Pages

Sunday, 1 April 2012

Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa

Semalam memang buzyyyyy betul.  Pergi KL untuk beli barang2… jumpa ngan adik adik…yang join sama bershopin sakan.  Memang banyak berjalan la ari tu…nasib baik tak bawa adda bersama…. Klu tidak…mori tak tau lah..bertapa panjang nya muncung tu. Hahahaha.  Abis shopin..drive trus gie Keramat.  Join pulak ngan sis sorang lagi..…kat kubor mak.  Memang dah plan nak jumpa di sana.  Dah jarang jumpa mereka sekarang…rasa rindu ngan adik adik. Abis aje terus berkejar kerumah mak…tunai kan solat.  Berkejar pulak kat tempat bisness adik dekat ngan Setiawangsa Aeon Jaya Jusco.  Kat situ pulak jadi port..adik beradik berkumpul…bertukar tukar cerita…bergossip sensasi.  Tak sempat nak jumpa abah..dia dh keluar ikut sis yang lain gie checkup kesihatan abah.  Mori balik umah tanpa jumpa abah.

Malam gie I-city lak…melayan kehendak anak.  Kaki dah rasa tak leh nak angkat.  Mata tak leh nak bukak…tapi layan jugak.  Masa tengah menjamu selera makan sate.. husben tanya…esok.. ada plan apa2 tak?.   OOOhh!! tidakkkk…esok mori nak duduk umah…mori nak masak…masak…dan masakk…rindunya nak gie dapur.  Hehehe..ye ker rindu…


So hari ini…Mori masak Ikan Cencaru Bakar Sumbat dengan kelapa.  Aaarrrhhh!!!! Renyah nya buat menu nie… tapi terus kan juga.  Resepi nie mama in law ajor.  Yang menjadi renyah nya nak buat ikan cencaru sumbat kelapa nie sebab nak kena tumbuk semua bahan2.  


Resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat Kelapa

Bahan-bahan:-
Ikan Cencaru yang di bersih kan dan di belah belakang,
Setengah biji kelapa parut.*
2 Batang Serai *
1 inci kunyit hidup *
1 biji bawang besar *
6 biji cili api *
3 biji cili hidup *
Segenggam udang kering di rendam. *
Garam secukup rasa *
Air Asam Jawa


Cara-caranya:

Ikan Cencaru di perap dengan garam dan kunyit.
Sementara tu sediakan bahan bahan untuk di sumbat.
Bahan-bahan bertanda * di tumbuk sehingga halus.  
Perah kan air asam jawa. Gaul rata.
Sumbat kan ke dalam ikan cencaru tadi.
Sedia untuk di bakar.  Mori bakar atas kuali leper aje.  
Kalau nak di goreng pun boleh. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...