam Mori
    wowww sedap tu makan mesti bertambah ni

    ReplyDelete
  3. wow! menggiurkan... bestnyaaaaasam pedas kantan

    ReplyDelete
  4. merah nyala asam pedasnya kak..menggiurkan...

    ReplyDelete
  5. td sy search net..jumpa resepi ni.terus sy cuba..alhamdulillah..sedap.tq pn. mori

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...