Pages

Monday, 16 May 2016

Popiah Penkek Rangup

Assalamualaikum.... 
Apa yer mori nk citer di sini...hehehe.. mati kutu dah mori... sebab lama sangat tak bercerita di sini...ntah orang nak baca atau tidak... hehehe.  Jom lah kita cerita pasal resepi nie yer... mori dapat resepi nie dari FB... waah!!! sekarang klu tengok fb.. ramai betul share resepi2 yang memang maveles... ada tu dorang kumpul2 semua resepi yang kat google kemudian dorang post di fb.  Ada masa tu mori sempat gak skodeng... hahahaha..tergelak tengok eehhh! ehhhh! resepi kita pon ada dalam nie..la.. happy la jugak hahaha.. tak kisah la kan..nama pon sharing di sini kan.  Ada jugak beberapa resepi yang berjaya mori cuba.. dan salah satu resepi penkek popiah rangup nie...

psstt !! actually mori dah lupa nama resepi nie..hahahaha...kena search balik dalam fb..baru jumpa

Ok!! back to the story... resepi nie dapat dari FB la yer..... nampak menarik... dan pasti ianya simple... 
tapi mori dah berjaya buat dan rasanya memang sedap.  Jom ikut resepi nya di bawah nie..tapi...haa.. ada tapi yer.. mori dah derhaka sikit kat resepi nie.. sebab ikut tekak sendiri la... original owner.. FB Anita Daniel's Kitchen... .


Resepi Popiah Penkek Rangup
Bahan utamanya
Kulit popia size sederhana besar.
Bahan-bahan untuk inti nya

1 cawan isi ayam di cincang halus
2 biji cipi di cincang halus (optional yer... mori nak rasa pedas2 sikit)
3 helai daun bawang di hiris halus
Tepung jagung 4 sudu besar
Garam secubit
Gula secubit
Sedikit secukup rasa
Garlic powder 1 sudu kecil
Telur 1 biji


Gaul kan kesemua bahan inti sehingga sebati

Cara-caranya

1.  Ambil sehelai/sekeping kulit popiah dan letak di atas permukaan rata.  mori guna dulang bakar kuih tu..hahahaha.. ok la kan..
2.  Ambil inti tadi dan rata kan atas sebahagian kulit popiah tadi... seelok nya.. biar rata dan nipis, supaya bila kita goreng, popiah akan garing dan rangup.
3.  Lipat bahagian yang tidak kena inti tadi ke atas bahagian yang berinti.
4.  Tekan2 sedikit bahagian tepi popiah supaya bercantum.
5.  Panaskan kuali dan masukkan minyak masak secukup nya.. kira2 leh tenggelam la popiah tu..
6.  Goreng popiah tadi sehingga garing, angkat dan sejukkan.

Makan dengan cepat .. rasa panas2 suam tu.. sedapppp... berulang kali makan. Sediakn kopi o...teh o ker.. teh tarik ker...apa apa la kesukaan...hahahaha.





Monday, 22 February 2016

Ikan Jenahak masak lemak sos ikan


Assalamualaikum semua...  Lama tak bersiaran... memang sibuk sekarang tanpa pertolongan pembantu rumah.  Tujuh tahun dia bersama kami,  terasa juga kehilangan bila dia dah balik ke kampungnya.    Tu yang bertambah tambah sibuk sekarang.  Dulu bangun pagi, dah tersedia minum... sekarang kena buat sendiri...Dulu balik kerja ... ada yang menunggu di rumah... sekarang balik kerja... kena la sendiri bukak pagar..bukak pintu... siram pokok sebelum masuk rumah. Tapi ada yang best nya... terasa seperti bersenam, berpeluh peluh membuat kerja rumah.  Mungkin ada hikmah nya pemergiannya.   mori boleh exersis slimkan semula badan...



Jom ... hari nie mori nak syer resepi yang mori olah sendiri.  Resepi nie guna sos ikan sebagai perasa masam2 nya dan santan untuk rasa lemak2 nya.  Mori suka kan resepi nie.  bila saingkan ngan nasi yang baru lepas masak, masih berwap panas.. memang sedapp betul...tak sedar habis lauk dan nasi dalam pinggan dalam sekejapan masa.  Sebelum nie mori ada masak lauk nie dengan ikan siakap... kali nie mori masak dengan ikan jenahak.

