Seminggu mori bercuti jadi seminggu gak lah dapur mori tak berasap..... seronok gak yer bila tak payah pening pening nak memikirkan nak masak apa kan...hehehe. Tapi hari ini mori tetap kena kedapur memasak untuk lunch hari ini. Kebetulan sister mori ...nak datang collect barang2 yang di kirim nya... jadi dia pelawa diri nya makan lunch di rumah mori...hehehe.. Seronok gak bila adik datang menjamu selera bersama sama. Selalu bila jumpa cam kat tol Touch N Go... sekejap jer... jadi bila singgah makan dapat la sembang lama2 sikit. At first mori nak buat ayam goreng lemon...tapi instruction dalam message mention... masak ayam kicap untuk anak dia ... tu favourite doang. Emmmm!!! cancel la nampaknya plan nak buat ayam goreng lemon... baik ikut selera doang..... lagi pun mori memang dah lama nak masak ayam kicap nie. Lauk ayam masak kicap nie...memang favourite family Normah... (nama arwah mak kami)... dan lauk ini memang menjadi menu wajib dalam family kami yang ramai. Menu yang simple tetapi menjilat jari sehingga ke cucu cucu Normah pun suka kan lauk nie. Mori kongsi kan resepi Ayam Kicap Normah yang mudah dan ringkas. Jom layan.
Resepi Ayam Kicap Normah
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam yang di potong kecil dan di bersihkan.
1/2 botol kecil kicap manis
1 cawan air
5 @ 6 sudu makan gula pasir.
1 biji bawang holand yang di potong kasar.
Cara-caranya:
1. Gaulkan ayam dengan garam dan kunyit.
2. Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.
3. Goreng kan ayam sehingga 3/4 suku masak. (Jangan garing sangat yer)
4. Bila ayam semua telah habis di goreng, tinggal kan sedikit aje minyak dalam kuali dan masukkan semula ayam yang telah di goreng ke dalam kuali.
5. Tuang kan kicap manis ke dalam kuali dan gaul rata.
6. Masukkan air dan juga gula ke dalam kuali dah biarkan mendidih sehingga menjadi pekat.
7. Taburkan bawang holland dan gaul rata.
8. Sedia untuk di hidang.
Lebih banyak gula yang di masukkan ke dalam kuali...akan lebih likat kuah kicap. Ianya akan menjadi lebih sedap.
nyum nyum nyum...sedapnyer.....
ReplyDeletetq tq..nyumm nyumm hehehe
ReplyDelete