Pagi pagi lagi mori dah tayang kan puding. Puding nie mori buat petang semalam. Dah lewat petang sangat pon. Cuaca panas sangat semalam... teringin nk makan yang sejuk sejuk... Mori bukak peti ais...tengok ada sagu. Terus aar..mori rebus kan.
Lepas solat magrib... mori makan la sagu nie ngan adda. Husben lak tak de...kena panggil keje.. kita orang lak..masih kekenyangan makan late lunch.... so tak amik dinner. Sedappnya..... makan sagu sejuk sejuk gitu... rasa puas.
Resepi Puding Sagu dengan Laici
Bahan-bahan: (Penyediaan sagu)
150 gm biji sagu...
1 liter air
(di rebus dengan daun pandan dan juga setitik dua pewarna)
Cara-caranya:
Basuh dan rebus biji sagu dengan air dan titikan beberapa titik pewarna kedalam rebusan.
Masukkan sehelai dua daun pandan.
Rebus kan sehingga sagu hilang warna putih dan menjadi jernih.
Toskan sagu dan bilas bawah air mengalir untuk hilang kan kanji.
Keringkan air dulu...kemudian masukkan dalam acuan.
Sejukan dalam peti ais sehingga sagu sedikit keras.
Untuk kuahnya : Bahan-bahannya:
1 tin susu cair
1 tin air
1 cawan gula
Cara-caranya:
Panaskan susu cair, air dan gula sehingga mendidih.
Tutup kan api dan biar kan sejuk di dalam peti ais.
Bahan-bahan sampingan.
1 tin buah laici
Keluarkan sagu yang telah keras sedikit tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.
Tuangkan kuah yang telah sejuk dan masukkan beberapa biji laici.
Taraaa....Sedia untuk di makan.
Sedap di makan ketika cuaca panas......
No comments:
Post a Comment