Pages

Saturday, 13 April 2013

Ikan Bakar dengan air asam dan Kailan udang kering


Menu tengah hari tadi...Ikan Bakar cicah dengan air asam.  Sebenarnya hari nie mori plan nak buat lankskap sendiri di belakang rumah..... Hati tu berhajat nak tanam pokok pokok yang bole di buat masak....hehehe.  
Awal pagi mori ngan en abang dah keluar.... mencari bahan2 untuk mula kan lanskap.  Biasalah bila dah keluar..singgah sana singgah sini.... tau tau dah tengah hari....time untuk lunch.  Dok sembang ...nak masak apa..... tetiba teringat lama tak buat ikan bakar... cicah dengan air asam.... kecur pulak air liuq..hehehe... Teringat ada ikan siakap sekor dalam peti ais...belum berusik lagi.... jadi kan ikan bakar ...memang maveles...hehehehe.... Abang pun suka... apa lagi... itu la menu kami tengah hari tadi.


Kali nie mori bakar ikan tu guna kan aluminium foil ...dan mori letakkan atas kuali leper.  Mori gaulkan ikan dengan sesudu teh garam dan juga sesudu teh kunyit.  Selepas tu mori renjis kan lebih kurung sesudu makan minyak bijan ke atas ikan dan mori lumurkan rata.  Kemudian balutkan dalam aluminium foil dan bakar atas kuali leper dengan api yang sederhana kecil.  Mori bakar lebih kurang 30 minit atau pun sehingga ikan masak.  Bila dah siap.... makan panas panas.....ikan terasa begitu lembut dan isinya memang maveles... mungkins sebab di perap dengan minyak bijan.


Mori buat kan cicah air asam yang simple.  Mori gaulkan asam jawa lebih kurang 2 sudu makan dengan 1 inci belancan dan 1/2 sudu kecil garam.  Mori tapiskan ke dalam mangkuk kecil.   Mori hiriskan cili api dan cili merah dan kemudian mori cincang kan halus sikit.  Tak lupa juga hirisan bawang kecil dan holland.  


Sayur kailan nie permintaan en abang untuk makan bersama dengan ikan bakar.
Kali nie mori tumbukkan bawang merah sebanyak 3 biji dengan sesudu makan udang kering.  Campurkan sedikit belacan dan juga 3 biji cili api.  Tumbuk secara kasar.  Kemudian mori ketukkan bawang putih sebanyak 3 biji.  

Memula mori menumis dulu bawang putih sehingga terbit bau wangi....baru mori masukkan bahan yang di tumbuk dan tumis sehingga wangi.  Masukkan sesudu sos tiram, gaul rata, baru di masukkan daun kailan yang telah di potong kecil dan di bersihkan.  Taburkan sedikit garam dan juga renjis kan sedikit minyak bijan ke dalam masakan.  Gaul rata ...jangan goreng terlalu layu... agak agak dah kecut.  Matikan api dan boleh di hidang kan.


Cili kicap nie mori prepare untuk en abang cicah dengan ikan bakar. Cili api dan cili merah yang di hiris nipis dan dicampurkan ke dalam kicap.  Mori campurkan dua jenis kicap...iaitu kicap manis dan kicap masin sekali.   Perahkan limau nipis sekeping ke dalam cicahan kicap.  

Mori  ada juga goreng kan juga telur dadar sebagai sampingan..hehehe... tak masuk dalam gambar...sebab dah kena ratah dek en abang...hehehehe...



2 comments:

  1. wahhh..lama tak berikan bakar

    ReplyDelete
  2. alamakk..sedapnya..kecur air liur..nak sambal cecah tu..tadi pun masak ikan bili masak ngan lada putih sabah..syok sendiri makan...cukuplah...nasi panas2..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...