Pages

Saturday 28 June 2014

Ikan Kembung masak Sambal Kering

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan Al Mubarak.... Semuga kita semua dikurniakan keampunan dan ketakwaan di dalam bulan yang mulia ini.  

Sempena bulan ramadhan, tentu ramai tercari cari menu untuk berbuka puasa.  Mori pun salah sorang yang akan tercari cari menu dimasak untuk berbuka. Jadi internet la tempat mori menggoggle resepi2 baru untuk dicuba.  Ada resepi yang mori ulang kali memasak .... ada yang mori cuba sekali... tapi tak sempat nak ulang semula.  Mori teringat masa bulan ramadhan... arwah mak mertua mori rajin turun ke dapur memasak bersama.  Arwah tu... tak gemar menggunakan barang eletrical seperti blender untuk mengkisar.  Dia lebih suka menggunakan lesung batu.  Tekun sungguh dia menumbuk bahan2 sehingga lumat.  Walhal blender tu duduk cantik atas para tak di usiknya.  Mori pulak... lebih suka guna blender ...hehhehe..biasa lah..nak masak cepat aje siap.  Tapi kini ada masanya bila nak buat sambal atau masak lemak....mori tetap menumbuk menggunakan lesung batu.  Rasanya lebih sedap.  Tapi tu la..jenuh nak tunggu lumat bahan2nya.  Kali nie mori nak syer Sambal kering ikan kembung yang mori masak untuk lunch tadi.  Sambalnya mori tumbuk mengguna lesung sehingga lumat.


Resepi Ikan Kembung Masak sambal kering

Bahan-bahannya

4 ekor ikan kembung yang telah di bersihkan,
2 genggam cili kering
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
sedikit belacan
1 biji buah keras
2 keping asam keping

Cara-caranya


1.   Cili kering di gunting kecil, kemudian di rebus sehingga kembang.
2.   Matikan api bila cili telah kembang.  Toskan cili kering sehingga kering.
Kalau nak, boleh tekan2 dengan belakang sudu pada cili tadi supaya tiada air dalam cili.  Ini untuk pastikan bila kita menumbuk cili tidak terpercik ke mata.


3.   Mula2 masukkan bawang kecil, buah keras dan belacan.  Tumbuk sehingga lumat.  Kemudian baru masukkan cili tadi dan sambung tumbuk lagi sehingga hancur dan lumat.
4.   Akhir sekali baru masukkan bawang besar dan tumbuk lagi sehingga hancur dan lumat.  Kalau rasa terlampau banyak sgt bahan,, keluarkan sedikit cili tadi dan tumbukan dulu bawang dengan sebahagian cili tadi, kemudian baru campur kan semula cili tadi.


5.  Ikan kembung tadi di gaul kan dengan garam dan kunyit.  Goreng kan sehingga garing dan ketepikan.


6.  Baki minyak menggoreng ikan tadi, tumiskan bahan2 yang di tumbuk tadi sehingga wangi dan masak sempurna.  Masukkan juga asam keping semasa menumis tadi.
7.   Masukkan gula dan garam dan gaul rata. 
8.  Bila telah sempurna masak sambal tadi.  Masukkan ikan yang telah di goreng tadi dan gaul rata kesemua badan ikan.  Angkat dan boleh dihidang kan.


Siap sudah...senang kan.  

Sekian dulu dari

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...