Semalam tinggal mori dengan adda aje berbuka bersama. Husben mori ada jemputan berbuka kat luar, maid mori pulak takkan balik sini sehingga selepas raya untuk menguruskan hal ehwal keluarga nya, Ibunya kembali kerahmahtullah sabtu lepas.... kesian maid mori tak dapat jumpa ibu nya yang koma selepas jatuh kat bilik air.
Bila dah tinggal berdua nie... rasanya beli kat bazaar ramadhan lagi best kan.... menjimatkan masa... dengan terkejar kejar nak solat asar... pas tu nak jemput adda dari tusyen lagi...nak siram pokok lagi. Tapi tu lah.. semasa sahur....adda dah sebut... adda nak ayam masak kicap untuk berbuka... heeemm.. nak tak nak pun terpaksa la sinsing lengan baju.... memasak kat dapur... tapi mori masak kan Ayam Masak Lada Hitam... tetap menggunakan kicap dalam masakan... tapi Alhamdullilah anak mori suka .... sampai meratah. Ringkas dan senang.... main campak campak aje dalam kuali...hehehe... mori ganding kan dengan ikan masin kurau yang di goreng garing dan di taburkan dengan bawang goreng sebagai pembuka selera dan juga sambal gesek untuk rasa pedas sikit.
Resepi Ayam Masak Lada Hitam
Bahan-bahannya:
Isi dada ayam yang di potong kecil
Serbuk Lada Hitam
Secubit Garam
3 ulas bawang putih di cincang kasar
1 biji bawang besar di cincang kasar
1 biji cili bengala hijau di potong 4 segi kecil
1 biji cili bengala merah di potong 4 segi kecil
1 biji tomato di belah baji
1/2 biji bawang holland di potong baji
2 sudu besar kicap manis
1 sudu tepung jagung di kacau dengan 1/2 cawan air
Garam secukup rasa
Cara-carannya:
1. Perapkan ayam bersama serbuk lada hitam dan garam.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak, goreng yang di perap tadi sekadar separuh masak saja. Angkat dan ketepikan.
3. Dengan menggunakan minyak yang sedikit, tumiskan bawang merah, bawang putih sehingga wangi.
4. Masukkan cili bengala merah, hijau, bawang holland dan tomato. Gaul sehingga wangi.
5. Masukkan ayam yang telah di masak tadi dan gaul rata. Tambahkan kicap manis dan tepung jagung.
6. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam.
Matikan api dan sedia untuk di hidangkan.
Ikan masin kurau di potong kecil dan di goreng sehingga garing. Goreng kan pula bawang besar yang di hiris kasar bersama cili hidup yang di cicang kasar sehingga keperangan. Angkat dan taburkan ke atas ikan masin tadi.
Kalau nak jadi kan ianya berkuah, semasa menumis bawang tadi, masukkan secawan air asam jawa ke dalam kuali. Biarkan ianya mendidih bersama bawang tadi, kemudian masukkan ikan masin tadi, gaul rata dan angkat kemudiannya dari kuali. Arwah mak mertua mori suka buat cam tu...cuma mori suka kering kering sikit.
Sambal Gesek
salam
ReplyDeletethat looks so yummy..
Moriiii...! k.gee nak sambal gesek...
ReplyDelete