Pages

Wednesday, 13 February 2013

Jalan jalan ke Kellie's Castle

Selepas melawat Menara Condong minggu lepas....kami terus menghala ke Batu Gajah untuk ke Kellie's Castle.  Memang dah termasuk dalam itinari kami hari untuk ke Kellie's Castle.  Sebelum tu kami berhenti rehat di pam minyak Petronas untuk menunaikkan solat dan juga bertukar pakaian.  Perjalanan dari Teluk Intan ke Kellie's Castle mengambil masa lebih kurang sejam... masing2 tak sabar untuk tiba di sana. 
Tempat parking very limited sangat....sehingga kami terpaksa parking kereta di tepi jalan.  Tapi tidak lah terlalu jauh untuk menapak ke dalam.  Seronok punya pasal.... kami tolak tepi hal hal kecil cam tu...hehehe.
Sebelum tu kena beli tiket untuk masuk ke kawasan Kellie's Castle.  Bayarannya ada beberapa kategori. 
Untuk rakyat asing harga tiket RM5
Untuk rakyat Malaysia harga tiket RM4 untuk dewasa dan
Untuk kanak2 dan student harga tiket RM3

Kalau ikutkan dari sejarah... asalnya pemilik bangunan nie..kepunyaan seorang lelaki yang berasal dari scotland bernama William Kellie Smith yang datang ke Malaya pada usia 20 tahun.  Kemudian dia berkawin dengan Agnes yang berasal dari scotland dan di kurniakan seorang anak perempuan bernama Helen dan kemudian seorang anak lelaki bernama Anthony.
Ibarat seperti Taj Mahal...istana ini di bina oleh William Kellie untuk isterinya yang disayangi tapi tidak sempat disiapkan.  William Kellie meninggal dunia akibat penyakit radang paru paru ketika berada di Lisbon, Portugal atas urusan membeli lif pertama yang akan di pasang di Malaya.  Istana ini kemudian di tinggal kan begitu sahaja seperti masih dalam pembinaan dan sehingga kini telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah, Perak kerana keunikannya.
Untuk membina istananya, William Kellie Smith mengupah pekerja pekerja yang berasal dari India. Kebanyakkan bahan binaan juga di import dari India dan juga dari negara lain. Istana ini yang mempunyai 6 tingkat sehingga ke bumbung mempunyai 14 bilik serta bilik bilik rahsia dan  beberapa terowong di dalamnya.  Tetapi penyakit misteri yang menyerang pekerja menyebabkan ramai yang telah terkorban.  Istana ini tidak siap sehingga lah ke hari ini dan ada yang mengatakan roh hantu Kellie sentiasa berkeliaran di istana ini.  (Mitos jer tu)
Walaupun dengan cuaca yang panas ketika berada di sana.... kami tetap teruja untuk explore lebih jauh ke dalam bilik bilik yang ada di situ... Istana Kellie ini juga menempatkan ruang seperti bilik bilik tetamu, bilik bacaan, ruang lif, bilik simpan arak atau wine cellar, dapur, dan beberapa lagi ruang ruang yang lain.
Dengan tragedi yang menimpa keluarga Kellie, isteri William Kellie kemudian menjual istana itu kepada British company bernama Harrisons and Crosfield.  Kini Kellie's Castle menjadi tumpuan pelancong untuk di kunjungi,  Kellie Castle pernah juga menjadi lokasi untuk filem Anna and the King di sekitar tahun 1999.
Pada hari yang mori pergi....memang terlalu ramai pengunjung yang mengunjungi tempat ini.  Bukan setakat local tourist tetapi foreign tourist juga.  Cuma mori kurang tahan sikit...dengan bau yang ada di dalam bangunan seperti bau hancing.   Apa pun ianya tetap pengalaman yang menarik... 
Lepas nie...kalau ada orang bercerita tentang Kellie's Castle...kami bole berkata...kami pernah pergi kesana.... hehehehe
Salah satu pintu yang belum siap... bentuk arca pada pintu ... memang menarik.  
Disini pulak bahagian bilik rahsia.  Tak berani pulak nak selongkar sampai ke bawah.  Gelap.  
Sekitar bangunan yang belum siap.
Ukiran di dinding. 
Ruang lif.
Siling di atas kepala.  
Apa yang mori perhatikan, pihak pengurusan memang mengambil berat dalam pemeliharaan langskap.  Alangkah baiknya kalau keadaan di dalam bangunan juga di ambil berat....hehehehe.. sayang nya kalau di biarkan dengan bau yang tidak menyenangkan.
Ruang lif dari bumbung..
Sekitar Kellie's Castle dari bumbung.
Dari luar menunjukan keadaan bangunan yang masih di dalam binaan.  Agaknya kalau siap betul nie.. tentu ianya sebuah bangunan yang paling cantik. 
Di sekitar luar bangunan. 
Kalau tak silap ini ialah oven yang terletak di bahagian luar dapur.
Nasib baik ada pergola ni untuk melepaskan lelah.  
Sekian story dari mori....  

