Pages

Sunday 29 April 2012

Ayam Goreng Bertempung Spicy

Menu nie mori masak untuk lunch siang tadi.  Malam baru mori dapat masukkan dalam blog.  Cuaca panas betul... tu yang malas nak layan komputer... lepak depan tv...pas tu boring tengok tv....pi tengok jemuran lak.....pas tu layan gambar gambar di hp...penuh ngan gambar mak dari mula masuk spital sehingga hari terakhir mak bersama mori.  Sebaknya dada nie...Rindunya pada wajah mak....rindunya pada suara mak.... rindunya nak call mak dan bertanya khabar....Tapi mori tak dapat lihat wajah mak... tak dapat dah dengar suara mak.... x dapat dah call mak bertanya khabar.... cuma Al Fathihah aje mampu mori sedekah kan kat mak setiap hari. 

Berbalik pada Resepi ayam goreng bertepung nie... memang tak der. Gi aje kat pasaraya... cari Tepung Ayam Goreng Pedas berjenama Bestari.....Ikut ajer arahan nya.  Tapi mori dah tambah daun kering Rosemary dan juga Basil dari jenama McCormick.  Mori masukkan sekali serbuk cili.  Pastu perap lebih kurang 1/2 jam baru di goreng.  Memang sedaappp.  Kalau anak mori ..Adda bole makan... maknanya tak lah pedas sangat. 
Selamat mencuba....

Nasi Lemak dengan Sambal Tumis Ikan Bilis

Hari ni bekfast Nasi Lemak dengan Sambal Tumis Ikan Bilis.  Tapi kali nie mori tumis dulu beras tu.  
Blend dulu bawang putih lebih kurang 3 atau 4 biji bersama dengan 2 inci halia. 
Tumis dengan sedikit minyak.
Masukkan sebatang serai yang telah di titik. 
Dah agak agak wangi masukkan beras yang telah cuci dan di tos. Gaul rata. 
Masukkan ke dalam rice cooker. 
Masukkan santan secukupnya, garam dan juga daun pandan.  Tanak seperti biasa. 
Kali nie mori guna beras biasa aje. 
Hari nie selera nak makan nasi lemak dengan sambal tumis ikan bilis.  
Blend bawang putih sebiji, bawang besar sebiji, buah keras sebiji, dan sedikit belacan. 
Tumis sehingga wangi baru masukkan cili kering yang telah di blend.  Mori masukkan cili lebih kurang 2 senduk besar.  Tumis sehingga cili masak betul.  Api biarkan kecil agar cili masak sekata.  Masukkan sedikit air asam.  Masukkan garam secukup rasa dan gula.  Tutup api.  Dah sejuk sedikit baru mori masukkan ikan bilis yang telah di goreng dan gaul rata.
Sedia di hidang ... 

Saturday 28 April 2012

Hapiii Besdaayy I'man

Happy Birthday to you I'man.
 Menyambut besday yang ke 9
Abang Syafiq and Ikram dan Kakak Dina 
   Besday Cupcakes from Mak Long.
Cupcakes with lots of marshmallow 
 and with lots of cream 
 and with lots of love
from all of us.....Happy Birhday to you.

Thursday 26 April 2012

Bunga Akar Dani

Husben balik awal hari nie... jadi mori amik peluang ajak makan kat kedai aje.  Laju aje dia angguk kepala..bila mori sebut tosai...sememangnya tosai salah satu fav dia..di cicah ngan kuah kelapa ... tak nampak dah dalca atau kari sebelah tu...siap tambah kuah lagi.
Jadi hari nie mori tak der resepi atau menu untuk tayang kat blog.... so mori nak tayang kan gambar gambar nie.. saje jer...buat cuci mata.
Pokok Akar Dani ialah pokok menjalar berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya.  Daunnya berbentuk elips, dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat.  Daun tersebut yan gpanjang 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan.  Bunganya wangi dan berbentuk tiub, dengan warnanya berbeza beza dari putih ke merah muda hingga merah.  (google dari wikipedia)
Bunga nie mori tanam dalam pasu besar... tapi akar nya dah menjalar masuk ke dalam tanah.  Memula pokok ni menjalar kat pergola tapi dah naik ke atas bumbung porch. Sekarang tengah lebat berbunga. Pokok nie akan mengeluar bau wangi.. terutamanya waktu malam...seakan bau bunga harum malam. 
Biasanya selepas musim hujan aje ... pokok nie akan mengeluarkan putik bunga dan akan berbunga dengan lebat. 


