Pages

Monday, 26 November 2012

Mee Kari

Memang dah teringin nak makan mee kari dari semalam.  Husben pulak dinner di luar dengan kawan2 nya....  Tinggal la mori, adda dan maid.  So berani la sikit nak masak yang berlemak kan...hehehehe kalau dia ada...mori tak suka nak masak berlemak gini..... Diet dia kena jaga...karang... dia tengok mori masak cam nie...haru di buatnya.... dia nie dah la suka makan...tengok mori hidang makanan cam nie tak ke berselera dia nanti....hehehehe...walaupun lately ni cam naik aje selera dia...mungkin sebab dah kurang merokok kot.... 

Kali nie mori buat Mee Kari yang simple jer....

Resepi Mee Kari

Bahan (A)
5 biji bawang putih
5 biji bawang merah kecil
(di kisar halus bahan2 ini)
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang

Bahan (B)
1 sudu makan cili kisar
3 sudu makan rempah kari ikan jenama Faiza (sebenarnya dah kehabisan rempah daging)
(kedua2 bahan ini di gaul dengan sedikit air)
2 pelepah daun kari

Bahan (C)
1 genggam udang kering di tumbuk kasar
1 biji cili merah di hiris halus
3 biji buah pelaga
1 asam keping
air secukup rasa
1 biji telur
4 keping fish cake di hiris halus
1 cawan isi kerang
1 sudu teh serbuk secukup rasa
2 sudu santan pekat
garam secukup rasa

Bahan (D)
4 biji telur di rebus dan di belah 2
Sayur sawi di potong kecil dan di rebus sekejap.
5 keping isi ketam frozen di rebus dan ketepikan
4 biji limau kasturi di belah 2
Daun sup dan daun bawang di hiris halus.

Cara-carannya:
Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.
Tumiskan bahan A sehingga terbit bau wangi.
Masukkan bahan B iaitu rempah kari pes dan daun kari.  Tumis sehingga rempah masak sebati.
Masukkan bahan C iaitu udang kering, cili merah dan buah pelaga. Tumis sebentar.
Masukkan asam keping dan air secukup nya.  Biarkan mendidih sebentar.
Masukkan fish cake, isi kerang, serbuk secukup rasa da biarkan mendidih sebentar.
Masukkan serbuk secukup rasa dan gaul rata.
Pecah kan sebiji telur dan kacau perlahan.
Masukkan santan pekat dan biarkan mendidih sebentar.
Masukkan garam secukup rasa.
Dah cukup masak boleh la di matikan api dapur.
Hidangkan mee bersama dengan telur rebus, sayur sawi, isi ketam dan juga limau kasturi.
Tuangkan kuah dan taburkan daun sup dan daun bawang.

Nota:  Kalau ada tauhu goreng kering boleh la di masukkan ke dalam kuah sekali.  Mori tak letak sebab tak ada stock di kedai.

Kalau ada sambal tumis ...bole la makan sekali dengan mee kari nie... Teringat masa zaman persekolahan rendah dulu.  Mori bersekolah di Batu Road Girls School.. kat KL... Recess time..berkoyon koyon la kami berkejar ke kantin untuk makan.  Menu yang paling popular ialah mee kari.  So simple mee kari nya... dalam mangkuk tu cuma ada mee dan beberapa isi kerang. Nanti kami beraturlah untuk menunggu kuahnya.. orang kantin tu akan guna kan kole warna kuning tu untuk cedok kuahnya yang panas dan tuang ke atas mangkuk mee yang kami pegang tadi....pas tu kita sudukan la sambal sikit dalam mangkuk tadi.... peerggghhh memang mengancam mee kari masa tu...hehehe walaupun ringkas tapi sedap.  Tak der bahan2 lain...cuma mee, isi kerang dan kuah kari yang kosong tanpa bahan lain.  Tapi sampai sekarang... mori masih teringat kan mee kari tu....hehehehe menyingkap kenangan betul...

Buat Ria ... yang berasal Indonesia ...bole la cuba resepi nie yer...Insyallah menjadi....

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...