Tuesday, 12 February 2013

Kari Udang dengan kentang dan Sambal belacan limau kasturi


Ahad lepas mori sekeluarga pergi ke majlis kenduri perkawinan kat Teluk Intan.  Salah satu hidangannya ialah kari udang dengan kentang.  Agaknya dah lama tak makan kari udang...terasa sedap pulak kali ni..hehehe... ndak menambah dah segan...kebetulan tetamu dah ramai yang datang.... Tapi yang seronok nya kat majlis tu.... ramai nya tetamu2 yang terdiri dari orang orang lama.  Setiap meja ada saje orang lama... pakcik pakcik, makcik makcik...terasa seronok pulak  suatu yang jarang jumpa kalau mori pergi ke majlis kenduri di sini...hehehe. bukannya tak der...cuma kurang.  Tapi apa pun yang penting,  kehadiran tetamu bagi merai kan pengantin baru.  


Tu yang pagi tadi teringatkan kari udang yang makan kat kenduri tu...... buatkan mori teringin nak masak kari udang... pesan kat en. abang belikan udang kat pasar.... hehehe..... Biasanya mori masak udang nie dengan timun tua...tapi kali ni...mori masak dengan ubi kentang.... memang best...kena dengan selera...
Jom layan resepinya......  


Resepi Kari Udang dengan kentang

Bahan-bahannya:
1 kilo udang sederhana besar di bersihkan

3 biji kentang kupas kulitnya dan di belah 4
1 biji tomato di belah 4

Bahan untuk dikisar

5 biji bawang kecil
6 biji bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu cili kisar
3 sudu makan rempah kari ikan
sedikit air
(kisar kesemua bahan-bahan ini)

Bahan untuk menumis
3 biji bawang kecil dihiris
5 biji bawang putih dihiris
1/2 inci halia dihiris
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang

1 biji santan pekat
Garam secukup rasa

Cara-caranya
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak.  
Tumiskan bahan menumis sehingga terbit bau wangi.
Bila bahan menumis dah wangi, masukkan bahan kisar dan tumis sehingga masak.
Masukkan kentang, tomato, sedikit air dan biarkan mendidih sehingga kentang empuk.
Bila kentang dah empuk, masukkan udang dan juga santan pekat.
Gaul rata sehingga udang masak dan santan mendidih.
Masukkan garam secukup rasa.



Tak lupa juga sambal belacan limau kasturi....gandingan yang mantap....hehehe... 

Bahan-bahannnya
Cili api dan cili merah secukupnya
Belacan bakar
1 biji tomato
  
Ditumis ke semua bahan2 di atas dengan sesudu minyak masak. Agak agak bahan layu, matikan api.
Biarkan bahan2 tersebut sejuk sebentar, kemudian kisar dengan sedikit air asam jawa dan juga garam.
Perahkan sedikit air limau kasturi ke dalam sambal dan gaul rata.
Hiris kan kulit limau kasturi dan gaul kan bersama dalam sambal dan sedia untuk di hidang.



