Pages

Tuesday, 12 February 2013

Jalan jalan ke Menara Condong Teluk Intan

   
Jemputan majlis kenduri kawin dari jiran yang mana majlis kenduri tu berlansung di Dewan Bandaran Teluk Intan tidak kami lepaskan peluang untuk kesana.  Lebih lebih lagi ianya berdekatan dengan Menara Condong Teluk Intan yang popular di ganding dengan Menara Condong Pisa di Itali.  Itu yang membuat mori dengan adda lagi bertambah seronok nak pergi ke sana....   Usai aje makan dan bergambar kami terus menuju ke Menara Condong.  Alhamdullilah rezeki kami....suami kawan tu sudi menunjukkan jalan ke Menara Condong.  Ingat kan jauh... rupanya lebih kurang 5 minit aje perjalanan dari Dewan Bandaran.  Menara ini terletak di antara Jalan Pasar dan jalan Ah Cheong dan juga Jalan Selat dan juga Jalan Bandar.
Tidak perlu kan sebarang bayaran untuk masuk ke Menara Condong.  Cuma kami perlu menanda tangani buku lawatan.  Tidak lupa juga beli cenderamata yang di jual.  Apa lagi... mori beli magnet gambar Menara Condong.  Masa kami sampai... keadaan agak lengang sedikit... tidak terlalu ramai orang yang berada di situ.  Tetapi selang beberapa minit.. .menderu deru orang tiba ke menara condong.  Semua tujuan yang sama seperti kami.  Ingat melihat dan merasa sendiri berada di menara condong.
Sebelum naik tangga ke Menara Condong.... di bahagian kanan tangga ada tertera maklumat tentang asal usul menara condong.  Cuma gambar nya tak berapa clear... cuaca yang panas sangat... dan orang yang terlalu ramai...payah kan mori hendak mengambil gambar.  Dan juga sekeliling Menara Condong ada gerai gerai yang menjualkan pelbagai barangan.
 Kalau di ikutkan dari segi sejarah ...Menara Condong di bina sekitar tahun 1885 dan kini berusia lebih dari 128 tahun.  Ianya memiliki ketinggian 85 kaki tinggi dan mempunyai 110 anak tangga.  Pada asalnya ianya merupakan tempat untuk tangkungan air dan juga di lengkapi dengan jam besar untuk penduduk sekitarnya.  Tapi kini setelah bertahun tahun berlalu ianya sekadar menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. 
Bangunan yang di perbuat daripada batu dan kayu di bina oleh arkitek Leong Choon Cheong mula condong setelah berlakunya banjir besar sekitar tahun 1889 dan 1895.  Bangunan tersebut juga di bina atas struktur tanah yang lembut dan juga bebanan tangki air juga mendorong kepada condongnya menara nie ke arah barat laut. Menara ini juga mirip kepada bentuk Pagoda kerana di pengaruhi kebudayaan cina yang menjadi penderma dan arkitek ketika itu.   Ianya kelihatan seperti 8 tingkat tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 tingkat sahaja. 
 
Masuk aje ke dalam ada sebuah telaga ... dalam nya penuh denga syilling... tak tau la apa tujuan nya tapi kalau di kumpul2 duit syiling tu ...banyak gak....   
Tangga untuk naik ke tingkat atas di perbuat dari kayu.  Masih utuh lagi...dan berjaga.  Cuma kecil sikit jer la... kalau berselisih.. kena jalan mengiring...hehehehe.... 
Dari binaan nya... kayu yang di guna kan...masih elok dan kuat lagi.




Bila berada di luar beranda.... baru lah terasa condong menara nie... bila berjalan cam senget sikit...hehehe.. 
Jom layan gambar gambar nya....kot kot ada yang teringin untuk melihat sendiri.... Menara Condong nie..walaupun cuma sebuah bangunan lama.






 Walaupun cuaca panas terik... dengan ramai pengunjung.... terasa berbaloi juga dapat datang kesini.  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...