Pages

Showing posts with label Roti. Show all posts
Showing posts with label Roti. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

Tuna Cheese Pratha Roll


Resepi nie mori dapat masa tengah merewang rewang kat dapur bloggers lain...mencari cari menu apa untuk dibuat dinner semalam...  Bila ternampak di dapur Inahar... tengah tayang roti tuna pratha cheese nya yang nampak mengoda selera.... terus mori menyalin resepinya... memang dah target...rasanya dalam peti ais ada beberapa keping lagi roti pratha belum berusik... boleh la di jadi kan menu untuk dinner.  Tuna dalam tin memang ada stok... pekena dengan salad nie..memang maveles.


Cuma mori ada ubah sikit ikut selera .... kalau ikut resepi inahar...kesemua bahan inti nya di satukan.   Kalau nak tengok resepi asal, klik kat linknya di bawah.  Mori pulak tumis sikit bahan2nya dengan mentega. Makan seketul nie pun dah cukup mengenyangkan.... memang maveles...  

Resepi Tuna Cheese Pratha Roll
Sumber dari : inahar's cooking time

Bahan-bahannya:
4 keping pratha jenama kawan
Inti tuna - resepi di bawah
Cheese Slice secukupnya (mori guna cheesedale)
1 biji telur untuk sapuan atas pratha roll
1 camca besar mentega, di cairkan.

Resepi Inti Tuna (Inahar Cooking Time)
1 tin tuna, di toskan biarkan kering, lecek hancur (mori amik sekali sosnya)
2/1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional) (mori x letak)
1/2 camca teh lada hitam kisar.
Garam secukup rasa (mori tambah)

Cara-caranya: (Mori ubah sikit ikut citarasa)
1.   Panaskan non stick frying pan dan masukkan 1 sudu mentega dan biarkan cair.  Masukkan Tuna tadi ke dalam kuali dan kacau sebentar sehingga tuna kering.   Masukkan bawang besar, lada hitam, mayonaise dan sedikit garam secukup rasa.  Biarkan ianya masak sehingga agak kering.

Cara-cara menyediakan.
2.  Keluarkan pratha dari freezer, ambil sekeping letak di atas pinggan.  kemudian di letakkan sekeping slice cheese di atas roti pratha tadi diikuti dengan inti tuna di atasnya.
3.   Gulung roti pratha tadi dengan kemas serta kemaskan juga kedua2 hujungnya.  Ulang proses ini hingga siap kesemua keping roti pratha tadi.  Susunkan di atas dulang pembakar yang telah dsapu mentega.  Buat garisan tidak putus di atas roll kemudian sapurkan telur ke atasnya.
4.   Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 200c selama 25 minit atau hingga perang keemasan.  Sejukkan atas jaringan sepenuhnya.  Sedap di makan semasa panas untuk merasai lelehan cheesenya.




Friday, 16 November 2012

Roti telur berintikan Salmon Fish ball

Petang tadi on the way balik rumah... mori layan mencari idea nak masak apa untuk dinner..hehehe.... At least kalau dah dapat idea senang nak prepare nak masak kan......Jadi tadi mori prepared kan Roti telur berintikan Salmon Fishball .....untuk dinner.... simple dish...tak heavy sangat.  Kekadang buntu gak nak masak apa untuk dinner.... semalam dah hidang oats untuk husben..hehehe... hari nie takkan nak hidang yang sama gak...kena la tukar menu tu... sian pulak kalau hari2 oats...mau jemu nanti...betul kan.

Mori suka tengok rancangan Good Chef Bad Chef with Chef Adrian and Janella.  

gambar ihsan dari google

Cara dorang masak very simple...tapi nampak menarik...nak cakap sedap tu...tak taulah..sebab tak merasa kan.  Tapi setakat nie mori belum pernah lagi mencuba resepi yang dorang buat..tapi one of this day...pasti nak mencuba juga. Tu yang mori mencuba resepi di bawah nie..bukannya dari rancangan doang...cuma mori berkreatif sendiri dengan bahan yang ada di dalam petiais. Komen dari juri master chef dalam rumah mori...masakan ni OK.....hehehehe..

