Pages

Wednesday, 13 February 2013

Jalan jalan ke Kellie's Castle

Selepas melawat Menara Condong minggu lepas....kami terus menghala ke Batu Gajah untuk ke Kellie's Castle.  Memang dah termasuk dalam itinari kami hari untuk ke Kellie's Castle.  Sebelum tu kami berhenti rehat di pam minyak Petronas untuk menunaikkan solat dan juga bertukar pakaian.  Perjalanan dari Teluk Intan ke Kellie's Castle mengambil masa lebih kurang sejam... masing2 tak sabar untuk tiba di sana. 
Tempat parking very limited sangat....sehingga kami terpaksa parking kereta di tepi jalan.  Tapi tidak lah terlalu jauh untuk menapak ke dalam.  Seronok punya pasal.... kami tolak tepi hal hal kecil cam tu...hehehe.
Sebelum tu kena beli tiket untuk masuk ke kawasan Kellie's Castle.  Bayarannya ada beberapa kategori. 
Untuk rakyat asing harga tiket RM5
Untuk rakyat Malaysia harga tiket RM4 untuk dewasa dan
Untuk kanak2 dan student harga tiket RM3

Kalau ikutkan dari sejarah... asalnya pemilik bangunan nie..kepunyaan seorang lelaki yang berasal dari scotland bernama William Kellie Smith yang datang ke Malaya pada usia 20 tahun.  Kemudian dia berkawin dengan Agnes yang berasal dari scotland dan di kurniakan seorang anak perempuan bernama Helen dan kemudian seorang anak lelaki bernama Anthony.
Ibarat seperti Taj Mahal...istana ini di bina oleh William Kellie untuk isterinya yang disayangi tapi tidak sempat disiapkan.  William Kellie meninggal dunia akibat penyakit radang paru paru ketika berada di Lisbon, Portugal atas urusan membeli lif pertama yang akan di pasang di Malaya.  Istana ini kemudian di tinggal kan begitu sahaja seperti masih dalam pembinaan dan sehingga kini telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah, Perak kerana keunikannya.
Untuk membina istananya, William Kellie Smith mengupah pekerja pekerja yang berasal dari India. Kebanyakkan bahan binaan juga di import dari India dan juga dari negara lain. Istana ini yang mempunyai 6 tingkat sehingga ke bumbung mempunyai 14 bilik serta bilik bilik rahsia dan  beberapa terowong di dalamnya.  Tetapi penyakit misteri yang menyerang pekerja menyebabkan ramai yang telah terkorban.  Istana ini tidak siap sehingga lah ke hari ini dan ada yang mengatakan roh hantu Kellie sentiasa berkeliaran di istana ini.  (Mitos jer tu)
Walaupun dengan cuaca yang panas ketika berada di sana.... kami tetap teruja untuk explore lebih jauh ke dalam bilik bilik yang ada di situ... Istana Kellie ini juga menempatkan ruang seperti bilik bilik tetamu, bilik bacaan, ruang lif, bilik simpan arak atau wine cellar, dapur, dan beberapa lagi ruang ruang yang lain.
Dengan tragedi yang menimpa keluarga Kellie, isteri William Kellie kemudian menjual istana itu kepada British company bernama Harrisons and Crosfield.  Kini Kellie's Castle menjadi tumpuan pelancong untuk di kunjungi,  Kellie Castle pernah juga menjadi lokasi untuk filem Anna and the King di sekitar tahun 1999.
Pada hari yang mori pergi....memang terlalu ramai pengunjung yang mengunjungi tempat ini.  Bukan setakat local tourist tetapi foreign tourist juga.  Cuma mori kurang tahan sikit...dengan bau yang ada di dalam bangunan seperti bau hancing.   Apa pun ianya tetap pengalaman yang menarik... 
Lepas nie...kalau ada orang bercerita tentang Kellie's Castle...kami bole berkata...kami pernah pergi kesana.... hehehehe
Salah satu pintu yang belum siap... bentuk arca pada pintu ... memang menarik.  
Disini pulak bahagian bilik rahsia.  Tak berani pulak nak selongkar sampai ke bawah.  Gelap.  
Sekitar bangunan yang belum siap.
Ukiran di dinding. 
Ruang lif.
Siling di atas kepala.  
Apa yang mori perhatikan, pihak pengurusan memang mengambil berat dalam pemeliharaan langskap.  Alangkah baiknya kalau keadaan di dalam bangunan juga di ambil berat....hehehehe.. sayang nya kalau di biarkan dengan bau yang tidak menyenangkan.
Ruang lif dari bumbung..
Sekitar Kellie's Castle dari bumbung.
Dari luar menunjukan keadaan bangunan yang masih di dalam binaan.  Agaknya kalau siap betul nie.. tentu ianya sebuah bangunan yang paling cantik. 
Di sekitar luar bangunan. 
Kalau tak silap ini ialah oven yang terletak di bahagian luar dapur.
Nasib baik ada pergola ni untuk melepaskan lelah.  
Sekian story dari mori....  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...