Beberapa hari lepas, sibuk membuat persiapan untuk majlis tahlil dan bacaan yasin untuk arwah mak. Sehingga mori tak sempat nak tengok blog atau jenguk ke dapur blogger lain mencari resepi baru untuk di cuba. Alhamdullilah kali nie...majlis tahlil untuk arwah mak berjalan dengan lancar. Tak sangka tetamu yang datang sungguh teramat ramai. Semuga majlis mendapat keberkatan Nya.
Seperti yang sudah sudah... Alhamdullilah...kawan2 yang baik hati... datang membantu mori untuk menyediakan sajian. Jasa mereka takkan mori lupa kan sehingga ke akhir hayat. Ada juga kawan yang stay back ...tolong mengemas bila majlis dah berakhir...dan adik adik juga...tunggu sehingga ke akhir... mengemas apa yang patut... Dorang membantu apa yang patut semasa majlis... Kebetulan pulak... pinggang mori sakit sangat pada malam majlis... buatkan mori tak berapa nak laju buat kerja. Tu lah untung nya adik2 ramai... mori arahkan jer...hehehe.. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar.
Dah dapat cukup rehat... Hari nie baru lah mori dapat menjenguk blog yang beberapa hari terpendam. Entri kali nie...dengan resepi Ikan Cencaru Bakar Sumbat sambal..yang dah lama mori tak buat. Bila bakar ikan, satu rumah bau aroma ikan bakar... seleranya. Kali nie ikan di siang oleh anak dara mori...sampai terluka jari. Ikan di belah belakang pun tak berapa cantik lagi....kena praktis lagi ...Resepi nie mori belajar dari MIL. Arwah MIL tak suka guna mesin pengisar. Jadi bila nak masak sambal.... lesung batu tu juga la yang di carinya. Memang tak di nafikan masakan nya memang sedap.
Resepi Ikan Bakar Cencaru Sumbat Sambal
Ikan cencaru yang telah di bersihkan dan di belah belakang nya.
Bahan-bahan cili untuk di sumbat ke dalam ikan.
2 gengam cili kering yang telah rendam dan di toskan.
1 sudu udang kering
5 biji bawang putih
1 biji bawang besar
1/4 inci belancan
secubit garam
Sedikit air asam jawa
Cara-caranya:
Tumbuk hingga lumat kesemua bahan bahan untuk di sumbat ke dalam cili.
Mori akan tumbuk dulu cili hingga lumat, baru masukkan bawang putih, belacan dan garam, tumbuk sehingga lumat. Akhir sekali baru masukkan bawang besar dan tumbuk sehingga lumat. Masukkan sedikit perahan air asam dan gaul rata.
Gaul kan garam dan kunyit pada ikan cencaru sehingga rata.
Sudu kan cili yang telah di tumbuk kedalam belahan ikan.
Sedia untuk di bakar. Alas dengan daun pisang, bila membakar ikan.
Mori padan kan dengan tomyam cendawan dan brocoli dan juga kerabu nenas timun.
Resepi Tomyam Cendawan dan Brocoli.
Bahan-bahannya:
Cendawan Shitaki segar yang di hiris
Cendawan Enoki
Sayur Brocoli yang di potong kecil
Bawang Holland yang di potong kasar
Cili Api di belah dua
Daun Limau purut
Jus Limau nipis
Serai di titik
Lengkuas dititik
Pes tomyam
1 sudu cili kisar
Cara-caranya:
Didih kan air dalam periuk secukupnya.
Masukkan pes tomyam dan juga cili kisar dan biar kan mendidih.
Masukkan lengkuas, serai, cili api, bawang dan biarkan mendidih.
Masukkan sayur brocoli, dan juga cendawan shitaki.
Masukkan juga jus limau nipis dan garam secukup rasa.
Akhir sekali baru masukkan cendawan enoki.
Resepi Kerabu Nenas Timun
Bahan-bahannya:
1/2 biji nenas di potong kecil
1 biji timun di hiris nipis.
5 biji bawang kecil merah di hiris nipis
2 sudu sambal belacan
2 sudu udang kering yang di tumbuk
1 sudu jus limau nipis
2 sudu gula secukup rasa.
Caranya:
Gaul kan kesemua bahan-bahan sehingga rata. Perasakan. Jika rasa kurang manis atau masam bole di tambah ikut selera kita.
Gaul kan kesemua bahan-bahan sehingga rata. Perasakan. Jika rasa kurang manis atau masam bole di tambah ikut selera kita.