Pinkkk....

Tuesday 24 April 2012

Thai Fried Rice with Shrimp

Hari nie mori jalan jalan kat tenet jauh sikit hingga ke Thailand...mencari resepi.....hehehe..saje nak tukar angin.  Mori jumpa ThaiFood.About.com dan jumpa Thai Fried Rice with Shrimp.  Emmm nak cuba kelainan.  
Mori terpaksa ubah resepinya sikit.  Tak sempat mori nak mencari semua bahan-bahan yang dalam resepi tu.  Jadi mori buat ikut apa bahan yang dapat mori cari.  Mori nie kalau balik kerja...mesti straight home. Kalau singgah beli barang pun... mesti nak cepat balik rumah. So kalau nak resepi asal nya... bole la ikut... di SINI.  Tapi mori salin gak resepi yang mori buat.  Husben kata sedap...cuma udang tu kena buang gak ekornya...tajam...hehehe.  
Resepi Thai Fried Rice with Shrimp

Bahan-bahannya:- (untuk seorang makan)
1 mangkuk kecil nasi.
1 genggam udang kecil
3 biji bawang putih di ketuk kemudian di potong kecil2
3 batang cili api yang di ketuk
1/2 biji bawang holland
1 batang saderi yang dipotong nipis.
1 biji telur
1 sudu soya sauce
1 sudu sos tiram
1 sudu sos ikan
(satukan semua sos nie dan kacau)
1/2 tsp kiub ayam.
1 tsp limau nipis
Garam secukup rasa

Cara-caranya:-
Masukkan minyak masak sedikit dalam kuali.
Biarkan kuali panas betul baru masukkan bawang putih.  Tumis sehingga naik bau.  Gunakan api yang besar.
Masukkan cili api dan bawang holland
Masukkan udang dan tumis sehingga udang masak. 
Masukkan batang saderi dan juga sos.  Gaul rata.  Biarkan sehingga agak kering. 
Masukkan nasi dan gaul rata.
Ketepikan dulu nasi sekeliling kuali.. kemudian pecah kan telur.
Agak2 dah nak masak... gaul semula nasi dengan telur tadi sehingga rata.
Masukkan kiub ayam, perahan limau nipis dan juga garam. Gaul rata.
Rasa dulu... sebelum tutup api.  Sedia untuk di hidang kan..bersama daun bawang. 

Mori hidang kan dengan keropok goreng.  dan of course his favourite drink.... a cup of black coffee.
Sawadika

Sunday 22 April 2012

Ikan Masin Terubuk dan Sambal Telur

Seleranya teringat kan ikan masin terubuk yang di beri oleh kawan husben.   Terus aje... mori masakkan untuk menu lunch hari nie.  Kebetulan adik yang bongsu datang semalam ...kasi kan Pajeri Nenas....baik betul adik sorang nie..sanggup bersusah payah menghantar kan lauk... dia tau tu lauk favourite husben mori.  Simpan dulu dlm fridge smlm.. hari nie panaskan balik.  Pajeri kalau di biarkan semalaman akan bertambah sedap lagi.  Mori  lak tak minat pajeri..jadi jarang lah masak....timacih la banyak2 sal.  Sedap pajeri tu..

