Assalamualaikum
Kek nie mori buat semalam untuk minum petang. Mori buat sikit jer menggunakan loyang kecil. Memang cukup untuk kami sekeluarga. Sekali hadap jer. Resepi nie asal dari resepi butter cake vanila atau resepi marbel butter cake yang mori buat sebelum nie. Mori buat kan separuh jer dari adunan asal. Mori salinkan juga resepi untuk separuh adunan nie bawah nie. Cuma mori rasa pewarna hijau tu tak berapa terang. Mori gunakan pewarna hijau epal... jadi tu yang cerah jer. Next time kena guna pewarna hijau yang pekat sikit...baru nampak jalur jalur hijau nya.... hehehe.. Kek nie memang maveles untuk buat tea time.... ringan dan fluffy. Mori suka kan kulit luarnya yang warna coklat tu.... sedap sangat... hehehehe
Resepi Pandan Butter Cake
Bahan-bahannya:
175 gram Butter
100 gram Gula kastor
2 biji Telur gred A
1/2 sudu teh Esen Vanila
1 /2 sudu teh Perisa Pandan
1/2 sudu teh Pewarna hijau
110 gram Tepung Naik Sendiri
3 sudu makan susu segar
Cara-caranya:
1. Griskan loyang 8" x 4" dan lapikkan dengan baking paper.
2. Panaskan oven 175 degress.
3. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan gebu.
4. Masukkan telur sebiji pukul kemudian masuk lagi telur dan pukul lagi sehingga kembang.
5. Masukkan esen vanila dan pukul lagi.
6. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan susu segar tadi.
7. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
8. Satu bahagian di masukkan perisa pandan dan juga pewarna hijau. Pukul sehingga rata dan sebati.
8. Masukan selang seli adunan asal dan juga aduanan pandan.
9. Akhir sekali bakar dengan suhu kepanasan 175 degrees dalam masa 25 minit atau sehingga kek masak bila di cucuk dengan lidi.
10. Bila kek telah cukup masak keluarkan dari oven. Biar kan sebentar dalam 2 atau 3 minit. Keluarkan dari loyang dan boleh di hidang.
Enjoyyy
Waalaikum salam semua
assalam Mori
ReplyDeletesuka kek butter, sedappp kalu cicah teh o he hee
salam
ReplyDeletenpk gebu dan lembut butter cake tu..
molek kejadian kek butter tu..nmpk lembut n gebu jugak
ReplyDeletesalam nak tnye kalau pakai tepung gandum boleh tak?
ReplyDelete