Pages

Saturday, 17 November 2012

Ikan Pari Percik dan Bayam Tumis Air

Ingat kan nak bakar ikan dan cicah air asam jer hari nie...tapi tetiba jer bole tukar fikiran buat Ikan Percik lak.  Dah lama gak tak buat ikan percik....bila teringat tu...rasa berselera la pulak...hehehehe... so apa lagi..mula aar mori godak godak bahan di dapur... nasib baik bahan2 semua ada...untuk daun kunyit ngan limau purut...mori amik kat pokok jiran sebelah.... mintak izin dulu yer...nasib baik sempat tangkap si Dilla sebelum dia keluar.  Cantik pulak pokok kunyit dia....tak macam pokok kunyit mori.... cam hidup segan mati tak mau..hehehe.. mungkin tak cukup cahaya matahari kot.  Bila dah naik cantik..kena makan dengan ulat pulak. Jom layan resepi di bawah....


Resepi Ikan Pari Masak Percik

Bahan-bahannya:
1 keping ikan pari (sederhana besarnya)

1 biji bawang besar
5 biji bawang merah kecil
5 biji bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas
(Kisar kan bahan2 di atas kecuali ikan pari)

1 kotak santan pekat
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan cili kering kisar
1 asam keping
1 sudu besar tepung beras
Garam dan gula secukup rasa.
1 helai daun kunyit dan 1 helai daun limau purut

Cara-carannya:
1.   Ikan di bersihkan dan di lumur dengan sedikit garam dan kunyit.  Balutkan dalam aluminium foil dan bakar sehingga separuh masak.
2.   Masukkan santan dan bahan2 yang di kisar ke dalam periuk.  Masukkan sekai kunyit, cili kisar dan asam keping.
3.  Masak sehingga mendidih dan masukkan garam dan sedikit gula.  
4.  Masukkan sedikit daun kunyit dan daun limau purut yang di hiris halus.
5.  Masukkan tepung beras yang telah di gaul dengan sedikit air dan masak kuah sehingga pekat.
6.  Tuang kan sedikit kuah ke atas ikan pari tadi dan bakar semula ikan sehingga betul2 masak.
7.  Bila nak menghidang ikan, tuang kan lagi kuah tadi ke atas ikan. 


Kali nie mori gandingkan dengan bayam tumis air jer... tapi mori pecah sebiji telur dalam kuah.  
Biasa mori letak rencah udang kering jer...tapi rasa jemu lak... so kali nie mori letak rencah telur jer.  


Resepi Bayam Tumis air.

Bahan-bahan:
1 ikat bayam yang telah di bersihkan dan di tos
5 biji bawang putih di ketuk dan dicincang halus
1 cawan air
1 biji telur
1 sudu makan bawang goreng
1 sudu teh serbuk secukup rasa maggi.
Garam secukup rasa.

Cara-carannya:
Panaskan periuk dan masukkan sedikit minyak masak
Tumiskan bawang putih sehingga wangi dan masukkan secawan air.
Biarkan mendidih
Masukkan serbuk secukup rasa maggi dan juga garam.
Pecahkan telur sebiji ke dalam kuah.
Biarkan mendidih sehingga telur masak
Masukkan bayam dan kacau rata.
Bila bayam dah cukup masak, matikan api dan taburkan bawang goreng.
Boleh la di hidang.


Ada lagi satu lauk mori buat.... Kerabu ikan bilis...nanti mori post kan... nak kena keluar jap.  Lagi pun si Adda nak pakai laptop..hehehe..berebut la pulak..... tu yang leceh bila dekstop dah buat hal... 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...