Pages

Tuesday, 10 April 2012

Kek Mentega dengan Blueberry Filling


Rasa tak sabar sabar nak mencuba resepi nie, akhirnya tadi ada masa..mori buat juga...mori jumpa resepi nie semasa BW di blog Cida dari Sepanjang Jalan Kenangan. 
Tapi mori ada buat olahan sikit....mori tambahkan sedikit blueberry filling dalam adunan dan mori taburkan chocolate chips..  Apa pun memang sedap kek nie.


Resepi dari blog denuanza
Bahan-bahan:-
250 gram butter (Mori guna buttercup aje)

200 gram gula kastor
250 gram tepung gandum
6 biji telur
4 sudu besar susu cair (mori guna Fresh Milk)
2 sudu kecil baking powder
1 sudu teh esen vanilla (mori guna buttervanilla)
Kepingan badam dan choc chip jika suka
(mori guna filling blueberry dan choc chips)


Cara-caranya:-
Panaskan oven pada suhu 160 darjah (ikut oven masing2 – aku
cuma guna api bawah shj)
Pukul mentega + gula sampai kembang (leh nampak sedikit pucat dari sebelumnya)
Masukkan esen vanilla.
Masukkan telur sebiji demi sebiji (biar telur pertama sebati sblm masukkan telur ke2 dan seterusnya).
Ayak tepung + baking powder
Masukkan sedikit2 kedalam adunan (bahagi agak2 untuk 4 kali)- secara berselang seli ngan susu.
(1 bhgn tepung, diikuti 1 sudu susu cair) – buat sampai abis.
Matikan mixer – kacau adunan guna sudip kayu hingga ke dasar bekas kalo2 ada adunan yang tak sebati, sambung mixer sekejap je just untuk sebatikan adunan…
Masukkan choc chip (leh gak guna choc rice)
(agak2 dlm 4 sudu)
Sebatikan guna sudip je
Griskan loyang ngan sedikit mentega atau leh guna kertas minyak pd dasar loyang…
Masukkan adunan dalam loyang dan bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak – sila uji guna lidi – jgn buka oven sebelum 30 minit pertama. Untuk 15 minit terakhir tukar kepada api atas bawah untuk garingkan permukaan kek.  Sejukkan sebentar dalam 10 minit seblom alihkan kek dari loyang.

Mori cuma buat separuh aje adunan di atas.  Untuk letak blueberry filling tu... mori tuang dulu adunan dalam loyang...3/4 dulu...kemudian mori letak sedikit filling.. kemudian mori teruskan masukkan adunan yang terakhir kemudian baru mori taburkan coklat chips.


 Yuummyy yuummyyy licious so delicious… 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...