Jom berbabeque.....dah lama sungguh x berbabeque... dah bertahun rasanya. Biasanya kami akan berbbq kat tepi pantai. Tapi hari nie buat kat rumah aje. Idea spontan aje pagi tadi... tetiba rasa cam nak buat bbq ... teringin nak makan ber gril... jemu yang berkuah..berlemak. Hubby setuju aje...kebetulan lak... dia bawa balik ikan jenahak yang dia dapat dari mancing. Seekor tu beratnya 2 kilo. Ikan tu dipotong dua pas tu belah terbuka badan ikan tu. Lumurkan ngan sambal...fuuuhh selera. Mori bakar gak udang dan ayam. Ayam nie feveret adda. Dia kurang nak makan ikan...jadi mori bakarkan ayam untuk dia. Setiap bahan yang di bakar tu mori perap kan dengan bahan2 yang berbeza beza.
Memang seronok berbabeque kali nie....walaupun x ramai cuma kami anak beranak aje. Kami makan kat luar tepi rumah. Sambil berbabeque...sambil tu makan. Si adda bole cakap... macam kita makan kat luar yer..heehehe... bila tukar environment makan tu...terasa perbezaannya.... makan pun berselera.
Resepi Ayam Panggang
Ayam yang telah di bersihkan dan di potong sederhana kecil.
Perapkan bersama dengan
Bahan-bahanya:
3 sudu sos tiram
1/2 botol kecil Sos barbaque
5 biji bawang putih yang di cincang halus
2 sudu minyak jagung.
Gaul rata dan perap kan sebentar. Baru di bakar sehingga masak.
Ayam yang di marinate akan terasa sedap apa bila di bakar. Semasa membakar... sapu kan bahan perapan ke atas ayam yang sedang di bakar. Ulangi beberapa kali.
Resepi Udang Panggang
Udang yang telah di bersihkan dan di toskan
Bahan-bahannya:
2 sudu cili sos pedas
5 ulas bawang putih yang telah di cincang halus
1 sudu minyak zaiton
2 sudu jus lemon
1/2 sudu rosemary kering
1/2 sudu basil
1/2 sudu garam
Gaul rata bahan bahan ini bersama dengan udang.
Perapkan sebentar baru di bakar.
Udang tu mori cucuk dengan kayu lidi. Rendam dulu kayu lidi di dalam air supaya tak terbakar sama. Baru di cucuk kan. Semasa bakar.... sapu kan sedikit bahan perapan ke atas udang. Ulang kan beberapa kali.
Ikan nie mori bakar atas kuali leper dan di alas dengan daun pisang.
Resepi Ikan Panggang
Seekor Ikan Jenahak yang sederhana besar dan di bersihkan
Lumurkan garam dan perahan limau dan perapkan sebentar.
Cuci bersih dan toskan.
Bahan-bahannya:
2 inci halia
1 inci lengkuas
3 batang serai
1 inci kunyit
1 helai daun kunyit
1 biji bawang besar
10 biji bawang putih
8 biji cili hidup
Blend ke semua bahan bahan tersebut.
Cara-caranya:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan yang telah di blend sehingga pecah minyak.
Masukkan garam, gula melaka dan sedikit gula putih.
Gaul rata dan tutup api.
Sejukkan sebentar sebelum di perapkan bersama ikan tadi.
Lapikkan ikan dengan daun pisang atau aliminium foil.
Tuangkan bahan yang telah di masak tadi ke atas ikan.
Dan bakar sehingga masak di atas kuali leper.
Cicah cili api kicap. Ini feveret hubby mori. Senang aje nak buatnya...
Resepi Cili Api Kicap
Bahan-bahan
Cili api secukupnya
Kicap Manis
Kicap Masin
1 biji bawang putih
4 atau 5 sudu makan gula
Cara-caranya:
Masukkan cili api ke dalam blender.
Masukkan ke duadua kicap sehingga cili api tenggelam.
Masukkan bawang putih
Masukkan gula.
Blend ke semua bahan-bahan sehingga hancur.
Siap untuk dicicah.
Ni lah cicah air asam. Maid pulak minta nak air asam. Kesian lak...x tahan pedas nak cicah cili kicap tu. Jadi mori buat kan cicah air asam nie.
Resepi Air Asam
Bahan-bahannya:
1 biji cili merah di hiris nipis
5 biji cili api di hiris nipis
1 biji bawang besar yang di hiris nipis
1/2 biji tomato di potong dadu
Sedikit garam
Sedikit belacan
Sedikit asam jawa.
Cara-caranya:
Bahan bahan yang di hiris tadi di satukan dan di masukkan ke dalam mangkuk.
Di dalam mangkuk lain masukkan asam jawa dan belacan.
Masukkan secubit garam.
Masukkan sedikit air masak.
Gaul rata.
Tuang kan ke atas mangkuk yang berisi bahan bahan yang di hiris tadi.
Hiris sedikit daun limau purut dan taburkan ke atas asam tadi.
Sedia untuk di hidang.
Mori sediakan juga Salsa simple untuk di makan bersama sama dengan lauk yang di bakar tadi.
Memang kena la menu hari niee. Selera nya makan sehingga terasa mengah.
Resepi Salsa
Bahan-bahannya:
2 potong nenas di hiris nipis
Timun yang di potong kecil
1 biji tomato yang di potong dadu.
2 sudu jus lemon atau limau nipis
Gula secukup rasa
1 sudu minyak zaiton
1 sudu minyak jagung
Masukkan semua bahan bahan tersebut dan gaul rata. Rasakan secukup. Kalau kurang gula ..tambahkan sedikit lagi. Kalau kurang masam...tambahkan sedikit jus lemon atau limau.
Sedia untuk di hidang.
Salad tak lupa... sedap kalau di cicah dengan cili kicap tu.
Fruits cocktail....penghilang dahaga. Cuaca hari nie panas betul. Nak buat minuman nie senang aje kan.
Cuma perlukan 1 tin mixed fruits dan 1 tin susu cair. Air gula secukup rasa. Hidang kan bersama ais batu. Perrgghh tak hinggat bila minum. Ni lah penyebab nya mengah lepas tu..hehehehe.
Ini lah si zindan anak jiran depan..yang rajin join kami untuk lunch atau breakfast. Mori suka kalau ada budak2 datang join makan.... meriah lagi. Lagipun kan lebih baik kalau dapat berkongsi rezeki yang ada.
No comments:
Post a Comment