Lauk nie seringkas abis...tapi bila pekena ngan nasi yang panas, memang maveles... hehehe.. Ikut kan plan nak masak lauk lain sekali.... tapi tengah masak...teringat yang petang ada kenduri berdekatan rumah. Terus mori cancel masak lauk lain.....karang membazir pulak.
Memang favourite kami satu rumah lauk ikan bilis. Masak apa pun ikan bilis, Insya Allah habis di kerjakan. Kalau tak habis makan semasa lunch, simpan untuk dinner, nanti colek dengan roti... pergghhh rasa rasa cam tak cukup jer...hehehe...
Resepi Sambal Ikan Bilis Cili Api
Bahan-bahannya:
2 genggam ikan bilis kopek yang telah di bersihkan
3 biji kentang sederhana besar di kupas dan di potong baji cam kentang wedges
1 biji buah keras
3 biji bawang putih
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belancan
1 biji bawang besar
10 biji cili api.
Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Goreng kan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
Gaulkan kentang dengan garam dan kunyit kemudian goreng kan sehingga masak. Ketepikan.
Tumbuk buah keras, bawang putih, kunyit hidup dan belacan sehingga hancur. Baru di masukkan bawang besar dan tumbuk kasar. Jangan tumbuk sampai hancur. Kemudian masukkan pula cili api dan tumbuk sebiji asal pecah aje. Masukkan sebiji demi sebiji. Cili api tu biar kasar kasar.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
Tumiskan bahan tumbuk tadi sehingga masak.
Masukkan garam secukup rasa.
Bila dah cukup masak, matikan api dan biarkan sambal sejuk sebelum di gaul dengan ikan bilis dan kentang tadi.
Ikan bilis akan terasa ranggup dan pedas pedas gitu.
Mori rebuskan bendir di cicah sambal belacan untuk en abang. Dia sorang aje kat dalam rumah suka makan bendir... yang lain suka gak..... suka tengok aje...
sedapnya... suka ikan bilis masak camni.. pedas2 rangup, lepas tu kena ngan nasi panas2 lak.. adoiiii.. sedapnya..
ReplyDeletebetul tu jassnani... sedap x terkata..hehehe
Deletehehehe..dulu ayah kita selalu masak dg lebihan sambal belacan bilis ni..sedap
ReplyDeletesedap kan nikee.....
Deletemabeles...mabeles
ReplyDeletecompem terangkat ni kak..meleleh peluh..
ReplyDeletewah teruja akak tengok sambal tu wow... sedap bangat tu
ReplyDelete