Jalan jalan ke Menara Condong Teluk Intan

   
Jemputan majlis kenduri kawin dari jiran yang mana majlis kenduri tu berlansung di Dewan Bandaran Teluk Intan tidak kami lepaskan peluang untuk kesana.  Lebih lebih lagi ianya berdekatan dengan Menara Condong Teluk Intan yang popular di ganding dengan Menara Condong Pisa di Itali.  Itu yang membuat mori dengan adda lagi bertambah seronok nak pergi ke sana....   Usai aje makan dan bergambar kami terus menuju ke Menara Condong.  Alhamdullilah rezeki kami....suami kawan tu sudi menunjukkan jalan ke Menara Condong.  Ingat kan jauh... rupanya lebih kurang 5 minit aje perjalanan dari Dewan Bandaran.  Menara ini terletak di antara Jalan Pasar dan jalan Ah Cheong dan juga Jalan Selat dan juga Jalan Bandar.
Tidak perlu kan sebarang bayaran untuk masuk ke Menara Condong.  Cuma kami perlu menanda tangani buku lawatan.  Tidak lupa juga beli cenderamata yang di jual.  Apa lagi... mori beli magnet gambar Menara Condong.  Masa kami sampai... keadaan agak lengang sedikit... tidak terlalu ramai orang yang berada di situ.  Tetapi selang beberapa minit.. .menderu deru orang tiba ke menara condong.  Semua tujuan yang sama seperti kami.  Ingat melihat dan merasa sendiri berada di menara condong.
Sebelum naik tangga ke Menara Condong.... di bahagian kanan tangga ada tertera maklumat tentang asal usul menara condong.  Cuma gambar nya tak berapa clear... cuaca yang panas sangat... dan orang yang terlalu ramai...payah kan mori hendak mengambil gambar.  Dan juga sekeliling Menara Condong ada gerai gerai yang menjualkan pelbagai barangan.
 Kalau di ikutkan dari segi sejarah ...Menara Condong di bina sekitar tahun 1885 dan kini berusia lebih dari 128 tahun.  Ianya memiliki ketinggian 85 kaki tinggi dan mempunyai 110 anak tangga.  Pada asalnya ianya merupakan tempat untuk tangkungan air dan juga di lengkapi dengan jam besar untuk penduduk sekitarnya.  Tapi kini setelah bertahun tahun berlalu ianya sekadar menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. 
Bangunan yang di perbuat daripada batu dan kayu di bina oleh arkitek Leong Choon Cheong mula condong setelah berlakunya banjir besar sekitar tahun 1889 dan 1895.  Bangunan tersebut juga di bina atas struktur tanah yang lembut dan juga bebanan tangki air juga mendorong kepada condongnya menara nie ke arah barat laut. Menara ini juga mirip kepada bentuk Pagoda kerana di pengaruhi kebudayaan cina yang menjadi penderma dan arkitek ketika itu.   Ianya kelihatan seperti 8 tingkat tetapi sebenarnya hanya terdapat 3 tingkat sahaja. 
 
Masuk aje ke dalam ada sebuah telaga ... dalam nya penuh denga syilling... tak tau la apa tujuan nya tapi kalau di kumpul2 duit syiling tu ...banyak gak....   
Tangga untuk naik ke tingkat atas di perbuat dari kayu.  Masih utuh lagi...dan berjaga.  Cuma kecil sikit jer la... kalau berselisih.. kena jalan mengiring...hehehehe.... 
Dari binaan nya... kayu yang di guna kan...masih elok dan kuat lagi.




Bila berada di luar beranda.... baru lah terasa condong menara nie... bila berjalan cam senget sikit...hehehe.. 
Jom layan gambar gambar nya....kot kot ada yang teringin untuk melihat sendiri.... Menara Condong nie..walaupun cuma sebuah bangunan lama.






 Walaupun cuaca panas terik... dengan ramai pengunjung.... terasa berbaloi juga dapat datang kesini.  

Thursday, 7 February 2013

Cepat di masak sedap di makan bersama maggi mee sup...


Bila dah tak tau nak masak apa untuk dinner.... biasanya stok magi la yang mori cari ....hehehe... agaknya kebanyakkan rumah pun sama kot ... magi sentiasa ada di dapur.  Dulu2 ...kalau arwah mak dah buntu nak masak... magi lah jadi menu kami adik beradik.... Kami nie dah la ramai ... sekali masak...satu periuk besar...habis sebungkus besar magi mak masakkan untuk kami...  Mak akan pecah kan telur dalam magi untuk sedap kan lagi.  Bila dah siap... kami adik beradik ..mengadap magi sampai licin.  Masa tu ...bagi apa kat kami pun habis...semuanya tengah membesar... masing2 suka makan.  Apa yang mak masak tu la yang sedap kat tekak kami.  Seronok nya masa tu.... tak banyak perkara nak di pikirkan.... happy jer kami.... sekarang tu semua tinggal kenangan..


