Mori sekeluarga memang suka makan sambal tumis ikan bilis...lebih2 lagi di campur dengan kentang yang di hiris nipis dan di goreng garing. Stock ikan bilis memang sentiasa ada aje dalam peti ais. Kekadang anak mori... adda akan mintak di buatkan sambal gesek..... favourite dia tu. Itu yang ikan bilis memang sentiasa ada aje. Lauk sambal tumis ikan bilis nie ...memang dah serasi dengan kami satu famili.
Tapi kali nie.... mori guna ikan bilis nipis...ikan bilis nie... besar dari biasa... bila di goreng... ranggup nya macam keropok.... lepas sekeping sekeping masuk mulut...tak sedar dok meratah...hehehe... actually mori tak tau apa nama nak di panggil ikan bilis ni .... kalau ikut kat paket ikan bilis tu... cuma di sebut ikan bilis istimewa...hahahaha.. pelik la pulak... so mori tanye kat maid.... kalau kat medan...ikan bilis nie di panggil apa..... dia cakap ni ikan bilis nipis....tak der tulang.... jadi mori ikut je lah.... panggil nie ikan bilis nipis.
Hari nie mori masak lambat sikit....sebenarnya bukan lambat sikit...lambat banyak.... hahaha...lambat sampai ke rumah selepas balik dari majlis penyampaian anugerah cemerlang untuk pelajar yang berjaya. Menyinggah mencari barang lagi...tu yang lewat sampai ke rumah.... bila dah lewat.... masak cam nie... memang senang..dan cepat.... en abang pun kata sedap.... hehehe... senang hati kita...kihkihkih...jom layan resepinya... memang mudah dan senang....
Resepi Sambal Tumis Ikan Bilis Nipis
Bahan-bahannya:
1 paket kecil ikan bilis nipis
4 biji kentang di kupas kulit dan hiris nipis
1 biji cili merah di cincang kasar
5 biji cili api di cincang kasar
1/2 biji bawang holand di potong baji
1 biji bawang besar *
1 biji bawang putih *
1/4 inci belancan *
10 biji cili api *
Kisar ke semua bahan bertanda *
Garam secukup rasa.
1 sudu teh gula.
Cara-carannya:
1. Gaul kan kentang dengan garam dan sedikit kunyit. Goreng kan bersama minyak masak sehingga garing. Toskan dan ketepikan.
2. Goreng kan pulak ikan bilis nipis sehingga garing dan ketepikan.
3. Tumiskan bahan yang di kisar tadi. Agak agak dah separuh masuk, masukkan bahan yang di cincang tadi dan bawang holand tadi.
4. Bila sambal telah masak, masukkan garam secukup rasa dan juga gula. Matikan api. Biarkan sejuk dulu.
5. Bila sambal dah sejuk baru gaulkan ketang sehingga rata. Akhir sekali baru masukkan ikan bilis nipis yang telah di goreng awal tadi.
Tujuan nya di masukkan akhir supaya ikan bilis sentiasa rangup bila di makan nanti. Baru sedap krap krup krap krup..bila dikunyah..hehehehehe
Selamat mencuba
PUAN MORI BILIS SEDAP DI BUATKAN GORENG SAMBAL BELACAN TERANGKAT LAA WEI
ReplyDeletesedapnya..kalo faa ratah je ni...crispy crispy gituh..huhuhuhu
ReplyDeletetak pernah lagi jumpa ikan bilis nipis..cmne ntah yer...selalu guna ikan bilis biasa jer..
ReplyDelete