Pages

Thursday, 26 April 2012

Bunga Akar Dani

Husben balik awal hari nie... jadi mori amik peluang ajak makan kat kedai aje.  Laju aje dia angguk kepala..bila mori sebut tosai...sememangnya tosai salah satu fav dia..di cicah ngan kuah kelapa ... tak nampak dah dalca atau kari sebelah tu...siap tambah kuah lagi.
Jadi hari nie mori tak der resepi atau menu untuk tayang kat blog.... so mori nak tayang kan gambar gambar nie.. saje jer...buat cuci mata.
Pokok Akar Dani ialah pokok menjalar berlignin yang boleh mencapai antara 2.5 meter hingga 8 meter tingginya.  Daunnya berbentuk elips, dengan hujungnya akuminat dan pangkalnya bulat.  Daun tersebut yan gpanjang 7-15 sentimeter tumbuh dalam susunan bertentangan.  Bunganya wangi dan berbentuk tiub, dengan warnanya berbeza beza dari putih ke merah muda hingga merah.  (google dari wikipedia)
Bunga nie mori tanam dalam pasu besar... tapi akar nya dah menjalar masuk ke dalam tanah.  Memula pokok ni menjalar kat pergola tapi dah naik ke atas bumbung porch. Sekarang tengah lebat berbunga. Pokok nie akan mengeluar bau wangi.. terutamanya waktu malam...seakan bau bunga harum malam. 
Biasanya selepas musim hujan aje ... pokok nie akan mengeluarkan putik bunga dan akan berbunga dengan lebat. 


Pinkkk....

2 comments:

  1. camne mori jaga pokok ni? ada sembur racun? baja apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. X susah jaga pokok ni.... mori letak baja biasa aje... bila musim hujan lagi byk kluar bunga...senang sgt jaga pokok ni...

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...