Ikan Masin terubuk ni mori potong kecil2 dan kemudian goreng garing.  Mori tumis kan bawang besar yang di hiris, halia dan seria yang di hiris dan juga cili api.  Tumis sehingga agak2 layu kemudian mori masukkan sedikit perahan air asam.  Taburkan sedikit aje garam. Kemudian mori angkat dan taburkan atas ikan masin tadi.
Sedap Pajeri Nenas yang sal buat kan ini.

Takkan nak makan ikan masin aje kan....eemm nak masak apa yer... nak simple aje hari nie.. Mori buat kan sambal telur goreng.
Tapi kali nie...mori tumbuk cili kering tu.  Saje je mori buatkan cili tu kasar kasar sikit. Mori masukkan sekali sebiji bawang putih, sebiji bawang besar dan sedikit belacan.  Melompat lompat cili masuk ke mata.  Mori tumbuk cili tu dlm lensung..agak agak hancur aje. Godek godek dalam fridge jumpa balance kobis bunga sikit.. Mori goreng kan ngan carrot, kacang sepat dan juga saderi. Ada Capsicum merah...balance dari buat Mee Ladna hari tu.... mori masukkan sekali.
Jom join sama....

Saturday 21 April 2012

Udang Panggang dengan Salsa dan Nasi Yogurt

Menu Udang Panggang bersama Salsa untuk lunch hari nie....resepi nie mori simpan dari hari isnin lagi.  Kebetulan husben balik dari macing di Tanjung Balau ahad lepas… bawa balik udang besar ….tapi bukanlah udang galah….  Dok pikir nak masak apa udang nie.   Dah jemu nak masak lemak cili api … atau pun buat sambal.  Mori bw dan jumpa resepi Udang Panggang bersama salsa.  Mori dapat resepi nie dari dapur SkyBlueKitchen kepunyaan Diana.  Terima kasih la Diana kerana berkongsi resepi.  Memang sedap resepi nie.  
Mori buat kan salsa juga... untuk makan bersama ngan Nasi Yogurt.  Resepi ini mori amik dari dapur SkyBlueKitchen juga.   Hehehehe..nampak gaya...menu hari nie...mori dapat dari bw ke dapur Diana.  Terimakasih sekali lagi mori ucapkan pada Diana... kerana memberikan idea dan resepi untuk menu mori hari ini.    Alhamdullilah husben puji sedapp....
Pada Diana izinkan mori kongsi kan resepi di blog mori yer…

Resepi Udang Panggang
Resepi dari skybluekitchen

Bahan² A
400 gm udang bersaiz besar _ dikupas kulitnya dan tinggalkan ekornya
1/2 tsp serbuk cili 
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp rempah kari _ ( Diana/Mori guna rempah kari ayam dan daging Baba's )
1/4 tsp serbuk jintan manis
1/4 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk ketumbar
2 tsp daun basil kering 
1 tbsp mentega cair

Bahan² B
1/4 tsp serbuk cili
1/2 tsp rempah kari
1 tsp daun basil kering

Cara²
Toskan dan lap kering udang dan campurkan kesemua bahan² A. Gaul rata.
Kemudian masukkan bahan² B dan gaul sehingga bahan bersalut dengan udang.
Perap selama 30 minit ( sementara tu boleh sediakan salsa ).
Setelah itu bolehlah dipanggang hingga udang masak.
Makan bersama salsa ( rujuk di bawah untuk resipinya ).
Resepi Salsa
Resepi dari skybluekitchen

Bahan²
1/2 biji nenas bersaiz sederhana _ dikupas kulit dan dipotong kecil
1 biji timun jepun _ dikupas kulit, buangkan tengahnya / bijinya dan dipotong kecil
4 biji tomato _ buangkan bijinya dan dipotong kecil
1 ulas bawang putih _ dicincang
1 ulas bawang merah _ dicincang
1 tbsp jus lemon ( boleh guna jus limau nipis jika tak suka jus lemon )
2 tbsp minyak zaitun
1 tangkai daun bawang _ dihiris
1 tangkai daun sup atau boleh juga guna daun ketumbar _ dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit gula 

