Assalamualaikum semua dan Salam Ramadhan buat semua yang menyambut ibadah puasa di bulan yang mulia ini. Sekiranya ada silap berbicara sepanjang mori berblogging di alam maya Mori mohon ampun dan maaf. Semuga di bulan Ramadhan yang mulia ini kita dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan keinsafan. Insya Allah.
Hari pertama Ramadhan, Alhamdulllah, mori dapat pulang awal dari tempat kerja. Dapatlah mori hidangkan masakan sendiri untuk family mori. Kali ini mori masak Rendang Daging sebagai main menu, dan Sambal tumis cili api Ikan Bilis Nipis dengan Kentang sebagai sampingan. Mori masakkan juga sayur kailan sebagai lauk tambahan. Tapi dalam 3 lauk tu... lauk Sambal tumis cili api Ikan Bilis Nipis tu juga lah yang membuka selera untuk berbuka puasa. hehehehe... Memang lauk ini lah yang mori amik dulu untuk berbuka semalam.. Memang pedas tapi menyelerakan.....hehehehe.
Mori tak kisah sangat lauk yang tak berkuah, bahkan anak mori pun sama jugak... cuma husben mori kurang sikit....mesti nak ada kuah sikit.... jadi mori masakkan rendang tu basah basah sikit supaya ada kuah ...jadi taklah kering sangat.
Rasanya mori dah banyak kali post resepi ikan bilis nipis yang kini menjadi kegemaran kami sekeluarga. Bila di goreng garing, memang terasa keranggupannya. Cuma kali ni mori gadingkan ikan bilis nie dengan kentang pulak... memang maveles....
Resepinya mori salinkan juga di bawah nie... tapi lebih kurang sama aje cam yang lepas lepas mori masak...
Resepi Sambal Cili Api Ikan Bilis Nipis dengan Kentang
Bahan-bahannya:
1 paket ikan bilis nipis di goreng garing dan ketepikan.
4 biji kentang di potong wedges, digaul kan dengan sedikit garam dan kunyit di goreng dan ketepikan.
1 biji bawang holland di potong wedges dan ketepikan
Garam secukup rasa
Gula sedikit (optional)
Bahan-bahan yang di kisar atau di tumbuk dengan lesung
2 bij bawang putih
1/2 inci belacan
2 biji bawang kecil rose
1/2 biji bawang besar merah
Segenggam cili api kampung
(mori akan tumbuk dulu bawang putih, belacan dan bawang kecil rose sehingga hancur, kemudian baru lah di masukkan bawang merah dan cili api kampung dan kemudian di tumbuk kasar)
Cara-carannya
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak untuk menumis anggaran 3 sudu makan.
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak untuk menumis anggaran 3 sudu makan.
2. Bila kuali telah cukup panas, tumiskan bahan yang di tumbuk tadi sehingga bau wangi dan sedikit garing.
3. Masukkan pula bawang holland, kentang dan gaul sehingga cili rata kesemua bahan.
4. Perasakan dengan sedikit garam dan juga gula jika suka.
5. Matikan api dan biarkan sejuk seketika, barulah di masukkan ikan bilis tadi dan di gaul sehingga rata.
6. Barulah boleh dihidang kan.
Lama sungguh mori tak masak rendang daging.... rasanya last mori masak rendang daging pun masa raya tahun lepas...hehehe. Memang kurang sikit kami skeluarga makan daging, bukan peminat tegar daging ....hehehe.. mori pikir nak masak something special first day berbuka puasa.... tu yang mori cadangkan kat husben belikan daging hari sabtu lepas kat pasar tani berdekatan rumah. Konon masak special sikit lah... ye ker special...hehehe tak kisah lah kan. Jom layan rendang daging yang mori masak untuk berbuka semalam.... dan cukup untuk kami bawa ke sahur tadi.
Resepi Rendang Daging
Bahan-bahannya
1 kilo daging yang di hiris nipis, di bersihkan dan ketepikan
1 biji santan kelapa
1 helai daun kunyit di hiris kasar
1 helai daun limau purut di hiris kasar
Garam secukup rasa
Gula jika suka (Optional)
Bahan-bahan yang di kisar halus
1 biji bawang besar merah
10 biji bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
5 batang serai
2 senduk cili kering kisar.
1 paket kecil kerisek kelapa
(Jika rajin nak buat sendiri kerisek kelapa, goreng kan 1/2 biji kelapa parut sehingga keperang perangan, kemudian tumbuk kan sehingga hancur dan berminyak. Mori guna yang segera jer.....hehehe)
Cara-carannya:
1. Panaskan kuali atau periuk dan masukkan sedikit minyak masak untuk menumis.
2. Tumiskan bahan yang di kisar bersama cili kisar tadi sehingga terbit minyak.
3. Masukkan daging dan gaul rata. Biarkan daging masak. Bila daging sedang masak, air dari daging akan keluar sendiri. Rajin rajin gaul supaya tak berkerak di bahagian bawah. Api biarlah sederhana kecil.
4. Bila daging agak2 dah kering masukkan santan tadi dan sedikit air. Gaul rata dan biarkan ianya mendidih sehingga daging lembut. Andai kata daging masih belum lembut, masukkan air sedikit berulang kali sehingga daging masak sempurna.
5. Akhir sekali masukkan kerisik kelapa dan gaul rata.
6. Perasa kan dengan garam secukup rasa dan juga sedikit gula jika suka.
6. Tabur daun kunyit dan daun limau purut. Gaul rata dan matikan api.
Selamat berpuasa
ReplyDeleteMenu wajib tu rendang tp kita wat rendang ayam
Sambut puasa kan
Memang sedap bertambh nasi masa sahur he hee
Ikan bilis kentang menu asben sb selalu dia masak gitu nipis2 kentang
Assalamualaikum Kak..terujanya saya tgk sambal bilis ni..Teringin juga nak mencubanya...
ReplyDeleteSlmt brpuasa mori ..x dpt zila nk buat hdgn tuk family..rindu plk nk nk mkn ramai2 lauk mori semuanye sedap2..kecurr
ReplyDeleteSEDAPNY. NAK TRY LAH! MINTAK IZIN YE PUAN TANAH...KALU BERJAYA, MINTAK IZIN JUGAK NAK SHAREKN RESEPINYA DLM BLOG KITE YE. HEHEHE
ReplyDelete