Pages

Showing posts with label Tom Yam. Show all posts
Showing posts with label Tom Yam. Show all posts

Thursday, 16 June 2016

Tomyam Bangkok dan Ikan Senangin Masak Asam

Assalamualaikum dan salam Ramadhan...

Hari nie yang ke 11 kita umat Islam berpuasa.  Seronok bila tiba bulan puasa nie, macam macam juadah di fikiran yang kita nak masak untuk berbuka,  Itu pun kalau sempat ler... Kekadang tak sempat memasak, singgah di bazar aje.  Dulu ada pembantu mori sediakan bahan2 untuk mori masak, sekarang semua kena sediakan sendiri. Pastu nak mengemas selepas memasak,.. bab nie yang meletihkan hahahha.. tapi kena buat jugak.

Hari nie mori nak syer resepi tomyam bangkok.  Mana mori dapat resepi nie..hehehe.. .of course la dari facebook... waahhh macam2 resepi jumpa kat sana... seronok gak.  Resepi nie, anak mori yang tag kan kat fb mori.. katanya balik kelas, dia nak masak nie..... mori ok kan aje.  Balik petang dari kelas... dia call katanya kat kedai nak beli bahan masak tomyam...hahahaha.. terkejut jap mori... dia punya kehendak nak masak tomyam... sanggup singgap kedai beli bahan...hahahaha.. kalau bukan kehendaknya.. jangan harap dia nak ke kedai.  Jadi kali nie.. anak mori yang memasak tomyam nie.. mori pantau la sebelah nya... tengok cara2 di resepi senang aje..  mori layan aje la dia memasak tomyam ...

Resepi Tomyam Bangkok

Bahan2 nya (untuk 3@4 orang makan)

Sediakan udang, sotong, isi ayam, daging atau apa saja yang suka
2 batang serai di titik
2 inci halia di ketuk
1 inci lengkuas di ketuk
1 biji bawang holland di potong wedges
10 biji cili api di tumbuk kasar
2 biji buah tomato di potong wedges
6 biji limau kasturi atau 2 biji limau nipis di ambil jusnya
Garam secukup rasa
sayur seperti carrot, bunga kobis, jagung - mana yang suka (mori tak letak sayur)
1 pek cendawan tiram di koyak2kan
Beberapa helai daun ketumbar

Cara-caranya

Sediakan periuk atau kuali ke... (mori guna kuali jer)
Masukkan air agak2 bahan yang kita sediakan.  
Biarkan mendidih, masukkan pula serai, halia, lengkuas, cili api  dan biar kan mendidih sebentar.
Kemudian masukkan pula bawang holland, tomato dan sayur jika ada (sayur yang keras2 sikit tu kena masuk dulu)
Dah mendidih semula, baru masukkan bahan2 seperti udang, sotong, isi ayam. 
Akhir sekali baru masukkan cendawan tiram dan juga jus limau tadi.  
Masukkan garam agak2 secukup rasa dan juga daun ketumbar.  Kacau rata.  Rasa kena seimbang, masin, masam kena cukup.  Tapi bulan puasa kan.. main agak2 jer la... Alhamdullilah.. sedappp 
Siap. boleh la di hidang.

Wallaaaa... tomyam bangkok 

Sementara anak mori masak tomyam, mori prepare kan ikan masak asam.  Ni  memang favourite kat dalam rumah mori.  simple aje resepi ie.. mori dah pernah syer dalam blog mori sebelum nie rasanya.. dah lupa lak mori mana letaknya..hahahaha  Mori dah lupa nama ikan yang mori masak nie... tapi ikan nie hasil husben mori gi memancing.. rasanya nie ikan senangin...  


Resepi Ikan Senagin Masak Asam (Sos Ikan)

1 ekor ikan di bersihkan isi perut nya.
Perap kan bersama garam dan kunyit.
Goreng kan hingga garing dan ketepikan.

