Pages

Wednesday 26 October 2011

Agar agar buah koktel


Balik dari berjalan... bukak peti ais.. tak de apa apa sweet yang bole di kunyah... teringin nk makan jeli kelapa... nak oder dari kawan... rasa dah lewat...terus bukak kabinet cari agar agar..jumpa lak koktel fruit...apa lagi terus aar buat.... ni la hasil nya Agar koktel buah.  Cuba buat 2 warna..tak berapa clear warna nya.

Bahan bahan:
1 paket agar agar di rebus ngan air.
Masukkan 2 cawan gula.
Biarkan mendidih hingga agar agar hancur.
Masukkan esen ros
Bahagi kepada 2 bahagian. (1 bahagian di campur warna)
Masukkan ke dalam bekas dan sejukkan
Sementara yang 1 bahagian lagi di masukkan air jus fruit coctail Tuang perlahan lahan agar agar tu dlm bekas tadi dengan perlahan lahan.
Masukkan koktel buah dan sejukkan.

Tuesday 25 October 2011

Puding Cendol

Masa syawal baru baru ni cari idea nk buat dessert untuk jamu kekawan.  Search tenet... jumpa resepi Puding Cendol dari blog kak Hanieliza. Thxs kak hanieliza.  1st time buat... alhamdullilah menjadi... seronok rasa ..ni la dia hasil nya...skrg ni dh rajin buat menu ni..dan jamu kekawan waktu petang.  Ada juga yang minta resepi ni..apa salah nya berkongsi ...lagipon resepi ni pon dapat dari tenet...



Resepi Puding Cendol

Bahan bahan :
1 paket agar agar
1200 ml air
2 cawan gula
1 tin susu cair
1 paket cendul
1 cawan gula merah

Cara caranya
1. Rebuskan agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula dan biarkan mendideh lagi.  Tapiskan.
3. Bahagikan adunan pada 3 bahagian.
4. Bahagian 1/3 di panaskan dan masukkan gula merah.
5. Kacau rata dan biarkan mendidih dan tapis.
6. Masukkan sedikit dalam acuan dan biarkan agak keras tetapi jangan keras sangat nanti adunan tidak melekat.
7. 2 bahagian lagi di panaskan dan masukkan susu cair dan cendul.  
8. Kacau rata dan tuangkan perlahan lahan atas adunan gula merah dan sejukkan.
9. Hidangkan.

Tips ..kalau adunan agar yang ada gula merah dh keras...coret2 permukaan agar dengan garpu...seblum menuang agar cendol .

Monday 24 October 2011

Muffin Chocolate Chip Pisang

Dapat resepi dari internet....tengok cara caranya senang.....balik dari kerja terus singgah pasaraya mencari bahan bahan...after ready kan dinner untuk family... terus mula untuk buat muffin.  Alhamdullilah ..ini la hasilnya... Tq so much pada yang berkongsi resepi.


Resepi Muffin Chocolate Chip Pisang

Bahan-bahan:

(A)
250 gm Tepung Gandum
150 gm gula
1 tsp baking powder
1/4 tsp baking soda
1/4 garam
1/4 serbuk kayu manis
200 gm chocolate chips

(B)
2 biji telur, dipukul sedikit
113 unsalted butter di cair kan dan di sejukkan
570 gm pisang
1 tsp esen vanila

Cara-caranya:
1.  Campur semua bahan bahan (A) di dalam satu bekas 
     dan bahan bahan (B) di dalam satu bekas yang lain
2.  Gaul rata.
3.  Masukkan bahan (B) ke dalam bekas bahan (A)
     dengan perlahan sehinggan adunan menjadi pekat
     dan lekit.
4.  Minyak kan tray muffin dengan butter.
5.  Masukkan adunan sebanyak 2/3 penuh.
6.  Bakar pada 180 degrees sehingga 20-25 minit.

Note: Jangan terlalu gaul semasa step 3.  Kalau terlebih gaul akan mengakibat kan adunan menjadi ber air.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...