Assalammualaikum semua
Hari nie mori tak mana2 cuma lepak lepak di rumah aje. En abang dah janji nak abis kan kerja yang lama terunggak.... lama betul...berbulan bulan tertunggak. Asik sibuk memanjang.... setiap minggu ada aje aktiviti nyer... kalau tak gie memancing, dia akan ikut ride motor dengan groupnya... tidak pun kena panggil kerja. Jadi dapat peluang dia ada cuti nie....mori minta dia abis kan kerja kerja yang lom selesai kihkihkih...
Entri hari ini mori nak kongsikan resepi sambal goreng ikan bilis nipis yang mori padakan dengan tempe dan juga kacang panjang. Ini lah rupanya ikan bilis nipis, yang mori maksudkan. Rasanya bila di goreng ranggup macam keropok. Memang sedap bila di ratah. Bila di buat sambal.... rasanya bertambah sedap lagi.
Resepi Sambal Goreng Ikan Bilis Nipis dengan Kacang Panjang
Bahan-bahannya:
Ikan Bilis Nipis
300 gram kacang panjang
1 paket tempe dalam plastik @ 3 paket tempe yang di bungkus dalam daun.
1 biji cili merah di cincang halus
10 biji cili api di cincang halus
2 batang serai di hiris halus
1 biji bawang besar di potong dadu
3 biji bawang putih di potong dadu
1 sudu kecil sos ikan.
Garam secukup rasa.
Cara-carannya:
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak.
2. Tempe di potong serong, kemudian di gaul dengan garam dan kunyit. Goreng kan garing dan ketepikan.
3. Kacang panjang di kerat 1 inci panjang, kemudian di goreng sebentar, angkat dan ketepikan.
4. Goreng kan ikan bilis nipis sehingga garing, angkat dan ketepikan.
4. Tinggalkan baki minyak sedikit dari dalam kuali.
5. Tumiskan bahan yang di cincang, cili merah, cili api, serai, bawang besar dan bawang putih.
6. Masukkan 1 sudu sos ikan dan garam. Gaul rata.
7. Bila bahan2 telah agak garing. Matikan api. Masukkan tempe dan kacang panjang gau rata.
8. Akhir sekali masukkan ikan bilis nipis gaul rata dan boleh di hidangkan.
salam
ReplyDeletesedapnye mkn dgn nasi2 ni...
salam ady... mmg sedap makan dengan nasi...
DeleteMori stock ikn bilis ne byk lg kt umh zila..klu wat camne sdap jgk kn..
ReplyDeletekena ngan nasi panas tu...maveles tu zila...hehehe
Delete