Sediakan bahan2 menumis

1 biji bawang holand di hiris kasar
1 biji buah tomato di potong wedges
5 @ 6 biji cili api to hiris kasar
1 batang serai
1 inci halia di hiris
1 sudu makan sos ikan

Cara-caranya
Sediakan kuali dan masukkan minyak masak.
Tumis kan bahan di atas kecuali sos ikan
Bila dah layu, masukkan sos ikan dan sedikit air dan biarkan didih.
Mori tak letak garam, sebab sos ikan dah masin.
Kacau rata kesemua bahan, bila dah didih, tuangkan kan atas ikan tadi.

Tadaaa dah siap.  makan panas panas.. maveles...


Selamat mencuba dari saya

Thursday, 4 April 2013

Tomyam Putih bersama Mihun

 

Dah biasa buat tomyam warna merah, kali mori cuba buat tomyam warna putih.... dan tanpa menggunakkan pes tomyam.... tomyam putih nie tetap terasa masam dan masinnya.... mungkin kurang pedas sikit sebab tanpa pes tomyam dalam masakan.  Kali nie mori padankan tomyam putih nie dengan mihun   untuk dinner semalam.  Agaknya kurang pedas... anak mori menambahkan lagi...hehehe.. 


Resepi Tomyam Putih bersama Mihun

Bahan-bahannya:
1.5 liter air
3 biji bawang putih di ketuk
1 biji bawang merah di potong memanjang
1 biji bawang holland di potong memanjang
1 inci lengkuas di ketuk
3 batang serai di titik
10 biji cili api di ketuk
2 genggam isi ayam yang di hiris kecil
2 ekor sotong besar di hiris nipis
20 ekor udang di bersihkan
1 biji tomato di kerat 6 bahagian
Sayur kobis bunga di potong kecil
4 sudu sos ikan
Jus limau nipis dari 3 biji limau
1 paket cendawan tiram di siat2 kecil
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun ketumbar

Cara-caranya:
Masukkan air ke dalam periuk dan biarkan mendidih sebentar.  Masukkan bawang putih, bawang merah bawang holland, serai dan juga lengkuas.  Biarkan mendidih sebentar dalam 2 atau 3 minit
Masukkan kan pula cili api, dan juga isi ayam.  Biarkan mendidih sehingga ayam masak.
Baru masukkan udang dan juga sotong.  Masukkan sekali tomato dan juga sayur kobis.
Biarkan semuanya mendidih sehingga masak.
Masukkan sos ikan, jus limau nipis dan garam secukup rasa.  Perasakan masakan cukup masam dan masin.
Akhir sekali baru masukkan cendawan tiram, biarkan mendidih sebentar dan matikan api.

Kalau ada daun ketumbar, masukkan akhir sekali... (Mori tak letak... sebab kehabisan daun ketumbar)



Monday, 28 January 2013

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Sambal dan kawan2nya


Beberapa hari lepas, sibuk membuat persiapan untuk majlis tahlil dan bacaan yasin untuk arwah mak.  Sehingga mori tak sempat nak tengok blog atau jenguk ke dapur blogger lain mencari resepi baru untuk di cuba.  Alhamdullilah kali nie...majlis tahlil untuk arwah mak berjalan dengan lancar.  Tak sangka tetamu yang datang sungguh teramat ramai.  Semuga majlis mendapat keberkatan Nya. 
Seperti yang sudah sudah... Alhamdullilah...kawan2 yang baik hati... datang membantu mori untuk menyediakan sajian.  Jasa mereka takkan mori lupa kan sehingga ke akhir hayat.  Ada juga kawan yang stay back ...tolong mengemas bila majlis dah berakhir...dan adik adik juga...tunggu sehingga ke akhir... mengemas apa yang patut... Dorang membantu apa yang patut semasa majlis... Kebetulan pulak... pinggang mori sakit sangat pada malam majlis... buatkan mori tak berapa nak laju buat kerja.   Tu lah untung nya adik2 ramai... mori arahkan jer...hehehe.. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar.