Resepi Ikan Jenahak

Bahan- bahan:

Isi ikan jenahak yang telah di bersih kan.  (Ikan lain pun boleh juga)

4 biji bawang putih di ketuk
1/2 biji bawang merah di hiris
1/2 biji bawang holand di potong baji
10 biji cili api di belah dua (kurang kan cili kalau x tahan pedas)
1 batang serai di hiris nipis
1/2 inci halia di hiris nipis
1 biji tomato
Sos ikan
1/2 cawan pati santan
1/2 cawan air
2 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara-carannya
1.   Isi ikan jenahak di bersih kan.  Gaulkan dengan kunyit dan garam.  Goreng kan hingga garing dan ketepikan.

2.   Tinggalkan sedikit baki minyak menggoreng ikan tadi dalam kuali.  Tumiskan bawang putih sehingga wangi.

3.   Masukkan serai, halia dan bawang merah.  Tumis sehingga wangi baru  masukkan bawang merah, holand, cili api dan tomato.  Masukkan juga sedikit air.  Gaul rata.  

5.   Kemudian masukkan sos ikan ke dalam tumisan tadi. Jangan banyak sangat, Sekadar 1 sudu kecil sudah mencukupi. 

6.   Baru masukkan santan, perasakan dengan sedikit garam.  Bila dah mendidih, tuangkan ke atas ikan tadi.

Walllaaa !!! dah siap... 


Selamat mencuba dari saya





Thursday, 14 January 2016

Sambal Ikan Siakap yang sedap


Assalamualaikum semua.... jommmm, hari ni saya belanja resepi yang senang betul....tapi sedap... bahannya pun tak banyak.  Waktu memasak pun singkat, sebab tak perlu nak sedia kan bahan yang bagai2..hehehe... kan mori dah pernah cakap....mori ni suka yang simple... yang masak cerewet2 nie... sekali sekala aje la bagi mori.  Kalau terlalu lama duduk di dapur, nanti kerja lain tak siap..kan kan.  


Yang pertama mesti lah ada ikan siakapkan... dah nama resepi ikan Siakap kan.... hehehe.. Selepas di bersihkan , mori belah ikan siakap nie.. pas tu mori kelar2 supaya bila di gaul garam dan kunyit akan rata semua bahagian... sedapp tau..bila dah di goreng garing.  Masa nak menggoreng, guna kan minyak yang banyak supaya ikan tenggelam dan masak semua bahagian.

Jom tengok bahan2nya dan cara2 nya.

Resepi Sambal Ikan Siakap

Bahan-bahannnya:

1 ekor ikan siakap yang telah di bersihkan.
Sedikit air asam jawa. (1sudu kecil asam jawa gaul dengan sedikit air.)
Sedikit garam secukup rasa
Sedikit gula
1 cawan cili kisar

Bahan2 untuk dikisar
1 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1/2 inci halia 
1 batang serai
Sedikit belacan.

Cara-caranya
Ikan siakap di gaul garam dan sedikit kunyit.  Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.  
Tunggu minyak panas baru di masukkan ikan.  Kalau masukkan ikan sebelum minyak cukup panas, nanti ikan akan melekat kat kuali. Goreng agak2 garing, kemudian angkat dan ketepikan.
Lebihan minyak menggoreng di asingkan dan tinggalkan sedikit untuk menumis.
Tumiskan bahan kisar sehingga terbit minyak dan berbau wangi.
Masukkan cili kisar dan gaul rata.  Bila cili dah masak sempurna masukkan air asam jawa. Jangan banyak sangat airnya. Gaul rata.
Perasakan dengan garam dan sedikit gula secukup rasa.
Matikan api.  Tuangkan sambal tadi ke atas ikan.  Sedia untuk di hidang.



Selamat mencuba 
Sekian dulu dari saya

Tuesday, 22 December 2015

Paprik Daging

 

Assalamualaikum.... 