Cara²
Campurkan kesemua bahan² dan gaul rata.
Sesuaikan rasa dan hidang bersama udang panggang.
Boleh simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu jika suka ( Diana lebih suka simpan dulu salsa nie di dalam peti sejuk sebelum dihidang ).
Resepi Nasi Yogurt
Resepi
Bahan²
3 cawan beras basmati _ dicuci dan toskan
100 gm mentega _ ( Nak guna minyak sapi pun boleh )
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 tbsp yogurt ( perisa asli )
1 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
2 ulas bawang putih _ d tumbuk
1 inci halia _ ditumbuk
1 batang serai _ dititik
1 tsp minyak zaitun
2 biji buah pelaga (mori guna minyak Mazola aje)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kiub pati ayam Maggi
Garam secukup rasa 

Cara²
Panaskan mentega / minyak sapi dan minyak zaitun di dalam kuali dan tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
Tutupkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik yang berisi beras.
Masukkan juga air, susu cair, yogurt, kiub pati ayam dan garam. Gaul rata.
Masak nasi seperti biasa.
Setelah nasi masak biarkan seketika sebelum digemburkan.



Wednesday 18 April 2012

Mee Siam Goreng

Husben calling... masak apa malam nie?...nak masak apa yeer...?  Kalau payah sangat...singgah aje pasar malam beli kan abang Nasi Ambeng.....fuhhhh laju aje kita kata ok.....
Alamak hujan la ... orang yang jual Nasi Ambeng pun tak de la pulak.  Call husben bagi tau... Nasi Ambeng cuti hari nie...hehehe.... dia suruh belikan aje mihun goreng.
Tengok mihun kat pasar malam cam tak berseri aje... mori ni dah la peminat mihun goreng.   Kalau tengok pucat semacam aje...baik mori goreng sendiri.  Nampaknya kena masak la cam nie for dinner.   Padan ngan muka mori....memilih sangat.... Tak pe la kan daripada membeli lepas tu buang sebab tak kena dengan selera kita...

Kali ni mori goreng mihun letak tauchu.... Ada masa mori tak letak gak...ikut selera la masa tu...eehhh bukan selera...ikut mood...kih kih kih...

Resepi Mee Siam Goreng
Mihun di rendam sehingga lembut dan di toskan.

6 biji bawang putih
1 biji bawang besar
(di kisar sehingga halus)

1 sudu makan tauchu (mori scoop 1 sudu penuh)
1 sudu makan udang kering di rendam.
(di kisar bahan ini sehingga halus)

2 sudu makan cili kering yang telah di kisar
8 biji fish ball yang di hiris nipis
2 keping fish cake yang di hiris nipis
Isi ayam
Sos tiram
Sayur (mori guna sawi dan carrot)
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:-
Tumiskan bawang yang telah di kisar sehingga naik bau wangi.
Masukkan cili kering dan tumis sehingga pecah minyak.
Masukkan tauchu dan udang kering yang telah di kisar tadi.
Tumis lagi sehingga nak bau wangi.
Masukkan sos tiram dan gaul rata.
Masukkan isi ayam dan gaul sehingga ayam masak.
(Masa ini mori masukkan sekali batang sawi supaya nanti jadi lembut).
Masukkan fish ball dan fish cake... gaul rata
Masukkan mihun, sawi dan juga carrot.
Masukkan garam secukup rasa dan gaul rata.
Tutup api dan taburkan daun sup dan gaul.  Sedia untuk di hidang.
Yummm yummm.