Dah dapat cukup rehat... Hari nie baru lah mori dapat menjenguk blog yang beberapa hari terpendam.  Entri kali nie...dengan resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat sambal..yang dah lama mori tak buat.  Bila bakar ikan, satu rumah bau aroma ikan bakar... seleranya.  Kali nie ikan di siang oleh anak dara mori...sampai terluka jari.  Ikan di belah belakang pun tak berapa cantik lagi....kena praktis lagi ...Resepi nie mori belajar dari MIL.  Arwah MIL tak suka guna mesin pengisar.  Jadi bila nak masak sambal.... lesung batu tu juga la yang di carinya.  Memang tak di nafikan masakan nya memang sedap. 


Resepi Ikan Bakar Cencaru Sumbat Sambal

Ikan cencaru yang telah di bersihkan dan di belah belakang nya.

Bahan-bahan cili untuk di sumbat ke dalam ikan.
2 gengam cili kering yang telah rendam dan di toskan.
1 sudu udang kering
5 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1/4 inci belancan
secubit garam
Sedikit air asam jawa

Cara-caranya:
Tumbuk hingga lumat kesemua bahan bahan untuk di sumbat ke dalam cili.
Mori akan tumbuk dulu cili hingga lumat, baru masukkan bawang putih, belacan dan garam,  tumbuk sehingga lumat.  Akhir sekali baru masukkan bawang besar dan tumbuk sehingga lumat.  Masukkan sedikit perahan air asam dan gaul rata.

Gaul kan garam dan kunyit pada ikan cencaru sehingga rata.

 Sudu  kan cili yang telah di tumbuk kedalam belahan ikan.

 Sedia untuk di bakar.  Alas dengan daun pisang, bila membakar ikan. 


Mori padan kan dengan tomyam cendawan dan brocoli dan juga kerabu nenas timun.


Resepi Tomyam Cendawan dan Brocoli.

Bahan-bahannya:
Cendawan Shitaki segar yang di hiris 
Cendawan Enoki
Sayur Brocoli yang di potong kecil
Bawang Holland yang di potong kasar
Cili Api di belah dua
Daun Limau purut 
Jus Limau nipis
Serai di titik
Lengkuas dititik
Pes tomyam
1 sudu cili kisar

Cara-caranya:
Didih kan air dalam periuk secukupnya.
Masukkan pes tomyam dan juga cili kisar dan biar kan mendidih.
Masukkan lengkuas, serai, cili api, bawang dan biarkan mendidih.
Masukkan sayur brocoli, dan juga cendawan shitaki.
Masukkan juga jus limau nipis dan garam secukup rasa.
Akhir sekali baru masukkan cendawan enoki.


Resepi Kerabu Nenas Timun

Bahan-bahannya:
1/2 biji nenas di potong kecil
1 biji timun di hiris nipis.
5 biji bawang kecil merah di hiris nipis
2 sudu sambal belacan
2 sudu udang kering yang di tumbuk
1 sudu jus limau nipis
2 sudu gula secukup rasa.

Caranya:
Gaul kan kesemua bahan-bahan sehingga rata.  Perasakan.  Jika rasa kurang manis atau masam bole di tambah ikut selera kita.