Waahh 2 hari berturut mori mengapdet di sini..hehehe... mood rajin dah sampai..... tahun hadapan tak tau la cam mana.... pas nie maid mori akan balik ke kampung nya.  Ikut kan dia masih nak bekerja dengan mori lagi.  Dia tak mau balik, takut di paksa kawin dengan lelaki yang dia tak suka.  Tapi Alhamdullilah tak de la pulak dia nak melarikan  diri.  Mori pulak nak bagi tau dia yang mori tak sambung lagi permit nya punya la susah... dari sehari ke sehari mori tunggakan.. bawa ke minggu hadapan..bawa ke bulan berikutnya.... semata2 tak mau dia sedih.. menangis... memang stress mori nak bagi tau dia.  Tapi dia semcm dah tau aje... bila akhirnya mori bersuara... berkaca juga matanya... tapi cuba ditahannya. Bergelak2 kami mengusik satu sama lain supaya dia tak bersedih.  Dah 7 tahun dia bersama kami.  Sememang anak mori serasi dengan dia. 


Kita tinggal kan cerita tu dulu... jom kita tengok menu hari nie, mori nak belanja resepi daging paprik yang ringkas... heemmm manjang resepi mori yang ringkas jer yer.... hehehe... mori suka masak yang ringkas... senang nak cari bahan...dan tak rumit... 
Daging nie mori beli kat pasar tani.. sikit aje mori beli .. dalam setengah kilo.  Daging nie jenis yang lembut dan cepat masak.  Tapi mori tetap merebus nya, dah lembut baru mori masak.

Resepi Paprik Daging

Bahan-bahannya
1/2 kilo daging yang di hiris nipis
5 batang kacang panjang di potong 1 inci panjang.
1/2 batang lobak di potong seperti batang mancis
Sayur bunga kobis (Mori tak letak sebab bahan tak ada dlm peti ais)
1 biji tomato di potong di belah 6
1 biji bawang holand di hiris menegak
10 biji cili api di ketuk
2 helai daun limau purut di buang alur tengahnya.
Garam secukup rasa

Bahan untuk menumis
5 biji bawang putih di ketuk
1 sudu makan cili kisar
2 sudu sos cili thai
2 sudu sos cili 
1/2 cawan air

Cara-caranya
Daging di hiris dan di rebus sehingga lembut.   Toskan dan ketepikan.
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak untuk menumis.
Tumis kan bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga wangi.
Masukkan pulak sos cili thai dan sos cili,  air,  gaul rata.   
Jika rasa nak berkuah lagi, tambahkan lagi sedikit air.
Biarkan mendidih sebentar, masukkan tomato dan bawang holand dan biar kan lembut sebentar, baru masukkan pulak sayur2an dan juga cili api
Masukkan daging tadi dan akhir sekali masukkan daun limau purut dan juga garam secukupnya.
Kacau rata ke semua bahan, dan sedia untuk di hidang.

Walaaa.. dah sedia untuk di makan. 


Sekian dan
Selamat mencuba dari saya

Monday, 21 December 2015

Ikan Bilis Tumis Cili Api Pedas


Assalamualaikum semua.... Alhamdullilah masih dapat mencuri masa untuk mengadet di sini...
Ini pun di ofis mori mengapdet .... kerja banyak dah settle...tu yang rajinkan diri disini... nasib baik bawa ipad ... dalam tu semua ada gambar yang mori ambil selesai memasak.  Ok jom... mori nak belanja resepi masak Ikan bilis cili api pedas yang kaw kaw.  Boleh meleleh peluh di dahi kalau makan sambal tumis nie.  Famili mori memang suka kan yang pedas... especially yang masakan menggunakan cili api. hehehe.
Sabtu lepas, mori pergi ke cafe baru yang di buka oleh adik mori yang bongsu sekali.  Nama cafe.. Buddiez berdekatan dengan Jalan Ipoh di Viva Residency.  Baru aje mula di bukak.  Dia memang dah bertekad lama untuk membuka kafe. Semuga adik mori, Rosalina berjaya dalam cita cita nya... Insya Allah.  
Salah satu hidangan di kafe nya... Nasi goreng, ada telur mata dan juga sambal tumis ikan bilis cili api.  Memang pedas kaw kaw la.....berpeluh jugak anak mori, adda makan sambal tumis tu. hehehehe... boleh tahan gak dia.  Mori pulak order ayam goreng.. resepi dari abah mori.  heem.... terasa tak puas hati sebab tak makan sambal tumis tu.  hehehe.. Jadi semalam apa lagi... salah satu menu hidangan tengahari mori... sambal tumis ikan bilis cili api yang di masak pedas... kalau saper yang suka pedas..memang berselera, mau bertambah makan.  Kalau ada balance... di panaskan semula akan menjadi kering sedikit...boleh di makan dengan roti... memang maveles...


