Jalan-jalan cari resepi untuk berbuka... terjumpa ngan Sotong Bakar Sumbat dari blog Hazila from My Small Kitchen. Terimakasih kerana sudi berkongsi resepi... memang sedap...biasanya kalau inti gini...mori akan buat ikan sumbat... dengan ikan cencaru. Cuma lom pernah lagi letak udang basah dalam bahan yang di tumbuk.
Izinkan mori paste resepi nie kat sini yer....terimakasih sekali lagi. Mori gandingkan menu nie ngan Ikan Keli Bakar masak Asam Pedas ngan bendir, sambal belacan dan juga telur dadar.
Resepi Sotong Bakar Bersumbat
Sumber dari hazila.blogspot.com
Bahan-bahan:-
1 ekor sotong bersaiz besar - bersihkan dan tos
1 batang serai
1 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1/2 cili merah dan cili hijau
1 sudu makan isi udang
1 sudu makan kelapa parut
2 biji cili padi
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci halia
Secubit jintan manis
1/2 sudu kecil garam (anggaran)
Cara-cara:-
Tumbuk semua bahan hingga halus
Ambil sotong yang telah di bersihkan lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit.
Kemudian sumbat bahan yang telah di tumbuk ke dalam perut sotong hingga penuh.
Tutup menggunakan lidi.
Bakar hingga sotong masak.
(Mori double kan semua bahan di atas untuk 5 ekor sotong yang sederhana kecil dan mori bakar sotong nie atas daun pisang)
No comments:
Post a Comment