Assalamualaikum semua. Menu nie mori jumpa masa tengah intai2 resepi apa yang sedap nak di masak. Terjumpa di blog Cida.... tengok cam menarik. Simple dan ringkas.... anak mori yang tolong masakkan. Mori prepared kan bahan2nya... dia yang menumisnya. Kalau ikut resepi asal, Cida guna kan isi ayam yang di potong kecil... tapi dalam peti ais tak der stock isi ayam, mori guna ayam yang ada di potong kepada bahagian2 kecil. Mori suka guna bawang holland dalam masakan... rasa wangi dan manis....jadi mori tambah kan dalam resepi nie bawang holland dan beberapa bahan lain untuk tampak lebih menarik...hehehehe... Kalau nak sumber resepi asal boleh klik kat blog link Cida di denuanza.blogspot.sg.
Resepi Ayam Sos Tiram
Bahan-bahannya:
1/2 ekor ayam yang di potong kecil
1 paket cendawan shitake
1/2 biji cili benggala merah
1/2 biji cili benggala hijau
1 bii bawang holland di hiris kasar
4 sudu sos tiram atau lebih sikit (Ikut suka)
Bahan menumis
1 biji bawang besar di hiris
4 biji bawang putih di cincang
Cara-caranya:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
2. Tumis kan bahan menumis, bawang besar dan bawang putih.
3. Bila bawang dah wangi, masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam masak.
4. Masukkan sos tiram, cendawan, cili benggala. Gaul rata.
5. Tambah sedikit air kalau nak berkuah.
6. Bila dah cukup sempurna masak, boleh matikan api dan hidang.
(tak perlu letak garam sebab dah cukup masin)
Mabelesnyaa... nak sepiring...
ReplyDeleteDap ni..
ReplyDeleteSelamat hari raya
ReplyDeleteMaaf zahir batin
wah sedapnya..ada nasi panas kt sebelah..laju je capai pinggan..hehe
ReplyDeletesalam mori..
ReplyDeletekalau akak msk lauk mcm ni.. anak2 memang suka sgt2..
resipi2 menarik...sy tumpang share ya...i follow u...hehehe
ReplyDelete