Resepi nya mudah, tak banyak bahan yang di guna kan... ringkas dan cepat. Ikan bilis pulak mori dah sedia kopek awal2 lagi. Dah di bersihkan dan simpan dalam peti ais.  Bila nak masak, senang bagi mori, terus masak, tak perlu nak bersih kan lagi.  Jom tinjau resepinya di bawah nie..

Resepi Ikan Bilis Cili Api Pedas

Bahan-bahannya

Ikan bilis dalam 2 genggam (200 gram)
1 genggam cili api (lagi banyak lagi pedas)
3 biji bawang putih *
1 biji bawang besar *
sedikit belacan *
garam secukup rasa
gula (Jika perlu)

Bahan yang bertanda * - 
Kisar bawang besar, bawang putih dan belacan sehingga halus, baru masukkan cili api dan kisar sedikit kasar. 

Cara-carannya
Goreng kan ikan bilis sehingga garing dan ketepikan.
Buang minyak menggoreng ikan bilis tadi dan gantikan dengan yang baru.
Bila minyak dah panas, tumiskan bahan kisar tadi sehingga terbit bau wangi.  Pastikan di tumis sehingga berwarna keperangan dan hampir nak garing. 
Masukkan garam secukup nya
Dan jika perlu masukkan gula sedikit (optional yer.  mori tak letak)
Gaul rata dan matikan api.  Biarkan sejuk dulu. baru gaul kan dengan ikan bilis tadi.
Sedia untuk di hidang. 

Senang kan.  

Selamat mencuba dari

Tuesday, 1 December 2015

Ikan Dory masak Halia Sos Ikan


Assalamualaikum semua....

Hari nie mori nak syer something different dari dapur mori.  Bila dah buntu tak tau nak masak apa...mori akan modified apa yang ada di dapur untuk di jadi kan hidangan..hehehehe....Janji apa yang di hidang kan tu boleh di makan la..... kang konon nak masak sesuatu yang lain dari lain...tapi tak leh telan...kan haru tu...
Sebenarnya dah beberapa minggu mori masak lauk nie... hari nie baru jumpa masa sikit untuk mengapdet kan dalam nie...hehehe..cian kan.  Ikan nie mori beli frozen kat pasar raya...mori akan potong kecil2 dan simpan dalam freezer dulu.  Bila nak masak, baru mori keluarkan dari freezer. Senangkan gitu.... Biasa mori akan goreng aje ikan dory nie bersama tepung... atau pun mori akan masak masam manis...  tapi kali nie mori masakkan ikan dory nie dengan halia dan sos ikan.  Rasanya sedap.. ala ala thai sikit.. tapi mori guna kan halia yang banyak untuk mengimbang kan rasa sos ikan dan ikan dory tu.  


Cara memasaknya sungguh simple... mori tidak menggunakan tepung kali nie.  kali nie ikan tu mori celup dalam telur dan sedikit black pepper dan terus di goreng.  Rasanya sedap ... seperti celup tepung jugak... jom layan resepinya di bawah nie..

Ikan Dory masak Halia Sos Ikan

Bahan-bahannya

Ikan dory dalam paket (ada 2 keping)
Telur 2 biji
1 sudu makan black pepper
Secubit garam
Minyak Masak untuk menggoreng

Bahan-bahan untuk menumis
Minyak Masak (baki dari menggoreng tadi)
5 biji bawang putih di ketuk dan didadu
1 biji bawang holland di potong baji
1 biji bawang besar di potong baji 
10 biji cili api di belah dua
2 inci halia di hiris seperti mancis
1 batang serai di hiris nipis
Sedikit daun bawang
Sedikit bawang goreng
1 sudu makan sos ikan
1 cawan air


Cara-caranya

Ikan dory di potong kecil (lebihkurang 2 inci lebar)
Pecah kan telur dalam mangkuk dan masukkan juga garam dan juga black pepper.  Pukul sehingga kembang.
Celupkan semua ikan dory tadi ke dalam telur tadi.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
Goreng kan ikan dory tadi sehingga kuning keemasan.  Ketepikan.


