Resepi nie mori dapat masa tengah merewang rewang kat dapur bloggers lain...mencari cari menu apa untuk dibuat dinner semalam... Bila ternampak di dapur Inahar... tengah tayang roti tuna pratha cheese nya yang nampak mengoda selera.... terus mori menyalin resepinya... memang dah target...rasanya dalam peti ais ada beberapa keping lagi roti pratha belum berusik... boleh la di jadi kan menu untuk dinner. Tuna dalam tin memang ada stok... pekena dengan salad nie..memang maveles.
Cuma mori ada ubah sikit ikut selera .... kalau ikut resepi inahar...kesemua bahan inti nya di satukan. Kalau nak tengok resepi asal, klik kat linknya di bawah. Mori pulak tumis sikit bahan2nya dengan mentega. Makan seketul nie pun dah cukup mengenyangkan.... memang maveles...
Resepi Tuna Cheese Pratha Roll
Sumber dari : inahar's cooking time
Bahan-bahannya:
4 keping pratha jenama kawan
Inti tuna - resepi di bawah
Cheese Slice secukupnya (mori guna cheesedale)
1 biji telur untuk sapuan atas pratha roll
1 camca besar mentega, di cairkan.
Resepi Inti Tuna (Inahar Cooking Time)
1 tin tuna, di toskan biarkan kering, lecek hancur (mori amik sekali sosnya)
2/1/2 camca besar Mayonnaise
1 biji bawang besar, dadu kecil
1 biji limau kasturi, perah jusnya (optional) (mori x letak)
1/2 camca teh lada hitam kisar.
Garam secukup rasa (mori tambah)
Cara-caranya: (Mori ubah sikit ikut citarasa)
1. Panaskan non stick frying pan dan masukkan 1 sudu mentega dan biarkan cair. Masukkan Tuna tadi ke dalam kuali dan kacau sebentar sehingga tuna kering. Masukkan bawang besar, lada hitam, mayonaise dan sedikit garam secukup rasa. Biarkan ianya masak sehingga agak kering.
Cara-cara menyediakan.
2. Keluarkan pratha dari freezer, ambil sekeping letak di atas pinggan. kemudian di letakkan sekeping slice cheese di atas roti pratha tadi diikuti dengan inti tuna di atasnya.
3. Gulung roti pratha tadi dengan kemas serta kemaskan juga kedua2 hujungnya. Ulang proses ini hingga siap kesemua keping roti pratha tadi. Susunkan di atas dulang pembakar yang telah dsapu mentega. Buat garisan tidak putus di atas roll kemudian sapurkan telur ke atasnya.
4. Bakar dalam oven yang telah di panaskan pada suhu 200c selama 25 minit atau hingga perang keemasan. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya. Sedap di makan semasa panas untuk merasai lelehan cheesenya.
Assalamualaikum...Gud idea..Bagusss untuk habiskan stok parathe yang dah hampir membeku kat dalam freeze ni...Klu asyik bakar cicah kariii je boring gak kan,...
ReplyDeleteKak, tak leh tahan tgk godaan ni..eheee
ReplyDelete