Pages

Friday 18 July 2014

Spaghetti Butter Lemon Prawn

Assalamualaikum semua...

Resepi yang kali nie mori nak syer... mori dapat dari menonton tv di rancangan astro di food chanel.  Cuma mori tak ingat nama chef yang memasak.  Memula tu cuma menunggu nak waktu berbuka puasa... sambil tu tukar tukar chanel.... ternampak chef nie tengah masak... ralit pulak dok tengok dia memasak dan salah satu kesukaan mori menonton rancangan memasak nie...ialah barang2 dapur yang di guna kan.. cantik2 belaka.  Biasalah kan orang perempuan... suka yang cantik2...itu mori la yer...hehehe..
Esok hari nya... sebelum balik rumah dari kerja, singgah dulu kat kedai mencari bahan2 untuk buat spageti butter lemon prawn.  Senang dan ringkas aje resepinya....

Resepi Spageti Butter Lemon Prawn

Bahan-bahannya
Spageti halus yang di rebus sehingga lembut.
(Masukkan sesudu kecil minyak masak semasa merebus spageti.  Bila air dah mendidih kacau kacau spageti supaya bila di tos nanti spageti tidak melekat.  Bila spageti dah lembut, toskan sehingga kering airnya.)

20 ekor udang sederhana besar (dibuang kulit dan di belah dua)
5 biji bawang putih di ketuk dan dicincang halus
3 sudu butter
1 biji lemon di parut sedikit kulitnya
1/2 biji (dari 1 biji lemon di atas) di ambil jusnya.
Segenggam daun sup
Sedikit garam

Cara-carannya:
Panaskan frying pan dan masukkan butter dan biarkan panas.
Tumiskan bawang putih tadi sehingga wangi.
Masukkan pula udang dan tumis sehingga udang masak.  (Sekejap aje... sebab udang dah di belah2)
Masukkan pula lemon parut ke dalam frying pan. 
Kemudian masukkan pula spageti yang telah di toskan kering tadi.
Kacau rata. Masukkan jus lemon tadi dan gaul rata.
 Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan juga daun sup dan gaul rata.
Mati kan api dan sedia untuk di hidang.

Selamat mencuba....

Sekian dulu dari 

Sunday 6 July 2014

Sotong goreng tomyam

Assalamualaikum ...

Diam tak diam.. Dah hampir seminggu kita umat Islam meraikan Ramadhan.  Seperti biasa.... Mori selalu menyediakan juadah berbuka puasa untuk famili.  Bila dah hari2 memasak.. Ada harinya terasa buntu juga mencari idea apa yang hendak dimasak untuk berbuka.  
Kali ni mori nak syer resepi yang baru mori cuba.  Sebelum ni mori masak dengan ikan talapia... Kali ni mori masak resepi ni dengan sotong pulak. Rasanya seperti tomyam.  Tapi lebih pekat sikit.. Tak berkuah sangat sehingga bole di hirup seperti sup tomyam..
Resepinya simple ... Campak2 aje dlm kuali... Tumis sekejap2 dah siap.  Nk tau cam mana masak ya... Jom..tengok resepinya di bawah... 

Resepi Sotong Goreng Tomyam

Sotong segar yang telah dibersih kan. Ditoskan. 
4 biji bawang putih di hiris nipis
1/2 biji bawang merah besar di potong baji
1/2 biji bawang holland di potong baji
1 inci halia di hiris seperti mancis
2 batang serai di hiris nipis.
1 biji tomato di potong baji
Segenggam mixed vege.
5 batang cili api kampung di hiris nipis
1 batang cili merah di hiris nipis
2 sudu makan Pes tomyam
2 helai daun limau purut

Cara caranya
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak untuk menumis.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bawang holland sehingga wangi.
3. Tumiskan pula serai, halia, cili dan kacau rata. Sekejap aje.
4. Masukkan pes tomyam dan kacau rata. 
5. Masukkan pula sotong tadi dan gaul rata. Masukkan juga sekali daun limau purut, tomato dan masak sehingga sotong masak sempurna. Tak perlu lama sangat. Kalah nak berkuah sikit tambah setengah cawan air. Mori tak letak sebab sotong sendiri dah mengeluarkan airnya.
6. Akhir sekali bila dah cukup masak masukkan mixed vege dan kacau rata. Matikan api dan sedia untuk di hidang. 

Senang kan... Masak lauk ni pon tak lama sekejap aje. Bole juga masak dengan ikan yang telah di goreng terlebih dahulu. Mori dah cuba dengan ikan talapia dan ikan kembung. Rasanya maveles. Kalah nak tambah vege pon boleh juga.  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...