Pages

Monday 18 May 2015

Sambal Goreng Sayur Kacang Panjang

Assalammualaikum semua.. 

Menu nie sebenarnya dah lama mori masak.   Tapi tu la....hehehe.. bila nak menaip kan resepi tu...sentiasa terlupa aje... manjang tak sempat aje.  Lauk nie dah menjadi favourite dish kami sekeluarga.  Bila sekali hadap untuk lunch, habis kami semua kerja kan.  Anak mori akan mencari ikan bilis, maid pulak akan mencari tempe nya... cuma mori ngan husben jer tak memilih sangat...semua pun jalan...hehehe..  Ok jommm... mori syerkan resepinya yang ringkas tapi Insya Allah sedap.  


Resepi Sambal Goreng Sayur Kacang Panjang

Bahan-bahannya

20 batang kacang panjang yang di hiris serong
1 paket tempe yang di hiris nipis
1 cawan ikan bilis
1 paket isi petai
1 batang cili merah dihiris
5 biji cili api di hiris 

Bahan-bahan yang di kisar
2 biji bawang putih
4 biji bawang kecil
sedikit belacan
(kisar bahan2 sehingga halus)

2 sudu makan cili kisar

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-carannya
1.  Gaul tempe dengan kunyit dan garam, Goreng garing sehingga kuning keemasan.  Angkat dan ketepikan.
2.   Goreng ikan bilis yang di gaul sedikit dengan serbuk kunyit sehingga garing.   Angkat dan ketepikan.
3.   Kemudian goreng isi petai yang telah di belah dua sekadar seminit sahaja mencukupi.  Angkat dan ketepikan
4.  Dengan baki minyak menggoreng tadi, kalau lebih, asingkan lah sedikit yer, tumiskan bahan yang di kisar bersama dengan cili kisar tadi sehingga terbit bau wangi.  
5.  Masukkan sayur kacang panjang, cili merah dan cili api yang telah di hiris tadi.  Gaul rata ke semua bahan.  Masukkan kan garam dan gula sekali, gaul rata ke semua bahan.  Bila sayur telah cukup masak, matikan api.  
6.   Akhir sekali masukkan tempe, petai dan juga ikan bilis goreng tadi ke dalam kuali.  Gaul kesemua bahan sehingga mesra dengan sambal cili tadi.

Waallaaa dah siap pun, senang kan.  Mori matikan api dapur sebelum masukkan ikan bilis tempe dan juga petai  Mori nak rasa keranggupan bahan2 tersebut.  Baru la best bila di makan...hehehe !!!  Pastikan gula di letak lebih sedikit supaya sambal rasa manis2 gitu dan melekit.       



Selamat mencuba dari 

Monday 4 May 2015

Masak Kari Ikan Tenggiri yang simple

Assalamualaikum 

Hari nie... mori masak 2 jenis lauk aje untuk lunch.... Kari ikan tenggiri dan sayur sambal goreng..  Tapi ada gak saing kan dengan sambal belacan untuk rasa pedas. Kalau tak ada sambal belacan.... nanti rasa kurang kick... hehehe.. Mori suka pedas pedas gitu... layan dengan nasi panas... memang sedap tak hinggat... Nasib baik sekarang mori tengah control makan nasi.....kenalah jaga pengambilan makanan.

Kekadang mori buntu jugak nak masak apa untuk tengahari.  Kalau nak cepat.. mori lebih suka masak yang bergoreng... kemudian buat kan sambal atau masak kari begini.. memang cepat dan segera.   Cara mori masak kari nie... ikut cara arwah mak mertua mori.  Tapi arwah kurang guna bawang.... mori pulak, lebih kan bawang dalam masakkan kari,   Terasa sedap lagi masakkan.  


Ikan Tenggiri nie memang mahal.  Jarang2 sekali mori beli ikan tenggiri.  Bila kepasar tengok harga ikan tenggiri cecah sekilo lebih dari RM20.... fuhhhhh terasa mahalnya  Tapi kali nie, bukan mori yang membeli... ikan tenggiri nie datang jauh dari Tawau Sabah.  Rezeki kami, husben kirim dengan kawan nya yang nak balik kesini dari Tawau.  Perrggghh jauh kan........ ntah la orang lelaki... katanya nak cari yang fresh...cam kat sini tak der ikan tenggiri..... hahaha... mori malas nak gaduh.... ikut kan aje....  
Resepinya kat sini mudah sangat.... simple and segera.  Tak tau la kalau ada yang lebih ringkas.. tak der la pulak mori mencari di tenet. hehehe.. 

Resepi Kari Ikan Tenggiri

5 keping isi ikan tengiri
3 sudu makan serbuk kari di gaul dengan sedikit air (jadikan pes)
1 sudu asam jawa di gaul bersama 1 cawan air
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
1 biji tomato di potong baji
Garam secukup rasa

Bahan2 menumis

4 biji bawang putih di hiris
5 biji bawang kecil di hiris
1/2 biji bawang besar di hiris
2 batang daun kari
1 sudu teh biji sawi
1 sudu teh biji halba

Cara2 nya.
1.   Panaskan kuali atau periuk,  Masukkan minyak masak secukup nya.
2.   Bila minyak panas, tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
3.  Masukkan pes rempah kari ikan dah tumis sehingga pecah minyak.
4.   Masukkan air asam jawan dan gaul sebati.  Masukkan juga secawan air.  Kalau rasa nak lebih lagi kuah  nya... tambah lagi sedikit air. Ikut cita rasa.  Tapi jangan nampak terlalu cair.  Nanti tak sedap.  
5.   Bila kuah telah mendidih, masukkan buah tomato dan biarkan seketika.  Masukkan juga santan pekat, dan garam.  
(Mori masukkan awal semua bahan nie, sebab ikan tenggiri cepat masak, dan mori tak mau gaul terlalu kerap, nanti ikan akan hancur)
6.  Akhir sekali masukkan ikan tenggiri. Biarkan seketika sehingga ikan masak sempurna.  

Siap sudah.  Anggaran masa mungkin dalam 20 min kot..hahaha.. tak tengok jam la pulak kan masa tu.  Mungkin mori dah biasa kot masak kari.  Sambil menyiap kan bahan, kuali dah naik atas dapur.  Semasa tunggu minyak panas, bahan untuk menumis dah tersedia.  bahan2 lain semua berdekatan dengan dapur masak, memudah kan untuk mori memasak.  Jadi waktu yang di ambil untuk memasak singkat.  Okey lah sampai di sini dahulu....


Selamat memasak, dari
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...