Pages

Saturday, 8 December 2012

Udang Tempoyak Berlada dengan Taugeh Kucai Tumis Minyak Bijan

Menu untuk lunch hari nie.... Udang Tempoyak Berlada dengan Taugeh Goreng minyak Bijan.  Awal pagi lagi mori dah siap2 masak untuk lunch...sebab nya lepas breakfast mori nak keluar gie beli barang2 makanan untuk dibawa gie travel.  Selepas nie...dapur maya mori tak berasap la buat beberapa hari...  
Jadi sebelum tu....mori nak kongsikan resepi Udang masak tempoyak nie... mentang2 la musim duriankan... puasss makan tempoyak.... Terimakasih pada jiran2 mori yang sudi bagi tempoyak baik yang mentah dan juga yang dah masak dengan ikan bilis dan petai......Alhamdullilah...rezeki jangan di tolak..hehehe.  Bessstt betulll.... makan tadi... dengan Udang masak tempoyak dan juga sambal belacan cicah tempoyak...hehehehhe ...hantu tempoyak ke kami nie..heheheheh .


Tempoyak ada lah salah satu favourite mori... lebih2 lagi kalau tempoyak di cicah dengan sambal belacan.   Perggghhh memang ... laju jer makan... tu yang bole tersasar diet nie....  Bagi yang suka makan tempoyak... memang la suka kan....tapi bagi yang tak suka dan tak reti makan tempoyak agaknya......tengok tempoyak nie pun tak heran kot.


Jom layan resepi hari nie... mori padan kan juga lauk hari nie dengan sayur taugeh/kucai tumis dengan minyak bijan.  


Resepi Udang Tempoyak Berlada

Bahan-bahannya:
20 ekor Udang Kertas sederhana besarnya dibersih dan di toskan air

1 biji bawang besar *
6 biji bawang putih *
2 batang serai *
1 inci halia *
1 inci lengkuas *
1/2  inci halia *
(Bahan2 * ini di kisar halus)

3 sudu cili kering kisar
1/2 cawan air asam jawa (sedikit jer asam jawa tu)
3 sudu santan pekat dalam kotak (Bole guna santan biasa)
1 sudu makan tempoyak
1/2 cawan air
(Campurkan santan, tempoyak, air dan gaul bersama)

Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

Cara-caranya:
1.   Gaulkan udang bersama garam dan kunyit.  Goreng hingga separuh masak dan ketepikan.
2.   Panaskan kuali dan masukkan sedikit minyak masak.   
3.   Tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit bau wangi.
4.   Masukkan cili kisar dan kacau sehingga cili masak betul.
5.   Bila cili telah masak, masukkan air asam jawa dan kacau rata.
6.   Masukkan pula udang yang telah di goreng tadi dan gaul rata.
7.  Bila udang telah masak, masukkan campuran santan dan tempoyak.
8.   Biarkan ianya mendidih sebentar baru masukkan garam dan gula secukup rasa.
9.   Taburkan daun limau purut dan tutupkan api dapur.
10.   Sedia untuk dihidang.


Resepi Taugeh Tumis Minyak Bijan

Bahan-bahan:
50 sen taugeh yang telah di bersih kan dan di toskan
Lobak yang di hiris seperti mancis.
1 biji cili merah di hiris seperti mancis
Daun kucai yang telah di potong sepanjang 1 inci.

3 biji bawang putih di ketuk dan dicincang halus.
1/2 biji bawang besar di hiris halus
1 sudu makan udang kering di rendam dan di tumbuk halus
1 sudu stock ayam
1 sudu minyak bijan.
Garam secukup rasa

Cara-carannya:
Panaskan frying pan dan masukkan sedikit minyak masak.
Bila dah cukup panas, tumiskan bawang putih sehingga terbit bau wangi baru di masukkan bawang besar dan udang kering yang telah di tumbuk halus.  Kacau rata.
Masukkan Lobak dan cili merah dan kacau rata..lebih kurang seminit aje.
Masukkan taugeh, stock ayam dan juga minyak bijan.  Gaul rata.
Masukkan kucai dan gaul rata. Tutup api dengan segera.  Kalau terlalu lama masak kucai nanti akan lembik layu.


3 comments:

  1. slm ziarah n kenal..terima kasih sudi bkunjung ke blog QH yea...

    sedap2 lauk2 kt ats tu..mkn dgn nasi panas..mmg mgancam ni..

    ReplyDelete
  2. sedapnya ..kecur pulak tgok udang tue:)

    ReplyDelete
  3. berselera tgk lauk pauk ni..laparnya...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...