Untuk menumis sos nya

Panaskan kuali tadi, tinggal kan saki baki minyak menggoreng tadi dalam kuali.
Tumiskkan bahan2 yang di hiris tadi, seperti bawang putih, bawang holland, bawang besar, halia dan serai sehingga terbit bau harum wangi.  
Bila dah agak2 wangi, masukkan sos ikan tadi dan juga secawan air.
Biarkan mendidih sebentar, Masukkan garam jika perlu, mori tak letak garam sebab rasa dah cukup masin.  Masin tu datang dari sos ikan tadi.  
Akhir sekali masukkan daun bawang dan gaul rata.
Mati kan api.  Tuangkan kuah sos tadi ke atas ikan dory tadi.  Taburkan bawang goreng.  
Walaaa... sedia untuk di hidang.


Selamat mencuba,  Insya Allah sedapppp... pekena dengan nasi panas2, saing dengan sayur campur brokoli, kubis bunga, carrot... memang maveles.  Tips, semasa menggoreng ikan dory, pastikan api tidak terlalu besar biar sederhana, kita nak ikan tu masak sempurna di dalam nya.  balik balik kan sentiasa semasa menggoreng dalam kuali supaya rata masaknya.


(psstt... pssttt ... lawan tak apron baru mori..hehehe)

Sekian dulu dari saya,

Wednesday, 21 October 2015

Masalodeh atau Vadey

Masalodeh 


Masalodeh...Vadey... hemmmm..mana satu yang betul nie..hehehe.. selama nie mori dok panggil Vadey aje.... tetiba satu hari kawan mori menegur...katanya nya.. Masalodeh..bukannya vadey... confius sekejap mori.... tapi whatever la yer... janji sedap di makan.  Mori suka kan masalodeh nie...kita panggil masalodeh la yer..hahahaha.. sejenis makanan orang India.  Di perbuat dari kacang dhal yang di rendam semalaman.  Buat nya tak susah.. memang senang.... dan bahan2 nya pun tak banyak.  Kalau di kafe ofis... setiap pagi pasti 2 ketul akan mori beli untuk breakfast.  Kalau lambat sikit...habisss kuih tu...tengok bekas aje la.. rupanya femes jugak masalodeh nie.  


One fine day in the office...hehehe. kita speaking lak yer... mcm mana ntah bole tercetus nya citer nie... mori di cabar untuk buat masalodeh nie.. heeemmm rasanya dah lebih 10 tahun mori tak buat kuih nie.  So last saturday, mori beli la kacang dhal dan rendam kan semalaman.  Hari esok nya.. mori pun mula la buat masalodeh nie... Sungguh senang gitu.. kalau yang senang senang nie memang mori suka buat...tak banyak bahan..... hehehe.. 


RESEPI MASALODEH ATAU VADEY

Bahan-bahannya:
500 gram kacang dhal di rendam semalaman
3 tangkat daun kari
1 biji bawang besar (yang besar betul.. hehehe kalau kecil 2 ketul la yer)
5 tangkai cili kering
1 sudu kecil jintan putih
Garam secukup rasa

Cara-caranya.

1.   Rendam semalaman kacang dhal, kemudian di toaskan air nya.
2.   Kisar separuh kacang dhal nie sehingga hancur, separuh lagi kisar kasar.  Campurkan ke dalam sebuah bekas.
3.   Daun kari di gunting nipis, bawang besar di dadu dan cili kering di gunting nipis.
4.  Gaul kesemua bahan bersama kacang dhal tadi.  Masukkan juga jintan putih dan garam secukup rasa.  Mori letak anggaran 1 setengah suduh teh garam.
5.  Sediakan dulang dan alaskan dengan sehelai plastik.  Ini untuk memudah kan semasa nak amik adunan tadi untuk di goreng. 
6.   Kepal2 kan adunan tadi berbentuk bulat leper dan susun atas dulang tadi.  
7.  Panaskan kuali dan masukkan minyak masak,  Api biar sederhana.
8.   Goreng kan sehingga agak2 kuning kemerahan.  
Angkan dan toaskan minyaknya.  

Sedia untuk di hidang.


Sedap di makan bersama teh tarik atau kopi panas panas sewaktu minum petang.  Husben and daughter mori sukakannya juga.  Kata husben puas makan buat sendiri.  Dapat banyak hasilnya.  hehehe... sempat gak mori bawa ke ofis esok nya.  Simple kan... senang sangat. 








Selamat mencuba
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...