Aiiikkk CNY dah habis... Hari raya lambat lagi... tapi mori buat cookies pulak...hehehehe.... Sebenarnya..Mori buatkan biskut nie untuk kudap2 ...kekadang tengok adda mencari somethin nak mengunyah ...kesian pulak... pastu kawan kawannya rajin menyinggah balik dari sekolah...tu yang mori bakar kan cookies nie. Kebetulan dia ada menyebut...kawan2 nya masih teringat biskut Magic Peanut Butter in the Middles yang dah berzaman mori buat tu..... konon nak buat yang itu lah... tapi tak jadi pulak... mori tukarkan buat chocolate chips.. dengan peanut butter... hasilnya...Alhamdullilah... maveles...
Mori prepare kan adunan nya malam semalam... selepas siap bulat bulatkan dalam loyang pembakar... mori balutkan loyang dengan plastik wrapper... pas tu simpan dalam peti ais semalaman. Hari nie baru mori bakar. Dan hasilnya.....biskut bertambah ranggup. Mori buat pon tak banyak... cuma satu adunan jer... dan mori buat besar besar supaya cepat sikit habis ... hehehe...
RECIPE CHOCOLATE COOKIES PEANUT BUTTER
Bahan-bahannya:
150 gram tepung gandum
1/2 tsp baking powder
1/2 tsp baking soda
secubit garam
100 gm butter
50 gm gula castor
50 gm gula perang
100 gm chocolate chips
100 gram peanut butter
1 tsp esen vanila
1 biji telur
Cara-carannya:
1. Ayakkan tepung gandum, baking powder, baking soda dan garam.
2. Pukul butter dan gula castor sehingga kembang.
3. Masukkan telur dan pukul lagi.
4. Masukkan esen vanila dan pukul lagi. Perlahan kan speed mixer.
5. Masukkan peanut butter dan pukul perlahan.
6. Masukkan bahan2 tepung yang telah di ayak tadi dan gaul dengan spatula.
6. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan gaul rata perlahan lahan.
7. Bulat bulatkan di atas loyang pembakar dan bakar selama 20 hingga 25 minit dengan kepanasan 150 degrees.
8. Sejukkan sebelum di masukkan ke dalam balang.
krap krupppp wah best sedapppp
ReplyDeletehe he sama cam anak2 akak suker biskut ni
Pakai api atas ke atas bawah ye?
ReplyDelete