Monday 16 April 2012

Sardin Masak Kicap

Resepi nie mori buat semalam untuk makan lunch tengahari berdua ngan anak.  Husben tak de…lom balik dari mancing….mori pun jadi malas nak masak beria ia sangat.  Dalam dok pikir nak masak apa…bukak pintu gobok…tengok ada sardine.  Jadi lah sardine pun sardine la yer… makan ngan nasi panas panas sure sedap kan.
Dah nmpk tin sardine…tapi dok pikir nak masak apa.. asik asik buat sambal… karang buat kari lak… kita ber2 ni x minat kari sangat.  Masak kicap la.. kelainan sikit.  Dok pikir lagi.. si Adda nak ke makan sardine masak kicap.  Isshh penat nya pikir… buat aje la dulu… kita tengok aje la nanti. 
Ni la hasil nya… sardine masak kicap….first time…masak cam nie.  Rasanya ok....sedap…kena ngan selera.  (eeeii..cam masuk bakul angkat sendiri).. kihkihkih.
Resepi Sardine Masak Kicap
Panaskan kuali dan masukkan minyak sedikit untuk menumis.  Mori masak main campak campak aje dalam kuali….

Masukkan bawang putih yang di ketuk anggaran 2/3 biji.
Masukkan bawang merah yang di potong kasar.
Masukkan halia yang di hiris halus.  (Sedaap nie…baru rasa lain sikit)
Setelah garing dan berbau wangi…masukkan sesudu cili kering yang telah di blend dan tumis sehingga naik wangi.
Masukkan cili merah , cili padi yang di potong  serong.
Masukkan sedikit sos tiram.
Masukkan kicap pekat atau kicap masin (Mori letak kicap masin). Gaul rata.
Masukkan tomato yang di potong 4 dan masukkan sardine.
Kalau guna kicap masin…tak perlu la letak garam. 
Pekena ngan nasi panas panas... eemmm shedaapp... dan adda pun kata ok ...tu yg penting.

Sunday 15 April 2012

Lepat Pisang Seri Pristana

On the way balik kerumah dari Ikea hari nie... tetiba rasa nak makan lepat pisang.  Tapi almaklum la mori nie memang bab bab kuih nie kurang mahir sikit.  Ada gak rasa terkilan di hati... masa arwah mama in law masih ada..kita tak teringin nak belajar.  Dah memang jenis kurang nak makan kuih... jadi tak interested sangat lah nak belajar... tapi bila umur makin meningkat...selera pun bertukar.  Tu yang kekadang tetiba aje datang teringin nak makan kuih nie...kuih itu... tapi x reti nak buat sendiri..hehehe.
Singgah dulu cari pisang kat kedai... jumpa pisang berangan...dalam hati bertanya juga..bole ke pisang nie di buat lepat pisang... emmm calling calling la jiran depan umah.. mak mertua dia rajin gak buat kuih muih bila kunjung ke rumah dia.  Emm bila dia kata..pisang berangan tu bole ... apalagi nak tunggu... beli aje.. ngan kelapa siap di parut. 

Sampai aje rumah...cari dulu jiran kita...Cik Yati .... dia asal sabahan... kekadang cakap pun tunggang lagang... dah dia sendiri kata lahir pun sonsang...cakap pun kekadang terbalik....haru kawan sorang nie....tapi kita orang dah biasa dengan cara dia bercakap.  No hal ngan geng kami. 

Kebetulan dia tanam pokok pisang.... mintak sikit daun pisang tu...pastu mintak tolong tunjukkan cara nya...hahahaha..si ati tu... cepat aje hulur kan tangan..untuk menolong...sama sama la kami ber2 ke dapur... mula aar mengodak buat lepak pisang.
psssst psst... dia tu pun sebenarnya pelupa...cam mana nak buat lepat pisang... kita orang main belasah aje...hahahaha... jgn marah ye ati... gurau aje.  
Tapi Alhamdullilah menjadi jugak lepak pisang tu..walaupun lipatan daun pisang tu tak berapa cantik.... tapi janji berbungkus...muahahaha 

Resepi Lipat Pisang Seri Pristana (saje je bagi nama tu)
Sumber resepi dari Puan Yati
Bahan-bahannya:-
Pisang Berangan anggaran dalam 14 biji sederhana besar
2 1/2 cawan tepung gandum
5 sudu makan gula
1/4 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
Kelapa yang di parut putih saje dan di gaul dengan secubit garam untuk di jadi kan inti.