Wednesday, 8 August 2012

Nasi Goreng Pattaya ngan Tomyam

Sekejap aje kita dah berpuasa 18hari...dah separuh Ramadhan.  Tak lama lagi kita akan menyambut syawal pulak.  Sayangnya nak tinggal kan Ramadhan nie.. takut nya nak menjengah bulan syawal.  Kalau bole biarlah bulan Ramadhan nie lama sikit.  Tak bole nak bayang kan cam mana keadaannya berhari raya tanpa arwah mak. Cam mana keadaan adik yang masing masing masih rindu kan mak hendak menyambut syawal yang akan tiba.  Macam mana adik adik mori yang masih single nak menghadapi hari raya nie.  Tentu cucu cucu akan teringat kan neneknya...dimana nenek dipagi raya. Aduhaaii rindunya kat arwah mak...
Ni la menu semalam.... Nasi Goreng Pattaya... sebenarnya nak masak ikan bawal emas yang husben beli Ahad lepas.  Tapi last minit ...husben called...ada jemputan berbuka lagi ... tinggal la kami bertiga... jadi sayang nak masak ikan bawal tu kalau dia tak de sama nak menjamu.  So tukar menu buat Nasi Goreng  Pattaya dan Tomyam.  Simple but still heavy.  Cuma kelakarnya... nak bungkus nasi goreng tu dengan telur tu...... terkial kial gak..nak balut telur tu.... percubaan yang pertama....abis terbarai... tapi yang kali kedua berjaya.... hooreeey...

Resepi Nasi Goreng Pattaya

Nasi yang telah di masak dan di peroi.
2 sudu makan cili kering yang telah di kisar
Isi ayam ikut suka banyak mana
3 biji bawang putih di ketuk
Garam secukup rasa
Sebiji telur
1 sudu teh lada sulah

Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam kuali.
Tumiskan bawang putih sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing.
Masukkan isi ayam dan tumis sehingga ayam masak.
Masukkan nasi yang telah sejuk dan diperoi kan.
Gaul rata.
Pecah kan sebiji telur di tengah tengah kuali.  Sebelum tu..ketepi kan nasi tu di tebing kuali.
Bila telur dah agak masak.. kaup kan semula nasi tadi dan gaul sehingga rata.
Taburkan garam dan lada sulah.
Gaul rata.

Untuk balutkan dengan telur.
Panas kan kuali leper dan tuang kan sedikit minyak masak.
Perlahan kan api.
Pukul beberapa biji telur dengan secubit garam.
Tuangkan atas kuali leper dan kembang kan sehingga keliling kuali. Biarkan masak seketika.
Bila telur agak2 separuh masak.  Tuang kan nasi goreng tadi..agak agak untuk seorang makan.
Dengan menggunakan sudip... balut kan nasi tadi dengan telur.
Berhati hati.. telur mudah pecah kalau goreng terlampau garing.
Yang ini favourite...mesti ada kalau makan Nasi Goreng ke...me goreng ke..apa apa yang digoreng.  Tanpa nie..rasanya x shedaaapp..

Tomyam campur... main campak campak aje buat nie... janji.. ada bahan2 nya... senang gitu...

Resepi Tomyam
Didihkan air dalam periuk pas tu masukkan tomyam paste.
Masukkan 2 batang serai yang telah di titik.
Masukkan 1 inci lengkuas yang telah di ketuk.
Masukkan 1 inci halia yang telah di ketuk.
Biarkan sebentar.
Masukkan sotong, udang dan isi ayam.
Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan ciliapi agaran 10 biji yang telah di ketuk.
Masukkan bawang besar holland yang di hiris kasar.
Masukkan 1 biji tomato yang telah di potong 6.
Masukkan daun ketumbar dalam 2 atau 3 helai.
Masukkan daun limau purut.
Masukkan garam secukup rasa.
Biarkan mendidih sebentar.
Ready...to eat.

Mori tak masukkan sayur... paham2 je lah..anak dara sorang kat rumah nie kurang minat ngan sayur. 
pssstt!! psstt!!.. dia repeat makan lagi waktu sahur tadi..hehehe sedap la tu kan.. katanya cam kat kedai... kembang hidung mama dia...

Ikan masin gelama nie..masin betul.... husben beli kat Kuala Selangor... besar2 lak tu... tu la dia ..kalau orang lelaki gie pasar... kita suruh beli yang kecik...dia pi beli yang besar.... tapi dia dah beli....amik jeer..jangan bising2..karang tak mau gie pasar lagi padan ngan muka mori.
Goreng garing garing.. .pas tu tabur sikit bawang dan cili yang di potong... perah sikit air asam limau.... memang...mengancam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...