Pages

Sunday, 6 July 2014

Sotong goreng tomyam

Assalamualaikum ...

Diam tak diam.. Dah hampir seminggu kita umat Islam meraikan Ramadhan.  Seperti biasa.... Mori selalu menyediakan juadah berbuka puasa untuk famili.  Bila dah hari2 memasak.. Ada harinya terasa buntu juga mencari idea apa yang hendak dimasak untuk berbuka.  
Kali ni mori nak syer resepi yang baru mori cuba.  Sebelum ni mori masak dengan ikan talapia... Kali ni mori masak resepi ni dengan sotong pulak. Rasanya seperti tomyam.  Tapi lebih pekat sikit.. Tak berkuah sangat sehingga bole di hirup seperti sup tomyam..
Resepinya simple ... Campak2 aje dlm kuali... Tumis sekejap2 dah siap.  Nk tau cam mana masak ya... Jom..tengok resepinya di bawah... 

Resepi Sotong Goreng Tomyam

Sotong segar yang telah dibersih kan. Ditoskan. 
4 biji bawang putih di hiris nipis
1/2 biji bawang merah besar di potong baji
1/2 biji bawang holland di potong baji
1 inci halia di hiris seperti mancis
2 batang serai di hiris nipis.
1 biji tomato di potong baji
Segenggam mixed vege.
5 batang cili api kampung di hiris nipis
1 batang cili merah di hiris nipis
2 sudu makan Pes tomyam
2 helai daun limau purut

Cara caranya
1. Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak untuk menumis.
2. Tumiskan bawang putih, bawang merah, bawang holland sehingga wangi.
3. Tumiskan pula serai, halia, cili dan kacau rata. Sekejap aje.
4. Masukkan pes tomyam dan kacau rata. 
5. Masukkan pula sotong tadi dan gaul rata. Masukkan juga sekali daun limau purut, tomato dan masak sehingga sotong masak sempurna. Tak perlu lama sangat. Kalah nak berkuah sikit tambah setengah cawan air. Mori tak letak sebab sotong sendiri dah mengeluarkan airnya.
6. Akhir sekali bila dah cukup masak masukkan mixed vege dan kacau rata. Matikan api dan sedia untuk di hidang. 

Senang kan... Masak lauk ni pon tak lama sekejap aje. Bole juga masak dengan ikan yang telah di goreng terlebih dahulu. Mori dah cuba dengan ikan talapia dan ikan kembung. Rasanya maveles. Kalah nak tambah vege pon boleh juga.  

2 comments:

  1. menu menggoda anak tekak...

    ReplyDelete
  2. salm syg mori..sihat x..lma x singgh sini..mnu smkin mnrik..tq kongsi resepi nnt leh cuba ne.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...