Daun pisang yang telah di layur atas api dan di potong kecil kecil.

Cara-caranya:-
Lenyek kan pisang sehingga hancur. 
Masukkan gula dan gaul rata.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
Masukkan baking powder dan garam.
Sudu kan adunan ke atas daun pisang.
Buat lubang di tengah adunan yang telah di letak atas daun pisang tadi..dan letak inti kelapa. Tutup kan dengan adunan sedikit dan bungkuskan.
Kukus lebih kurang 20 minit. 

Jom join..ngan kopi panas..

Saturday 14 April 2012

Corat Coret Hari Ini.

Hari nie Sabtu ... kejut kan adda bangun...jom kita gie ziarah kubur nenek.....Hari nie tinggal kami ber2 aje... big bos gie mancing...ngan kekawan nya... tinggal la kami... sendirian.
Mood nak bekfas bubur pagi nie..... cepat cepat mori keluar kan periuk..dan buat bubur. Kali nie bubur mori tak lah fancy sangat .... nak cepat punya pasal.... mori cuma letak isi ayam ngan udang kering... pecah kan telur dlm bubur ... masukkan kiub ayam knorr.. garam.. goreng kan ikan bilis dan kacang...settle.  
Kalau ikut cara mak buat.... sure macam macam dia letak dalam tu... memang sedaapp bubur mak buat....biasalah kan.. apa masakan mak memang sedap kat tekak anak anak...termasuk lah mori.

Selepas bekfast... siap2....zzuuuushh drive ke KL...ngan MYV purple kesayangan mori....
Kena cepat jugak...sebab ada kenduri kat ngan umah tengahari nie.  Tapi mori tetap kena giee KL... plan..ziarah mak di sana...kemudian jumpa ngan Shila..sister mori.  Minggu lepas dia call..kata rindu nk jumpa mori... lepas gie ziarah mak....mori terus gi jumpa sis mori..dan bawa dia gie Aeon Jaya Jusco kat Setiawangsa... dan belanja dia bekfast..
Dapat la Adda jumpa ngan sepupu dia... dah lama x jumpa...macam2 citer doang ber2 nie sembang kan.  Tapi masa tak mengizinkan kita orang lepak lama sgt.  Tapi seblom tu...jumpa Abah dekat tempat adik.  Tanya kabar abah.  Alhamdullilah... first medical chckup dia clean... dia sihat.  Sekarang tunggu blood test lak.  Harap2 abah ok... insyallah. 

Jumpa ngan adik sorang lagi   Azeline....kita orang bincang pasal nak buat binaan untuk pusara mak.  Batu nisan dah lama buat dari batu sungai.  Cantekkk tulisan nya.  Cuma tinggal nak binaan pusara aje.  Bulan depan 10hb genap 100 hari mak pergi meninggal kan kami adik beradik.   Rindunya sesangat kat mak. 
Nasib x baik... anak si Lin, Ain ada kat situ.... dari berapa minggu dh dia dok usha mori buat cookies untuk dia.  Kali ni x dpt lari....bertembung ngan dia lak yang tengah cuti semestar.  Sori ekk ain..
Balik aje umah... terus gie kenduri...frens seangkatan ...dah tunggu nk gie sama2...sronok sikit bole sembang ngan kekawan lak.  kih kih kih...kuat nyembang gak kita orang... tapi citer pasal anak...hal hal umah aje la.
Balik rumah... tunai kan kewajipan lima waktu... terus gie dapur.. cari tepung dan bahan-bahan lain...mula kan operasi buat cookies.  Sib baik bahan semua ada.  Terus kan lah....projek... 

Kali nie...mori buat giant cookies...hahahaha.... sebab nak cepat abis.... tak tau la naper...hari nie memang nak cepat aje.

Hope you like it Ain.... specially from mak long.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...