Pages

Wednesday, 20 June 2012

Puding Kastard Laichi atau Mix Fruits

Puding nie mori buat minggu lepas... tapi baru dapat menguploadkan gambar dlm blog.  Banyak sangat aktviti2 sampingan... walaupon ada maid.. tapi ntah lah...cam x cukup cukup masa... bila waktu malam.. dh tercegat depan tv.. nonton citer bersiri Miss Ahjumma... tu la pasal kalau dah tersangkut citer bersiri.. memang tak leh buat apa pon... tu la x suka terjebak ngan citer cam nie... tapi ... ni gara2 kawan dok bercerita kat tempat keje...so kita pon curious la nak tau apa citer nya..best ker.. last last...kita yang tersangkut sama....hehehe... tapi apa pon ianya menyeronokkan... buat kan mori tido lewat..huk huk huk...
Puding nie mori buat bersama sama adda dan maid.  Santai santai menghabis kan waktu bersama.  Kalau peratikan puding tu ada bentuk binatang kan..hehehehe.. sbb mori saje nak bagi anak buat sekali.  Maid mori pun suka menyelit yelit nak tolong sama..... mori bagi arahan aje.. doang la yang menwarnakan puding tu..hehehe.cam projek masak memasak lak..hari tu... mori ikut resepi dari dapur yatie.
Resepi yatie Puding Kastard Laichi tapi mori gantikan dengan mix fruit cocktail. Caranya sama aje....
Timakasih kat Yatie kerana kongsi kan resepi.....
Resepi Puding Kastard Laichi (Mori gantikan dengan Mix Fruit)
Sumber resepi dari Yatie - Sinar Kehidupan

Bahan2 untuk Puding
1 cawan tepung kastard
5 cawan air
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan gula

Cara-cara
Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air.  Gaul semuanya.
Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa.
Biasanya dalam anggara 20 minit. (Tapi mori buat x sampai 20 minit pon dah pekat)
Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dalam bekas2 kecil atau loyang.
(Kalau nak buat warna warni..bahagi la kepada beberapa bahagian dan letak la pewarna.)
Biarkan sejuk sebentar dan simpan dalam peti sejuk.  Setelah beku baru lah boleh di hidangkan.

Bahan2 untuk Kuah
1 tin Mix Fruits (Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
1 tin susu cair
1 tin air biasa (air masak)
1 cawa gula (terpulang pada masing2 ya...)  (mori rasa manis sikit nie..)
Ais secukupnya

Cara-cara
Masak gula bersama air (sekadar gula hancur je..)  Biarkan sejuk.
Setelah air gula sejuk, boleh lah tuang mix fruit dan susu.
Ambil puding tadi dan masukkan ke dalam mangkuk dan tuangkan kuah yang bercampur mix fruit.
Sedap di makan ketika sejuk.  Boleh juga di letak ketulan ais.

** Biasanya saya(Yatie) guna air masak biasa campur dengan susu cair dan gula saja.  Lepas tu tuang mix fruit tadi.  Gaul sebati dan letak sedikit ketual ais.  Barulah di hidang kan bersama puding kastard.

** Mori buatkan air gula dulu.  Baru mori masukkan susu sekali.  Cuma mori tak tuang mix fruit tu.  Pastu mori letak semua dalam peti ais untuk di sejukkan.  Bila nak makan baru lah mori letakkan puding kastard, pastu mix fruit, kemudian mori tuang kan susu tadi. Bila makan sejuk sejuk gitu...hehehe.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...