Pages

Tuesday, 26 February 2013

Adduhhaii!!! Kawan ku nak order RVSS Cake


Tu dia my first tempahan for ... RVSSC short form for Red Velvet Strawberry Sponge Cake with stroberi on top and filling..hehehe.. Kek nie ialah tempahan dari kawan merangkap jiran mori ....  Ila Jalil. Memang bukan tujuan mori untuk menerima tempahan nie.. .Maklum la... ilmu membaking masih lagi cetek.... banyak yang perlu di pelajari, dan masih banyak yang perlu di perbaiki.  Tapi bila kawan pujuk suruh buat kan RVSC setelah dapat merasa sepotong mori beri kan pada dia hari tu... ...terasa ingin menyahut cabaran atas diri sendiri ...untuk menerima tempahan.   Alhamdullilah ...... Alhamdullilah...syukur. ... kek menjadi dengan baiknya.  Sejuk sejuk tangan masa nak kasi kek kat dia....siap baca Bismillah..supaya semuanya ok..hehe..
Resepi yang sama mori buat hari tu .... mungkin gabungan dua kek RVC ngan SSC dan juga filling jem stoberi... buat kan kek very yummmmies licious... hehehe.. dan resepi RV dari Rima... memang the best setakat nie... dan mori suka kan resepi sponge cake dari Alex Goh, memang maveles... dah cuba beberapa kali setakat nie... sponge cake ini yang the best. 

Mori copy paste resepi ke dalam post nie...for easy future reference. 

Resepi for Strawberry Sponge Cake
Source:  Alex Goh Baking Codes

Bahan-bahannya:
4 biji telur kuning
16 gram gula kastor
1/2 sudu teh vanila essence dan juga pewarna merah
100 gram tepung kek
50 gram minyak jagung

4 biji telur puith
100 gram gula kastor

Cara-carannya:
1.   Pukul kuning telur dan gula sehingga ringan dan gebu.  Masukkan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
2.   Di dalam bekas lain bukul telur putih sehingga bertanduk dan kemudian masuk kan gula dan pukul lagi sehingga adunan kental.
3.   Dengan perlahan, kaup balik adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur sehingga sebati.
4.   Perlahan lahan masukkan tepung ke dalam adunan dengan menggunakan spatula gaul adunan sehingga sebati.
5.   Akhir sekali masukkan minyak jagung dan gaul sehingga sebati.
6.   Masukkan adunan ke dalam loyang 7" dan bakar di dalam suhu 180 degrees C selama 30 minutes.
7.   Keluar kan kek bila telah masak dan sejukkan.
8.   Bila kek telah sejuk bahagi kan kepada dua bahagian.

Resepi for Red Velvet Cake
Source: RIMA

Bahan-bahannya:
1 1/4 cawa tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh garam
1 sudu makan coco powder
1 sudu makan pewarna merah
1/4 cawan unsalted butter
3/4 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh perisa vanila extract.
1/2 cawan buttermilk (1/2 cawan sudu dutch lady dan 1/2 sudu makan apple vinegar ~ di biarkan 10 minit)
1/2 sudu teh apple vinegar
1/2 sudu teh baking powder

Cara-carannya:
1.   Panaskan oven ke 175 degrees celcius.
2.   Ayak kan tepung, baking powder dan garam.  Ketepikan.
3.   Dalam satu bekas kecil, campurkan coco powder dan pewarna merah dengan sesudu air dan jadi kan pes.
4.   Menggunakan mixer, pukul butter dan gula sehingga ringan dan gebu.  Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati.  Masukkan pula vanila extract dan pes coco powder, pukul sehingga sebati.
5.   Masukkan tepung dan buttermilk secara bersilih ganti.  Bermula dengan tepung, buttermilk, tepung, buttermilk dan berakhir dengan tepung. .
6.   Di dalam bekas kecil campurkan apple vinegar, baking soda dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi.  Gaul rata menggunakan spatula.
7.   Masukkan adunan ke dalam loyang 7" yang telah di gris dan di lapikkan dengan baking powder.
Bakar selama lebih kurang 30 minit.
8.   Bila telah masak, keluarkan dari oven dan sejukkan.
9.   Bila kek telah sejuk bahagi kan kepada 2 bahagian.

(gambar ini ihsan dari kawan, Ila Jalal Facebook)

Resepi untuk filling strawberry syrup.

Panaskan jem strawberry bersama 1/ cawan air di dalam periuk di atas api yang kecil.
Bila dah mendidih, masukkan hirisan strawberry dan kacau dan matikan api.
Alihkan dari periuk dan masukkan dalam bekas yang lain.  Biarkan sejuk sebentar.

Resepi untuk Cream Cheese Frosting
Bahan-bahannya:
250 gram cream cheese (Philadelphia)
100 gram butter
1 sudu teh perisa lemon
180 gram gula kastor
300 gram whipping cream non diary

Cara-carannya:
1.   Pukul cream cheese dan butter sehingga lembut dan gebu dan bertukar warna keputihan.
2.  Tambah kan gula sedikit demi sedikit dan terus memukul sehingga adunan sebati.
3.   Masukkan perisa lemon dan pukul lagi.
4.   Di dalam bekas yang lain pukul whippng cream sehingga gebu dan kental (soft peak)
5.   Kemudian satu kan adunan whipping cream ke dalam adunan cream cheese tadi menggunak kaedah kaup balik.
6.   Bole la mulakan layerkan pada kek.

Cara cara untuk melapis kek.

1.   Sedia kan pelapik kek.
2.  Sedia kan jus lemon di bancuh bersama sedikit air.
3.   Letakkan selapis kek RVC di atas pelapik kek.
4.   Sapukan sedikit bancuhan jus lemon ke atas kek.
5.   Sapukan cream ke atas kek seingga rata.
6.  Lapikkan kek strawberry sponge ke atas cream.  Sebelum tu sapu dulu dengan jus lemon baru letak atas krim.
7.  Sapukan cream ke atas kek sponge sehingga rata.
8.   Susunkan kepingan strawberry di atas krim.
9.   Lapikkan lagi sekeping kek RVC ke atas cream tadi.  Pastikan sapu dulu dengan jus lemon seblum melapis.  Sapukan cream ke atas kek dan susun kat kepingan strawberry atas cream.
10.  Ulang proses di atas dengan kek sponge yang terakhir pula.
11.  Sapukan cream cheese sekeliling ke dan boleh la menghias mengikut kreativi.
12.   Sejukkan sebelum di hidang.
(How much do I charge for this cake... hehehehe .. 'till now I've yet to figure it out?)

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...