Pages

Thursday, 5 June 2014

Kerang masak kicap manis

Assalamualaikum

Seafood memang kegemaran mori sekeluarga.... espcially kerang rebus di cicah dengan cili kicap.  Memang laju aje mengopek kerang dan mencicah cili kicap.  Kalau dulu2 semasa masih kecil lagi.... mak akan ke pasar Selayang untuk membeli kerang.  Biasanya dalam 5 kilo kerang atau lebih dan arwah mak akan merebusnya dan kemudian akan di buat sambal kerang.  Mak tau apa yang anak2 nya suka makan dan biasanya bila mak memasak bukannya sedikit.  Adik beradik mori ramai... masing2 tengah membesar.... dan kebetulan kawan baik sekolah ... suka singgah dan makan tengahari di rumah kami.  Memang licin la lauk yang di masak oleh arwah mak.  Pada kami apa yang di masak oleh mak sedap aje di tekak kami sekeluarga.
Tapi bila mak dah semakin berumur.... mak dah mula kurang nak memasak... biasanya adik2 pula yang akan masak untuk mak.  Sekali sekala pulang kerumah mak setelah mendirikan rumahtangga, mak tetap turun ke dapur untuk masak kan lauk kegemaran mori.  Hati seorang mak... tetap sayang kan anak walaupun telah berumahtangga dan meninggalkan rumah. Memang tiada ganti bila mak pergi meninggalkan kami.  

Hari nie...mori bukan nak share sambal kerang... tetapi nak share resepi kerang msak kicap manis.  Rasanya tak pedas tapi tetap menyelerakan.  Makan dengan nasi yang baru lepas di tanak.... memang maveles.  Saingkan dengan sayur dan juga ikan goreng.  Berselera.  Resepinya pun senang..main campak campak aje dalam kuali dan sekejap aje dah siap.  Masak lauk nie memang senang dan cepat... tapi bab nak mengopek kerang tu yang lama sikit.  Mori tak suka beli kerang yang telah siap di kopek..  Rasanya berbeza dengan kerang yang di rebus sendiri.

Resepi Kerang Masak Kicap Manis

Bahan-bahannya
1 kilo kerang yang telah di bersihkan
3 batang serai di titik
1 biji bawang besar di hiris kasar
1 biji bawang putih di hiris
1/2 inci halia di hiris seperti mancis
5 biji cili api di belah dua
Kicap manis
Sos tiram
Sesudu makan cili kisar
Sedikit garam

Cara caranya
1.   Rebus kerang bersama serai sehingga masak sempurna.
Toskan airnya dan asingkan isi dari kulitnya.
2.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
3.   Tumiskan bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga wangi.
4.   Masukkan cili kisar dan tumis sehingga masak.
5.   Masukkan cili api yang telah di belah dua dan gaul rata.
6.   Masukkan sos tiram dan juga kicap manis secukupnya.
7.   Gaul rata ke semua bahan dan masukkan sedikit garam secukup rasa.
8.   Akhir sekali masukkan kerang dan gaul sehingga sebati.  Bila telah cukup sebati, matikan api.  Kalau boleh jangan masak terlalu lama. 


Sekian dulu dari

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...