Sementara tunggu husben dok layan barang2 di kedai electrical di Empire Gallery...mori layan jap..FB….terjumpa post Ayam Percik dari dapurmalaysia. Terliur pulak tengok ayam tu...macam best aje resepi nie……so kita orang kansel makan kat luar….kita orang plan balik rumah masak aje. Lebih2 lagi si Adda nie..memang tak suka makan kat luar. Kekadang cam dia lupa yang mama dia pun nak rest gak dari memasak.
Semasa cuci2 mata di sana mori jumpa 2 atau 3 kedai jual barang barang kitchenware. Salah satu nya Aino Living. Bila dah masuk sana rasa cam tak mo keluar dari sana. Semua barang mori nak borong. Tapi kat mana nak letak yer...? Dan yang sronoknya mori jumpa barang yang mori cari di sana. Bestnyaa.
Balik aje dari sana terus singgah kedai... cari bahan2 untuk buat ayam percik....
Mori buat kan sup sayur saderi untuk makan bersama ngan ayam percik.
Mori buat kan sup sayur saderi untuk makan bersama ngan ayam percik.
Pastu mori goreng kan keropok terengganu yang kawan kasi. Emmm seleranya...
Resepi Ayam Percik
Resepi dari dapurmalaysia
Bahan-bahan:- (kuah percik)
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
½ inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar.
400 ml santan pekat (mori guna 200 ml santan pekat kotak)
½ sudu besar halba
3 batang serai dititik
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
½ cawan air
Minyak masak untuk menumis.
Bahan-bahan:- (perap ayam)
½ ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
½ sudu besar ketumbar
½ sudu besar jintan putih
Cara-caranya:-
Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.
No comments:
Post a Comment