Pages

Thursday, 10 January 2013

Chicken, Broccoli Cashew Nuts


  
Recipe  Chicken, Broccoli and Cashew Nuts nie...mori dapat dari tnet.. di Taste.com.  Bila tengok bahan2nya yang mudah.... terus mori salin resepi untuk lunch.  Tapi ada lah sikit mori tukar bahan2 dalam resepi... seperti penggunaa sherry dalam masakan ....mori gantikan dengan sos ikan... dan mori tukar bawang besar ke bawang putih... rasanya lagi sedap guna bawang putih. 
Kalau nak tengok resepi yang asal... bole klik kat link...atas.   


Resepi Chicken, Broccoli Cashew Nuts

Bahan-bahannya:
2 genggam isi ayam yang di hiris nipis
1/2 biji capsicum merah di potong 4 segi kecil
1 pokok broccoli di potong kecil 
1 genggam gajus yang di bakar.
5 biji bawang putih yang di cincang halus

2 sudu makan sos ikan *
2 sudu makan sos tiram *
2 sudu makan kicap manis *
1 sudu teh tepung jagung *
2 sudu makan air *l
(kesemua bahan bertanda * di gaul sekali)

1 sudu teh minyak bijan

Cara-caranya:

Rebus sayur broccoli dengan secubit garam sehingga lembut, tos dan ketepikan.

Panaskan kuali non stick dan masukkan sedikit minyak masak.
Masukkan isi ayam dan goreng sehingga garing.
Masukkan capsicum merah dan kacau sebentar.
Masukkan bawang putih dan biarkan garing.
Kemudian masukkan sos yang telah di gaul tadi ke dalam kuali dan di gaul rata.
Biarkan mendidih sebentar, kemudian masukkan sayur broccoli dan juga gajus bakar.
Gaul rata dan perasa kan.
Kalau terasa kurang masin, masukkan sedikit sos ikan atau nak lebih manis, masukkan kicap manis sedikit lagi.
Mori tak letak garam, sebab sos tiram dan sos ikan dah cukup masin.
Akhir sekali renjis kan sedikit minyak bijan ke dalam masakkan dan gaul rata.
Boleh la di hidang.


Mori ganding kan lauk broccoli dengan bendir rebus yang di cicah dengan sambal belacan yang di perah asam limau..... dan juga ikan kembung yang di gaul dengan kunyit, garam, serbuk cili sebelum di goreng garing.  Tapi tak lupa juga...ikan masin gelama masam yang di goreng  dan di tabur bawang holland dan cili potong.   Addduuhh berselera betul.....hihihi hanyuutt lagi diet ku.....


Jemput makan sama...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...