Pages

Wednesday, 19 June 2013

Kuih Buah Melaka atau Onde onde


Assalammualaikum semua.... 

Dah lama sungguh mori tak buat kuih buah melaka nie..... kebetulan balik dari kenduri kelmarin mori singgah kedai beli barang2 dapur sikit....sempat gak capai sepeket tepung pulut.  Kali nie mori buat berdua dengan kawan yang tinggal berdepan rumah mori.  Jadi kerja mengentel adunan untuk di bulat seperti bebola menjadi lebih cepat.hehehe.. sambil2 tu.. seronok bersembang.  Untuk mendapatkan warna hijau, mori cuma guna pewarna hijau jer.  Rasa malas sikit nak kisar daun pandan.... jadi amik jalan shortcut...guna pewarna jer.... hehehe.... tapi cantik pulak warna kuih buah melaka mori.... 
Jom layan resepi nya yang senang banget.... lembut bila di makan... manis bila tergigit gula merah ... wallaa


Resepi Buah Melaka

3 cawan tepung pulut
1 1/2 sudu makan tepung gandum
1 3/4  cawan air
pewarna hijau untuk menggantikan air daun pandan
Gula Melaka yang di potong kecil
Secubit garam.

1/2 biji kelapa parut putih
Secubit garam
(gaulkan kelapa dan garam sehingga rata)

Cara-carannya:
1.   Masukkan air secukup nya kedalam periuk dan masakkan sehingga mendidih.
2.   Gaulkan tepung pulut, tepung gandum dan secubit garam sehingga rata.
3.   Tuangkan air sedikit demi sedikit sambil mengaul kan tepung.
4.   Titiskan sedikit perwarna hijau.  Uli sehingga warna sekata.  Adunan biarlah agak2 senang untuk diuli menjadi bebola.
5.   Uli kan adunan menjadi bebola kecil, kemudian leperkan dan letakkan gula melaka di tengah2 adunan. Kemudian uli kan semula menjadi bebola sehingga habis semua adunan.
6.  Bila air telah mendidih, masukkan bebola ke dalam air tadi.
7.   Ianya akan timbul bila telah cukup masak.  Gunakan penapis untuk mengambil bebola tadi.  Toskan air nya sebentar terus golekkan atas kelapa parut yang telah di gaul dengan secubit garam.

Sedia untuk di hidang.


7 comments:

  1. salam
    my doter fav Onde onde...

    ReplyDelete
  2. Salam, sy follow blog sis n sis follow blog sy yer...jemput masuk ke blog saya http://ibu2ahmad.blogspot.com untuk mendapatkan harga istimewa untuk produk Shaklee. TQ for your support.

    ReplyDelete
  3. Akak nk 2 ketui.....sedapnya. ;)

    ReplyDelete
  4. assalam mori
    betul tu sedapkan makan buah melaka
    kat umah akak ni buah melaka dah jd kegemaran ank bujang sorang ni
    stock pun sentiasa ada he hee

    ReplyDelete
  5. Kuih ne mmg snonim time buln pode kn .dpt gigit yg mnis tu ..aishhh sedapnye..

    ReplyDelete
  6. salam mori..
    ini kuih feberet anak dara sulung madihaa... tp biasanya buat dibln puasa jelah.. hehe..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...