Pages

Tuesday, 25 June 2013

Daging Ayam Masak Kicap Manis


Assalamualaikum semua.... Hari nie mori masih cuti... amik 2 hari annual leave dari semalam untuk settle beberapa hal yang masih tertunggak.  Actually dah boleh pergi kerja tapi mood masih merudum sejak di arah buat kerja di section lain.  Cuba juga think positive akan perubahan yang berlaku.....tapi otak kata lain... hati kata lain... tu yang mood pagi tadi memang hilang jauh. Husben pulak kata...kalau malas gie kerja..sambung jer lah cuti... emmmm cam disorong bantal pada orang mengantuk...  aarggghhh!! sambung jer la cuti hari nie... 
Jadi awal pagi mori dah pegang senduk dan kuali kat dapur... masak lauk untuk anak mori yang bersekolah hari nie...hehehe  Mori masak kan udang sambal daun kunyit dan juga ayam masak kicap manis...hehehe.. simple jer.. tak der lah complicated sangat.... cepat dan ringkas.  Sambal udang, akan mori kongsi kan kemudian yer... Ni mori nak ajak en abang keluar...meronda dalam jerebu yang semakin berkurang nie...hehehe.. 


Mori tayang kan dulu ayam masak kicap manis nie... memang ringkas sangat pada ibu ibu yang nak masak untuk anak anak yang tak makan pedas... mori tak letak cili kisar atau pun lada hitam dalam masakan nie..  Jom layan resepinya... 

Resepi Ayam Masak Kicap Manis

Bahan-bahannya:
2 cawan isi ayam yang telah di potong kecil.
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap masin
2 sudu kicap manis
1 sudu makan gula

Bahan di kisar
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 inci halia
(dikisar sehingga halus kesemua bahan ini)

Cara-carannya:
1.   Isi ayam tadi di gaul dengan sesudu serbuk kunyit dan ketepikan sebentar.
2.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
3.   Tumiskan bahan kisar sehingga wangi.
4.  Masukkan isi ayam tadi dan gaul sehingga masak.
5.   Masukkan sos tiram, kicap pekat masin, manis dan juga gula.
6.   Masukkan bawang holland dan juga sebiji cili hijau.
7.   Gaul rata kesemua bahan.  Bila telah cukup masak boleh di matikan api dan sedia untuk dihidang.

Mori tak letak garam, sebab kicap masin dan sos tiram dah cukup untuk memasin kan masakan.


Selamat mencuba.


7 comments:

  1. resepi yg cepat di masak dan sedap di makannnn... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam asmah... mmg betulkan kan..hehehe

      Delete
  2. salam mori..
    semalam pun zila ambil cuti..saja nk rest ..dan kemas2 rumah..dh pening nk tgok serabut sgt..he hhe e masak camnie mmg fav zila senang dan sedap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam zila... betultu zila...seronok gak sekali sekala amik cuti lepak kat rumah jer..hehehe..

      Delete
  3. assalam Mori
    sedapnya ..mcm gaya Shani iklan tv tu he hee

    ReplyDelete
  4. sedapnya..mkn dgn nasi panas2 ni cfirm btmbh mkn..

    ReplyDelete
  5. Semalam cari2 resipi y simple. Yang ni paling cepat n mudah. Rasa pun sedap. Nyum3

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...