Pages

Saturday 29 June 2013

Ayam Kerutup untuk lunch tadi


Beberapa hari nie mori sibuk sangat.... macam macam aktiviti...tak terkejar dek masa.... memang padat jadual mori.  Ikut kan hari nie mori nak ke KL ada appointment dengan adik tapi akhirnya kensel...sbb ada perkara lain yang timbul pulak..... Ada kawan mintak tolong mori buat kan butter cake untuk di bawa ke rumah maknya untuk kenduri.  Selesai siap semuanya... mori sempat gak masak lauk ayam kerutup untuk lunch tenghari nie.. Dah banyak kali mori lihat kawan2 di alam maya... menayangkan resepi ayam kerutup.  Teringin gak nak mencuba.... tapi tak tau kat mana nak mencari rempahnya.  Bila mori citer kat kawan jiran rumah mori yang mori nak masak ayam kerutup...tapi tak tau kat mana nak cari rempah...... dia offerkan rempah kerutup nyer.  Katanya dia beli kat pasar tani di area umah kita juga... tu dia...baru ku tau ada jual di sini jugak... hehehehe


Jom layan resepi nya yang mudah... sempat gak menanya kat kawan cara caranya... senang rupanyer...

Resepi Ayam Masak Kerutup

Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam yang di potong kecil
2 sudu makan rempah kerutup
1/2 biji bawang besar
1/2 inci halia
2 batang serai
1/4 inci lengkuas
2 sudu makan cili kisar
(Dikisar bawang besar, halia, lengkuas dan serai. Jadikan pes bersama dengan rempah kerutup dan juga cili kisar.   Kemudian gaulkan bersama ayam dan ketepikan sebentar)

1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan gula melaka
1 cawan santan pekat
Garam secukup rasa

Bahan yang di hiris
2 biji bawang kecil dihiris
2 biji bawang putih dihiris
1/4 inci halia dihiris
1 batang kulit kayu manis
3 biji cengkih
1 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara-carannya:
1.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
2.   Tumiskan bahan yang di kisar sehingga berbau wangi.
3.   Masukkan ayam yang telah di gaul bersama pes kerutup tadi dan masakkan sehingga terbit minyak.
4.   Bila rempah telah cukup masak, masukkan santan pekat tadi, kicap dan juga gula melaka.  Gaul rata sehingga kuah menjadi pekat dan ayam masak sempurna.
5.   Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.   Matikan api dan boleh dihidangkan.


Mori ganding kan dengan sayur buncis yang di goreng bersama sebiji telur sebagai rencah nyer.  Bila makan ayam kerutup nie terasa sedapnya... rasa rempahnya yang cukup masak... maveles.



11 comments:

  1. akhirnya mission terbukti....sudah nikee sudah bagi tahu mori boleh dapat rempah ini jenama adabi...wa sekarang ni dah tahu bagaimana rasanya kerutup..tahnniah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi nikee.... Mmg betul kata nikee. Sedap masakan ayam kerutup ni. Hihihi

      Delete
  2. sedapnya..kedua2 lauk tu mmenuhi selera QH..

    ReplyDelete
  3. assalam Mori
    emmm sedapnya lauk tengahari Mori
    bertambah nasi kalu gini he hee

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum..

    salam perkenalan dr SRC..datang sini dan follow.nice blog.singgah sini ya,www.dapurjirankuberasap.blogspot.com.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikum salam... Dan salam perkenalan..

      Delete
  5. pernah buat kak..sedapkan..

    ReplyDelete
  6. salam
    suka mkn dgn roti roti perancis Ayam Kerutup tu..

    ReplyDelete
  7. assalam,

    kerutub ni selalu nya masakkan orang pahang kan?..

    tengok resipi pun macam sedap jer...ada juga rempah nya yg siap dijual kan?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...