Pages

Thursday 12 April 2012

Slow Roasted Rosemary Lemon Chicken

Semalam mori cuba resepi Slow Roasted Rosemary Lemon Chicken dari blog K.Nor Secubit Garam.   Mori memang jarang bakar ayam dalam oven.  Tapi ikut kan selera husben..yang dah berapa kali suruh mori bakar ayam dalam oven… akhirnya….Taaraaaa…..ni la hasilnya.



Terimakasih pada empunya resepi, izinkan mori salin resepi di blog untuk rujukan yer. 

Resepi Slow Roasted Rosemary Lemon Chicken
Gabungan Resepi : KAMALIA /KAK TTM & SHARM1969@MyR
Ubahsuai : ARAH

Sumber : K.Nor

Bahan-bahannya:-

1 Ekor Ayam sederhana besar (basuh bersihkan dan belah bhgn dada atau ikut kesukaan)

4 biji bawang putih *
4 Batang Daun Rosemary segar buang btg ambil daun* (k.nor/mori  guna yg kering)
1 inci halia*
1 ketul kiub ayam knorr*
1 sk lada hitam di tumbuk
1/2 sb paprika> nak pedas boleh lebihkan
1 sk sos tiram
1 sk kicap pekat
1/4 cwn jus lemon (kehabisan stok..mori ganti ngan limau nipis)
2 sb minyak zaitun  (mori guna minyak masak aje)
1/2 sb madu
Garam secukup rasa
4 dadu butter**tambahan, tak letak pun takpe. (Mori letak).

Mori masukkan tomato dan bawang yang di potong 4.. selepas setengah jam mori bakar.


Cara-caranya:
Bersihkan dan basuh ayam tadi, potong memanjang di bhgn dada atau ikut potongan yg sesuai untuk di bakar. (Mori potong kecil kecil)
Tumbuk bhn2 yg bertanda * sehingga lumat atau separuh lumat.
Satukan semua bhn2 tadi termasuk sos dan gaul sehingga rata.
Lumurkan pada ayam tadi atas dan bwh, seelok eloknyer menggunakan tgn dan ratakan paste tadi keseluruhan ayam.
Tutup dgn cling wrap dan perap selama 1 jam atau lebih (yg ni kita perap 2 jam)
Panaskan oven 160c dan bakar ayam tadi selama 1 jam stgh atau lebih bergantung dgn suhu panas oven masing2, utk setengah jam selepas mula membakar, sapukan kembali bhn perapan tadi, kalau rajin leh ulang lagi selama stgh jam lagi sehingga ayam masak. Boleh di hidangkan dgn sos lada hitam atau sos kegemaran masing2.

So yuummieesssss

Mori perap dulu ayam ni.. selama dua jam.  Jus yang keluar dari ayam  selepas di bakar…memang sedap

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...