Menu Udang Panggang bersama Salsa untuk lunch hari nie....resepi nie mori simpan dari hari isnin lagi. Kebetulan husben balik dari macing di Tanjung Balau ahad lepas… bawa balik udang besar ….tapi bukanlah udang galah…. Dok pikir nak masak apa udang nie. Dah jemu nak masak lemak cili api … atau pun buat sambal. Mori bw dan jumpa resepi Udang Panggang bersama salsa. Mori dapat resepi nie dari dapur SkyBlueKitchen kepunyaan Diana. Terima kasih la Diana kerana berkongsi resepi. Memang sedap resepi nie. Mori buat kan salsa juga... untuk makan bersama ngan Nasi Yogurt. Resepi ini mori amik dari dapur SkyBlueKitchen juga. Hehehehe..nampak gaya...menu hari nie...mori dapat dari bw ke dapur Diana. Terimakasih sekali lagi mori ucapkan pada Diana... kerana memberikan idea dan resepi untuk menu mori hari ini. Alhamdullilah husben puji sedapp.... Pada Diana izinkan mori kongsi kan resepi di blog mori yer…
Resepi Udang Panggang
Bahan² A
400 gm udang bersaiz besar _ dikupas kulitnya dan tinggalkan ekornya
1/2 tsp serbuk cili
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 tsp serbuk lada putih
1 tsp rempah kari _ ( Diana/Mori guna rempah kari ayam dan daging Baba's )
1/4 tsp serbuk jintan manis
1/4 tsp serbuk jintan putih
1/2 tsp serbuk ketumbar
2 tsp daun basil kering
1 tbsp mentega cair
Bahan² B
1/4 tsp serbuk cili
1/2 tsp rempah kari
1 tsp daun basil kering
Cara²
Toskan dan lap kering udang dan campurkan kesemua bahan² A. Gaul rata. Kemudian masukkan bahan² B dan gaul sehingga bahan bersalut dengan udang.
Perap selama 30 minit ( sementara tu boleh sediakan salsa ).
Setelah itu bolehlah dipanggang hingga udang masak.
Makan bersama salsa ( rujuk di bawah untuk resipinya ).
Resepi Salsa
Bahan²
1/2 biji nenas bersaiz sederhana _ dikupas kulit dan dipotong kecil
1 biji timun jepun _ dikupas kulit, buangkan tengahnya / bijinya dan dipotong kecil
4 biji tomato _ buangkan bijinya dan dipotong kecil
1 ulas bawang putih _ dicincang
1 ulas bawang merah _ dicincang
1 tbsp jus lemon ( boleh guna jus limau nipis jika tak suka jus lemon )
2 tbsp minyak zaitun
1 tangkai daun bawang _ dihiris
1 tangkai daun sup atau boleh juga guna daun ketumbar _ dihiris
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Cara²
Campurkan kesemua bahan² dan gaul rata.
Sesuaikan rasa dan hidang bersama udang panggang.
Boleh simpan di dalam peti sejuk terlebih dahulu jika suka ( Diana lebih suka simpan dulu salsa nie di dalam peti sejuk sebelum dihidang ).
Resepi Nasi Yogurt
Resepi
Bahan²
3 cawan beras basmati _ dicuci dan toskan
100 gm mentega _ ( Nak guna minyak sapi pun boleh )
4 cawan air
1 cawan susu cair
4 tbsp yogurt ( perisa asli )
1 helai daun pandan _ disiat dan disimpul
2 ulas bawang putih _ d tumbuk
1 inci halia _ ditumbuk
1 batang serai _ dititik
1 tsp minyak zaitun
2 biji buah pelaga (mori guna minyak Mazola aje)
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 kiub pati ayam Maggi
Garam secukup rasa
Cara²
Panaskan mentega / minyak sapi dan minyak zaitun di dalam kuali dan tumis bawang putih dan halia hingga sedikit garing.
Kemudian masukkan serai, kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan daun pandan. Tumis hingga wangi.
Tutupkan api dan tuang ke dalam periuk nasi elektrik yang berisi beras.
Masukkan juga air, susu cair, yogurt, kiub pati ayam dan garam. Gaul rata. Masak nasi seperti biasa.
Setelah nasi masak biarkan seketika sebelum digemburkan.