Jom layan resepi yang mori buat tadi.  Simple mimple.... jer.hehehehe...

Resepi Roti telur berintikan Salmon Fishball

Bahan-bahannya:
Beberapa keping roti gardenia yang di potong bahagian tepinya.

10 biji Salmon fishball di hiris nipis.
1 biji bawang besar di potong dadu 
2 biji bawang putih di potong dadu
1 biji cili merah di cincang halus
2 biji cili api di cincang halus
1 sudu teh serbuk secukuprasa maggi
2 biji telur
secubit garam
Beberapa tangkai daun sup di hiris halus.

Cara-carannya:
Panaskan frying pan dan masukkan sedikit sahaja minyak
Tumiskan bawang besar dan juga bawang putih sehingga wangi.
Masukkan cili merah dan juga cili api dan gaul rata.
Masukkan serbuk secukup rasa maggi dan gaul rata.
Masukkan Salmon fishball.  Biarkan seketika sehingga Salmon fishball masak.
Pecahkan sebiji telur dan kacau rata.
Masukkan garam secukup rasa.
Masukkan daun sup yang telah di hiris dan gaul rata.
Matikan api

Sediakan kuali bersih dan masukkan sedikit minyak.
Sediakan roti sekeping dan letakkan inti tadi di atas roti dan lipat menjadi kan segi tiga.
Tekan sedikit di bahagian hujung roti supaya bercantum.
Celupkan roti dalam telur yang di pukul dengan sedikit garam dan juga sedikit serbuk secukup rasa maggi. Gorengkan sekejap aje.  Angkat dan toskan minyak.
Sedia untuk dihidang.

Kalau nak makan gitu pun bole atau nak cicah ngan mayo dan sos pun bole.


Wednesday, 6 June 2012

Roti Gulung dengan Sausage

Sementara tunggu citer korea Miss Ahjummma mula... Mori N3 dulu menu mori buat tadi... Sebenarnya mori tak tau nak masak apa untuk dinner... husben dah kata.. tak mo makan nasi..  Semasa on the way balik keje...dok layan pikiran cari idea nak memasak.
Tetiba datang idea buat roti gulung dengan sausage ...dah lama tak buat menu nie.. bahan2 pon ada kat rumah. Apa lagi.. usai solat magrib... terus ajer ..buat kan menu nie... simple dan senang... anak mori pon tolong sama...mengacau...hehehe...

Tengah syok dok gulung roti.. ada orang bagi salam kat luar..upanya jiran datang.. eemm apa lagi.. rezeki dia .... dapat la dia merasa... kebetulan lak kawan tu berbadan dua... tengah berselera sungguh....  sempat juga dia cakap ....ntah ntah kembar kot dia ngandung... dia ni memang ada genetik kembar... hehehehe... kalau kembar pon apa salah nya.. tak leh nak jaga 2 baby...bagi kat mori sorang..hehehe... sedap aje cakap kan..

Resepi Roti Gulung dengan Sausage

Bahan-bahan
4 keping roti
4 keping sausage
2 biji telur
sedikit bread crumps
sedikit garam
sedikit lada hitam
sedikit marjerin

Cara-caranya
Rebus dulu sausage.(setengah masak saja)
Kemudian goreng kan dengan sedikit marjerin.
Tabur kan sedikit lada hitam.
Angkat dan ketepi kan.

Telur sebiji di pukul kembang dan di buat dadar sebanyak 4 keping
Roti di canai kan menjadi leper.
Gulung kan sausage tadi bersama telur.
Kemudian gulung kan dengan roti.
Celup kan dalam telur yang telah di pukul dengan sedikit garam.
Golek golek kan di atas piring yang telah di tabur kan bread crumps tadi.
Goreng kan dalam minyak panas.
Angkat dan toskan.
Sedia untuk di hidang. (Mori sediakan sos untuk di makan bersama)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...