Dinner tadi...mori dah buntu nak masak ... teringat pulak iklan magi kat tv... yang budak2 main sorok2.  Teringat kan iklan tu yang buat teringin nak makan magi ...hehehehe..   tapi kali nie... mori tumis sikit bahan lain untuk menambah sedap.  Mori tak guna perencah yang dalam paket magi tu dan menjadi kebiasaan mori akan rebus dulu magi dan toskan.  Air rebusan magi tu mori buang.  
Apa pun mori salin kan juga resepi nya di sini....kot kot ada yang nak jadi kan rujukkan.  

Resepi Maggi Sup
2 paket magi di rebus dan di toskan.  Ketepikan.

Panaskan kuali, masukkan sedikit minyak.
Tumiskan bawang putih yang di ketuk sehingga wangi dan masukkan air secukupnya.
Masukkan 1 sudu makan serbuk pati ayam
Masukkan 2 sudu makan sos ikan
Masukkan 1 sudu makan minyak bijan
Masukkan juga garam secukup rasa.
Biarkan mendidih sebentar.
Bila dah mendidih masukkan bahan2 seperti sayur, cendawan, dan juga bawang holland.
Pecah kan sebiji telur dalam kuah. Kacau sedikit dan biarkan mendidih sebentar.  
Gaul tepung jagung bersama sedikit air dan masukkan dalam kuah.
Biarkan mendidih.
Tuangkan kuah tadi ke atas maggi dan taburkan bawang goreng ke atas nya.
Hidang kan bersama ayam goreng dan jangan lupa cili api yang di hiris nipis.

Tuesday, 5 February 2013

Sardine Puff


Pagi tadi pegi keje.... mengadap jem yang paling teruk rasanya.  Tengok lampu merah kereta menyala sepanjang jalan sehingga kehujung dah rupa cam tanglung cina bersiap sedia nak celebrate CNY.   Meredah jem sejauh 5 km....biasanya perjalanan yang mengambil masa 5 minit akan menjadi 45 minit.  Tu belum lagi mengadap jem kat jambatan nak ke Skypark mengambil masa setengah jam untuk meredah kesesakan... walhal cuma 5 minit jer perjalanan dari simpang naik ke jambatan Skypark.  Sampai ofis   letak beg...tersandar keletihan.


Lom sempat separuh hari bekerja... badan dah rasa lain macam jer... Apply half day leave.. gie klinik...doktor sound suruh minum air lebih.  Lepas makan ubat... relaxs sekejap... baru badan rasa segar sikit.  Terus ke dapur.... untuk prepare minum petang.....mori buat kan sardine puff ... ringkas jer...


Masa nak snap pic... anak jiran datang....nak "bantu"... hehehe.. tak leh kata jangan kat doang... kena layan dulu... tengok apa doang nak buat... yang baju biru...memang rapat ngan mori... pantang tengok mori...mesti nak datang.  yang kawan nya tu...best fren dia ... si zaim... kalau bermain..pasti si akid akan ikut si zaim kemana mana...dan si zaim akan mencari akid untuk ajak bermain.....  Berdua tu nampak mori pegang kamera... apa lagi.. doang nak posing suruh amik gambar doang...hehehe... nie la gelagat doang...nyaris puff tu nak jatuh..hehehe...haru...


Resepi nie simple jer... mori guna kan pastri puff jenama kawan...memang ada stok kat dalam peti ais.   Tengok dalam pantry kabinet ada sardine... apa lagi... teruskan jer la...buat sardine puff.... memang favourite en abang.  

Resepi Sardine Puff

Bahan-bahannya:
1 biji bawang besar
1 biji cili merah
5 biji bawang putih
(di cincang ke semua bahan-bahan di atas)

1 sudu cili kisar
Sedikit air asam
1 tin sedang sardin (ngam ngam jer untuk dapat 10 keping puff sardine)
Garam secukup rasa

Telur kuning untuk sapu atas puff

Cara-carannya:
Panaskan frying pan dan masukkan sedikit minyak masak.
Tumiskan bahan yang di cincang sehingga terbit bau wangi.
Masukkan cili kisar dan masak sehingga garing.
Masukkan sedikit air asam dan juga sardine.  Hancurkan sardin dan gaul rata.
Masukkan garam secukup rasa.
Matikan api dan ketepikan.

Sediakan pastri...sudukan sardine tadi ke atas pastri dan gulung kan menjadi 3 segi.  Kelim kan tepi pastri dengan garpu.  Sapukan kuning telur dan bakar dalam oven selama 15 minit dalam suhu 180 degrees.

Sedia untuk dihidang.


Monday, 4 February 2013

Asam Pedas Daging Tetel


Untuk masak asam pedas daging tetel nie... perlukan api yang perlahan supaya daging empuk.  Rasanya lebih kurang 2 jam jugak mori masak supaya daging empuk. Daging tetel nie... ada lah lemak lemak yang melekat kat daging...biasanya bila kita potong daging...tentu ada bahagian daging yang putih2 dan kenyal melekat kat isi daging.  Mori akan potong lemak lemak daging tu dan simpan dalam freezer.  Bila dah banyak baru la mori akan masak lemak daging tu.  Ada masa mori akan masak dalca yang di campur dengan bermacam macam sayur.  Tapi kalau masak dalca ... yang suka makan...en abang sorang ... kami yang lain tengok jer la... sebab banyak sangat sayur..kihkihkih... Kali nie..mori nak masak asam pedas.  Mori nak kuah yang licin...kosong...tak mau ada sayur atau daun daun..hehehe... mori kisar bahan2...sehingga sehalus halusnya..  Mori cuma letak tomato ajer sebagai bahan perisa.
Dan hasil nya.....alhamdullilah... maveles...tak caya ..cuba la.... 


Resepi Asam Pedas Daging Tetel

Bahan-bahannya:
1 kilo daging tetel

5 biji bawang kecil *
1 biji bawang besar *
5 biji bawang putih *
1 inci halia *
2 biji buah keras *
2 batang serai *
(Kisar ke semua bahan bertanda * sehingga halus)

10 sudu makan cili kisar
1 sudu makan asam jawa + 1 cawan air
2 biji tomato dipotong kecil
1 sudu teh serbuk lada hitam.
Garam secukup rasa.

Cara-carannya:
1.   Panaskan periuk atau kuali dan masukkan minyak masak.
2.  Tumiskan bahan yang di kisar sehingga terbit bau wangi.
3.  Masukkan cili kisar dan masak sehingga cili garing.
4.   Masukkan air asam dan gaul rata.
5.  Masukkan daging tetel tadi dan di gaul rata.
6.  Biarkan daging di masak sehingga lembut. 
Kalau kuah agak agak kering tambah air sedikit demi sedikit.
7.   Bila daging dah agak empuk. Masukkan sebiji buah tomato dan biarkan ianya hancur dalam kuah.
8.   Masukkan baki tomato, garam dan juga serbuk lada hitam dan kacau rata.
9.  Matikan api bila tomato dah lembut.  Sedia untuk di hidang.

Sunday, 3 February 2013

My Molten Lava Cake...kehilangan lava nya...hehehe


Rasanya nie yang kali ke 2 mori buat Molten Lava Cake.  1st time lama dulu... resepinya pun ntah kemana... hari nie kali ke2 mori buat....itu pun sebab facebook fren post kan gambar cake Molten niee... suruh buat kan....heehehe.. hari nie ada masa terluang sikit.... barang2 dh beli... even mori snap pic step by step buat Molten Lava Cake nie... tapi apakan daya...leka tengok tv ....kek dah terlebih bakar.  Sepatunya bakar dalam masa 10 ke 15 minit ...tapi dah terlebih 20 minit.  Bila dah sejuk....mori belah kek ...tengok tak de ... chocolate cair di tengah tengah nya... frustnya... so tak boleh la panggil Molten Lava Cake...Lava nya dah masak sekali.hehehehe.


Tapi apa pun kek nie masih bole di makan... especially dengan iskrim...memang lazaaat... letak pulak strawberi.... rasa manis kek tu...balance dengan masam strawberi...memang kena. 


Bole cuba lagi.... next time...don't know when... bila teringin kot..hehehe...
mori tak letak resepi nya... mungkin ada yang perlu di perbetulkan lagi....


Tak tahan tengok iskrim tu... gie topup lagi dengan strawberiii..perrrghh I tell uoollls.... memang sedappp ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...